Rabu, 29 Jun 2011

berkaitan warna lagi: warna warna yang menjadi ketakutan BN dari dulu hingga kini..

warna putih.

ingat tak dulu lagu selimut putih pernah di gam. sebab takut nanti asyik ingat mati pastu tak buat kerja. produktiviti menurun. bodoh punya mangkuk yang suruh gam lagu  ni.

hijau.

takutnya pada warna hijau ni sampai lambang petronas pon suruh tukar sikit. sebab sama dengan lambang PAS.

kuning.
sekarang kalau pakai baju kuning yang BERSIH anda akan di tangkap. tapi kalau pakai tube kuning sampai nampak lurah silakan. hak dan kebebasan. ( pala hotak kau.. abis tu aku sebagai lelaki normal ni tak terganggu ke?)

Selasa, 28 Jun 2011

merah merah merah.. syaitan kata I like that color..

kumpulan baju merah hehehehe

"Sesungguhnya setan itu menyukai baju berwarna merah dan setiap pakaian yang mewah." (HR. Ahmad, al Hakim, Ibnu Adi, Baihaqi dan at-Thabrani)



Pada suatu hari Rasulullah saw menyaksikan seseorang berbaju merah menyala. Beliau tidak suka melihat keadaan yang demikian itu. Ketika Rafi' bin Khadij meninggal, sebagaimana diriwayatkan oleh Ahmad, orang berlomba-berlomba menghias tempat tidurnya dengan kain baldu dengan warna merah menyala yang menakjubkan. Kemudian beliau bersabda,

"Sesungguhnya setan itu menyukai baju berwarna merah dan setiap pakaian yang mewah."

Ahad, 26 Jun 2011

GEMPAR : 3 suspek di kehendaki polis. (bergambar)


Kuala Lumpur: polis hari ini mengesahkan sedang mencari 2 individu dan 1 haiwan peliharaan untuk mengambil keterangan berhubung perarakan BERSIN yang akan di adakan 9 julai nanti. menurut ketua polis negara dato inspektor  shahab berkata, polis telah mengedarkan risalah mengenainya di semua pasaraya dan di karnival jom kusut di seluruh negara. tambahnya lagi ketiga tiga suspek di percayai masih berada di dalam negara. 
" sesapa yang dapat memberi maklumat hingga tertangkapnya mereka ini pihak polis akan memberikan hadiah berupa sebuah kereta hyundai sonata 2.4L serta tak payah bayar road tax hingga 5 tahun." katanya lagi. pihak polis juga menambah orang ramai tidak di benarkan menghadiri perhimpunan BERSIN kerana ia menyebabkan ramai orang akan mendapat penyakit bersin hingga menggagalkan mereka mengundi kerajaan dalam pilihanraya yang akan datang.
ketika ditanya adakah terdapat halangan untuk mengahdiri perhimpunan lain beliau menambah tiada halangan untuk mengahdiri perhimpunan sekolah mahupun perhimpunan agung UMNOK. 

disini disertakan gambar ketiga tiga suspek:


 pikachu


hulk hogan

maskot digi

Khamis, 16 Jun 2011

siri apa yang tak kena dengan gambar ini 3


aku amik kat facebook. tekan sini (gaya K-pop la konon.. gaya gaboi ada la)


mari kita kaji apa yang tak kena dengan beruk gambar di atas:

1. muka dan gaya macam gay boy. dan yang sorang tu siap bersubang (kalau tak salah la) subang bagi orang lelaki kan haram.. kes malas nak pegi kelas fardu ain. penyanyi kot diorang ni.. suara mesti tak sedap.

2. untuk pengetahuan semua laman file sharing bukan hanya untuk download movies atau lagu semata mata tetapi untuk menghantar data data dalam skala yang besar. takkan nak hantar pakai email 1malaysia kot. mana boleh blah.

3. diorang ni cuma tahu face book, twitter dan kadangkala lawat web 1 malaysia. kadang kadang lawat megaporn. mungkin la.

4. apa guna UNIFI kalau takleh nak download... (nasib baik aku tak langgan lagi.. ingat nak langgan jugak)

5. jika takleh nak download kita kena beli yang ori. kamu tahu berapa harga dvd ori..? boleh dapat 2 tin susu anak aku tau.. kapitalis betul.

