Khamis, 2 Disember 2010

pasal apa UMNO kecoh TPM cina.. ini dia berita lama.. mahathir kata bukan aku kata...

aku petik berita lama punya


DR MAHATHIR YAKIN PM BUKAN MELAYU PADA MASA DEPAN

KUALA LUMPUR, 17 Jun - Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau yakin suatu hari nanti apabila warganegara keturunan Cina atau India dapat diterima oleh semua kaum, jawatan perdana menteri tidak lagi disandang oleh keturunan Melayu sahaja.

Demikian juga Bumiputera bukan Melayu mungkin menjadi perdana menteri negara ini, katanya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MCA ke-47 di sini, hari ini.

"Proses ke arah ini sudah berjalan. Percayalah, jika kita semua sensitif terhadap citarasa rakyat Malaysia, soal kaum dan keturunan tidak lagi akan menghalang sesiapa rakyat Malaysia daripada memegang apa-apa jawatan," katanya.

Perdana Menteri berkata parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA perlu berusaha ke arah ini dengan pendekatan yang unik bagi Malaysia.

"Bekerjasamalah dalam bidang politik, ekonomi dan sosial dan kita semua akan dapat menghapuskan perkauman dan menerima siapa sahaja daripada rakyat Malaysia untuk menjadi perdana menteri dan mengisi apa-apa jawatan," katanya.

Dr Mahathir yang juga pengerusi BN berkata sesiapa sahaja daripada apa jua bangsa berhak menjadi perdana menteri kerana perlembangaan Malaysia tidak menyebut keturunan perdana menteri.

Semasa bercakap kepada pemberita kemudian, beliau berkata pelantikan bukan Melayu sebagai perdana menteri bergantung kepada penerimaan rakyat.

"Inilah sebabnya kita (BN) tidak mahu terlalu menekankan terhadap perbezaan. Kita mahu menekankan kepada persamaan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditanya dalam jangka masa bila seorang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri negara ini.

Ditanya lagi sama ada ia boleh berlaku semasa hayatnya, Dr Mahathir " berseloroh: "ia bergantung kepada berapa lama saya hidup."

Ditanya sama ada kata-katanya ini akan diterima baik oleh anggota Umno, Dr Mahathir berkata: "Saya rasa secara umum Umno akan menerimanya... mereka akan menerima pemimpin yang berdedikasi terhadap negara.

"Saya bukannya cuba untuk melakukan sesuatu yang akan menambahkan rasa tidak suka mereka (anggota Umno) kepada saya, saya hanya berkata yang sebenarnya."

Ditanya sama ada ini bermakna bukan Melayu akan diberikan lebih tempat dalam kabinet, Dr Mahathir berkata ia tidak mustahil sekiranya perasaan perkauman sudah terhakis dan seseorang itu tidak lagi dikenali melalui bangsanya.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir turut berkata Malaysia adalah milik rakyat bersama dan sejak Merdeka semua kaum berjaya merapatkan hubungan antara mereka.

"Sebenarnya kadang-kadang kita begitu "Malaysian" sehingga kita tidak dapat mengenali seseorang itu daripada kaum yang sama.

Daripada segi pakaian dan budi bahasa, Melayu dan Bumiputera sukar dikenali sebagai berlainan daripada keturunan Cina atau India," katanya.

Menyentuh Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dr Mahathir berkata dasar itu menunjukkan bahawa peningkatan ekonomi Bumiputera tidak menjejaskan kemajuan ekonomi bangsa lain.

Menyedari bahawa ada orang Cina yang tidak berpuas hati dengan DEB, Dr Mahathir berkata terdapat juga kaum Bumiputera yang tidak berpuashati dengan DEB.

"Jika kita berkongsi dan bekerjasama, bilangan mereka yang tidak puashati ini akan berkurangan," katanya.

Bila ditanya pemberita bahawa terdapat dakwaan DEB telah mencetuskan perpecahan antara kaum, Perdana Menteri berkata sebaliknya dasar itu telah membantu proses integrasi kaum.

"Di sesetengah negara yang tidak mempunyai dasar sedemikian, mereka lebih berpecah dan tidak mengiktiraf bangsa. Mereka mendakwa mereka adalah satu negara tetapi jauh di dalam mereka berlainan," katanya.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir turut menyentuh mengenai baiknya jika orang Cina dan Bumiputera mengadakan lebih banyak perkongsian perniagaan yang tulen dengan rakan Bumiputera memainkan peranan yang bermakna yang memberi kepada mereka pengalaman dan kecekapan.

"Perkongsian Ali Baba di mana Bumiputera hanya menjadi "front" (topeng) tidak menolong proses pemindahan kecekapan dalam bidang perniagaan,"katanya.

Beliau percaya jika rakan kongsi Bumiputera diberi peranan yang bermakna, sumbangannya kepada perniagaan tetap bernilai.

Katanya, jika Bumiputera maju dan sama kaya dengan kaum-kaum lain, kemajuan negara ini tetap akan meningkat tinggi dan pendapatan purata Malaysia akan menjadi jauh lebih baik.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,

jom exchange link tanda sokongan, ana sudah linkkan blog anta.

http://harapan-terbaru.blogspot.com/

mr edz berkata...

sudah di linkkan... terima kasih

Tanpa Nama berkata...

sabahal khair

maha rasis

AWAS DEB KEMBALI