Khamis, 18 Ogos 2011

Sila letak jawatan



SILA LETAK JAWATAN ANDA. KEMUDIAN SILALAH MELOBI PADA EN NAJIB SUPAYA ANDA TERPILIH SEBAGAI CALON BN PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG. UNTUK MENANG SENANG SAHAJA. LETAK DI KAWASAN FELDA. ANDA PASTI MENANG.

KETUA PENIPU

PENOLONG KETUA PENIPU

BAPAK SEGALA PENIPU.
agak agak kamu adakah beliau berpeluang menjadi PM selepas sepupunya menjadi Pm?

Rabu, 17 Ogos 2011

kenapa aku tak percaya pada SPR..


kenapa aku tak percaya pada SPR..  jika kamu percaya itu adalah hak kamu ataupun kamu adalah seorang penyokong Umno tegar.

1. PRK 2 darjat.
jika di tempat kuat BN pengundian akan di adakan pada hari cuti. tapi bila di tempat kuat PR akan di adakan pada hari bekerja.

2. Muka ketua SPR macam ketua Umno bahagian.
itu yang aku lihat setakat ini. ( cuba kau bayangkan dia berucap kat perhimpunan agung Umno.. ada gaya tak?)

3. Bila ada kekosongan nak kena tunggu perintah mahkamah.
itu hanya terjadi pada kawasan yang Bn rasa tak boleh nak menang. Adun mati pun kalau boleh nak tunggu perintah mahkamah.

4. Penduduk Tetap boleh mengundi?
hmm.. persoalan ini agak reda sekarang.. tapi bab Mismah tu satu je aku muuskil.. masa si Mismah ni pegang IC merah macam mana boleh dia daftar mengundi? bab dia pohon kerakyatan tu bab lain la.

5. tindak tanduk SPR mencurigakan aku.
suka atau tidak itu yang aku rasa. seolah olah SPR ini adalah salah satu parti komponen BN..

Khamis, 11 Ogos 2011

cara elakkan kereta anda di curi.

sapa berani cuba?



ulasan filem yang baru aku tengok : cowboy and alien

satu je filem yang baru aku tengok.. cerita koboi berlawan dengan rosmah alien.

kisahnya seorang hero (bekas ejen 007) terlantar di sebuah kawasan koboi. ntah macam mana dia telah di tahan oleh syeriff di kawasan tu. lalu tetiba datanglah alien menyerang. alien alien tu sebenarnya ingin menawan manusia untuk di jadikan ujikaji otak. si hero ni ada gelang hikmat (bukan gelang AC ok) yang boleh menembak laser. ceritanya agak perlahan sikit la..

1. efek yang mengagumkan.
2. alien yang ganas.
3.heroin yang hot.
4. last sekali kapal angkasa alien meletup..

rating: 6/10

Isnin, 8 Ogos 2011

ada satu gerai bazar ramadhan di batu kikir mahal gila..

 aku malas nak tulis panjang panjang.. jika kamu ada singgah di bazar ramadhan batu kikir.. ada satu gerai jual asam pedas.. tukang jual pakai ala ala chef.. (aku rasa satu gerai ni je yang jual asam pedas) gerai lain semua jual masak lomak... JANGAN BELI DULU..  sila tanya harga dulu... sebab apa? sebab harga pun dia tak letak..

satu potong ikan pari rm 5, satu ekor ikan masak asam rm 6.. sepotong ikan tenggiri rm 8... gila.. ikan pari sepotong tak penah aku jumpa kat ampang ni sepotong rm 5.. paling biasa pun sepotong/ seketul rm 3.50.. itu paling mahal la rasa aku... kalau seketul besar ok la jugak.. ini seketul biasa jer yang korang selalu tengok.. apa memang seketul ikan pari harga rm 5 ker? sepotong ikan sampai rm 8...

aku tergerak jugak nak tanya tapi dah terbungkus apa nak buat bayar je la.. kamu semua jangan terkena...

