Rabu, 17 Februari 2010

aset pertahanan terbaru negara?


sumber foto: majalah mangga

oleh: mr edz

kerajaan sedia menimbangkan untuk membeli beberapa buah robot gundam sebagai aset pertahanan negara terbaharu. cadangan itu dilihat bersesuaian dengan cabaran pada masa kini.
"kita akan melihat dan meneliti beberapa perkara sebelum membuat keputusan" demikian menurut seorang menteri yang enggan namanya di siarkan. menurutnya lagi beberapa aspek perlu di perhalusi terutamanya dari segi kos dan selenggara robot robot ini.

"kita akan menghantar beberapa orang wakil untuk meninjau kilang kilang membuat robot ini sambil mendapatkan sebut harga yang sesuai" tambahnya lagi. sebab utama kerajaan ingin membeli robot robot ini kerana sudah tidak tahan dengan kejadian enjin hilang dan kapal selam tak boleh selam. yang akan datang mungkin meriam hiasan depan kem pun boleh hilang katanya lagi sambil melayari facebook dengan menggunakan hp blackberi.

jika menjadi kenyataan negara dijangka digeruni oleh pihak serantau kerana kebolehan robot ini yang boleh terbang dan menyelam. Di anggarkan setiap robot lengkap dengan kelengkapan berharga sekitar RM 2.5 juta seunit.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul ke nih....