6. mereka yang di atas adalah penyokong kuat Barisan Nasional.. (tak tau la diorang ni dah daftar belum kat SPR kalau tak daftar lagi bagusla)


mr edz: aku cuma boleh makan coklat hacks jer. hack tak pandai. habisla lepas ni filem KRU semua tak laku.

Rabu, 15 Jun 2011

kalau semua pegi surau bila kena bom semua kan semua mati- penyokong tegar umno. sembang sembang dengan orang Umno

"bila semua orang pegi surau bila kena bom semua mati tau" kata seorang penyokong tak boleh ubah Umno.. apa boleh buat.. nak gelak ada nak nangis pon ada.. itulah orang nak buat kuliah tak mau pegi.. antara percakapan beliau dengan seorang penyokong Pas( penyokong biasa saja)aku amik point penting je la..

 PP = penyokong Pas
PU = penyokong Umno (ngok)

PU : kau tengok Penang sekarang cina dah ambil alih.
PP : eh dari dulu lagi cina yang pegang. KM dia kan Cina masa BN dulu.
PU : tu dulu lain.. takpe sebab BN.

PU : aku sokong kerajaan mansuh subsidi sebab aku nak tolong kerajaan.
PP : apa la patut kerajaan tolong rakyat bukan nya rakyat tolong kerajaan.
PU : itulah kau tak sedar diri. sebab Umno la kita hidup senang.
PP : aku nengok yang senang menteri jer. rakyat susah jugak

PU : orang melayu bersatu. mesti kuat.
PP : bagi aku biarla Islam yang kuat. bila Islam kuat semua la kuat tak kira bangsa asalkan Islam. yang bukan Islam pun akan tertarik dengan Islam. cara pertama bila azan je semua orang pegi  solat jemaah sama sama.
PU : habis tu bila semua orang gi  surau bila kena bom semua mati.

bila sampai dia cakap macamtu je yang si PP ni terus diam. tak tau nak cakap apa. kalau macam tu la pemikiran dia aku sendiri pun takleh nak kata apa..

Selasa, 14 Jun 2011

soalan bocor Pengajian Am STPM tahun ini..


Sila jawab soalan di bawah . Calon di beri masa 2 jam. setiap jawapan yang betul di beri 14 markah.

Berdasarkan gambar di atas sila jawab soalan di bawah

1. Di manakah ketiga tiga orang in boleh di jumpai?
a. parlimen
b. kolam / longkang
c. rumah urut
d. berita TV3

2. Antara ketiga tiga yang manakah akan tercalon kembali di PRU yang akan datang?
a. berbaju melayu
b. bertali leher
c. berkopiah
d. tak layak

3. Mengapakah sehingga kini mereka ini tidak masuk Umno?
a. nak masuk tapi malu
b. dah masuk tapi tak mau umum
c. borang dah hantar tapi kena rejek
d. tak mau masuk sebab nak pindah Kazakhstan jadi duta

4. Antara ketiganya muka yang manakah anda paling meluat?
a. berbaju melayu

b. bertali leher
c. berkopiah
d. semuanya

5. Jika anda pengundi kawasan mereka dan telah mengundi mereka di PRU yang lalu dan  jika anda berjumpa mereka apakah yang akan anda lakukan?
a. membelanja makan
b. minta duit sebab anda tak cukup belanja
c. mintak surat sokongan
d. memberi makan dedak.

6. jika anda ahli Umno adakah anda akan mengundi mereka jika mereka tercalon kembali?
a. saya bukan ahli Umno.
b. undi
c. tak undi sebab benci
d. saya tak boleh mengundi lagi

7. sila karangkan satu essei menggunakan nama dan karekter di atas. Karangan tidak melebihi 500 patah perkataan. tajuk adalah "mengapa hidup saya tidak tenteram"

Khamis, 9 Jun 2011

siri Atlas : Қазақстан




Alamat kedutaan   : 115, Jalan Ampang Hilir, 55000, Kuala Lumpur




Telephone : 603 4252 2999




Fax           : 603 4252 3999




E-mail       : kuala-lumpur@kazembassy.org.my




Website    :  http://www.kazembassy.org.my/





tiada kena mengena dengan berita berita yang tersebar. entry ini sudah di rancang untuk dipost pada hari ini sejak setahun yang lalu. untuk pengetahuan seks am korang jugak. mana tahu nak melancong ke sini kan?