Rabu, 3 Ogos 2011

rahsia BFF orang ternama di malaysia?



ok.. di malaysia ada beberapa nama yang agak di kenali.. sekarang aku akan dedahkan rahsia siapa BFF diorang.. hahahaha.. oh apa itu BFF? BFF tu maknanya kawan baik selamanya..... (aku pun baru tahu la)

1. Tun M BFF dengan Anwar ibrahim dan Tun Lah.
tidak di nafikan lagi.. semua orang tahu.. mereka memang BFF yang sempurna.. sekarang dalam senarai BFF Tun M ialah najib. hehehe

2. Haji hadi BFF dengan bloger Aduka taruna.
aku tak berapa pasti bila.. tapi sejak projek tanya soalan pada haji Hadi mereka memang ber BFF...

3. Ustaz Kazim BFF dengan blogger manjung mari.
raya nanti mungkin diorang pakai baju sama kaler...

4. papa gomo BFF dengan Tun Faisal.
tak tahu aku pasal apa.. layan je la.

5. AC Mizal BFF dengan Aidid muadib.
sejak terbongkarnya rahsia gelang sakti berharga tinggi tak buleh blah mereka telah ber BFF.. jualan gelang AC mizal  pun sekarang ni makin meningkat.. terima kasih Aidid.

6. Fasha Sanda BFF dengan Nora Danish.
yang penting kita enjoy.................................. kenapa korang tak percaya ker?

7. Ibrahim Ali BFF dengan Tok Guru Nik Aziz.
bukti? kan ke Tuan Guru bagi kerusi parlimen untuk Ibrahim Ali bertanding. masa PRU yang lepas... yang akan datang tak tahu la aku...

8. mukhriz mahathir BFF dengan Khairy jamaluddin
BFF paling bergaya.. seorang ketua pemuda dan seorang penolong ketua pemuda..

sekian terima kasih. oh ada teka teki untuk anda..
 pagi merah petang biru apa dia?


jawapan : tanya KDN, JPN dan SPR

Isnin, 1 Ogos 2011

sakit lutut... takder kena mengena dengan Mat sabu ataupun Najib

APA PENYEBAB MASALAH LUTUT?


Pergerakan tiba-tiba atau pukulan yang meregangkan lutut
Osteoarthritis pada lutut, akibat daripada penggunaan kerap bahagian tersebut.
Masalah keradangan lutut boleh juga disebabkan oleh penyakit reumatik tertentu seperti rheumatoid arthritis dan systemic lupus arythematosus. Penyakit ini menyebabkan pembengkakan yang boleh merosakkan lutut secara kekal.

Doktor akan mendiagnosis masalah lutut melalui cara:
sejarah perubatan
pemeriksaan fizikal
ujian diagnostic (seperti x-ray, imbasan tulang, imbasan CAT,MRI, arthroscopy dan biopsy)


BAGAIMANA MENCEGAH MASALAH LUTUT

sesetengah masalah lutut tidak boleh dicegah terutamanya jika diakibatkan daripada kemalangan. Tetapi kebanyakan masalah lutut boleh dicegah dengan cara :

Melakukan pemanasan badan sebelum bersukan. Berjalan dan regangan adalah senaman yang sesuai.
Meregangkan otot di bahagian depan dan belakang paha adalah cara sesuai untuk memanaskan bahagian lutut.
Jadikan otot kaki kuat dengan melakukan senaman tertentu.
Elakkan perubahan secara tiba-tiba dalam senaman yang selalu dilakukan.
Pakai kasut yang sesuai dan dalam keadaan baik.
Kekalkan berat yang sihat kerana berat yang berlebihan memberi tekanan pada lutut.

Senaman yang sesuai bagi mereka mengalami masalah lutut. Terdapat tiga jenis senaman yang sesuai bagi mereka yang mengalami arthritis ;
Senaman pergerakan berjarak kerana ia dapat membantu atau meningkatkan kelenturan.
Senaman menguatkan otot kerana otot yang kuat melindungi sendi.
Aerobik atau senaman ketahanan badan kerana senaman ini dapat meningkatkan fungsi jantung dan peredaran darah. Ia juga dapat membantu mengawal berat badan.