Jumaat, 28 Oktober 2011

Mader... kalau tak paham sila bertanya..

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.
“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.
“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan.
klik sini

mr edz: agak agak la bro.. kalau tak paham jangan nak meraban.. sila la tanya pada yang pakar.

Ahad, 23 Oktober 2011

Berita yang sebenar...

diubah suai dari metro:

DENGKI: “Saya sudah lihat tiada Gelombang Biru di seluruh Selangor. Yang ada cuma cerita biru (blue). Sudah nampak ada kesedaran baru kerana mereka (rakyat) tahu kita cuma kuat mengumpul harta sendiri. Saya ucap syabas kepada semua (parti) di Selangor kerana bodek kuat,” kata Timbalani Perdani Menteri, Tan Sri Mahiaddin


Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun mentadbir Selangor, pakatan pembangkang tidak banyak membantu Umno , sebaliknya berlaku banyak masalah, dan melakukan sekatan atau menghalang peniaga Umno dari mendapat tender terus seperti dahulu. sekarang ni kena melalui tender terbuka pulak.

“Ramai peniaga  Umno contohnya kontraktor Umno datang kepada saya dan bagi tahu susah nak meniaga, tidak seperti zaman Barisan Nasional (BN) memimpin. Mereka kata dulu zaman BN tak susah, tapi sekarang susah nak masyuk.

"(Malah) ada peniaga yang jumpa saya tanya bila nak pilihan raya, saya cakap saya takkan saya nak bagitahu dan saya tanya kenapa? Mereka kata kami tak tahan dengan Pakatan Rakyat, kami susah nak hidup dan berniaga, bila ada pilihan raya, saya tak pergi," katanya ketika berucap pada Program Nurani Rakyat Sayangi Selangor Yakini BN dan bersarapan bersama rakyat di Parlimen Sepang di sini, semalam.

Hadir sama, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Sepang, Datuk Sri Mohd Zin Mohamed. semua tetamu di hiburkan oleh kumpulan lawak terkenal negara en Ibrahem Ali dan Zul kulom kulim aka kumpulan Kejadah.

Jumaat, 21 Oktober 2011

memang betul najib makan cuma 4 ringgit.. korang bising apasal..

sebab dia PM kot sebab tu kira murah

betul la najib makan cuma bayar 4 ringgit.. yang korang bising bising dalam blog ni nak buat apa.. cuba kamu tengok najib ambil lauk apa.. nasi, ayam goreng seketul, ayam masak merah seketul dengan acar dan papadom.. betul la 4 ringgit.. sebab apa? yang kamu tanya aku nak buat apa.. tanya la yang tukang kira tu.. dia bagi najib diskaun..
najib kan PM yang di sayangi oleh beliau.. kalau aku la tukang kira tu aku kata kat najib " tak payah bayar la ini makan, kasi lesen free sepuloh tahun sudah" hahahahahaha..

mr edz: hehehehe kene tipu.

Khamis, 20 Oktober 2011

putus kawan sebab aku kata papagomo tak buleh pakai..

aku ada seorang kawan. baru baru ni aku baru jumpa dia dalam FB.. so aku tengok dia punya politik Umno. so tak kisah la.. memasing punya pegangan. pastu satu hari tu dia tulis kat fb dia pasal artikel papagomo.. aku pon saja bagi panas aku tulis kat wall dia " papa gomo tak buleh pakai" .. wah sikit punya marah dia.. siap maki aku lagi dalam bahasa penjajah.. siap tak mau kawan ngan aku... keh keh keh...

lantak kamu le... aku cakap sikit ko marah.. aku rasa patut ko calonkan papagomo tu jadi menteri penerangan Umno ganti ahmad maslan... kakakakakakka

Jumaat, 14 Oktober 2011

berita lawak...

Seramai 10 artis hari ini menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda Umno.

Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda Umno di ibunegara ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.
    
Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.
    
Zed Zaidi berkata penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam program "Jom Masuk Umno".
    
Pelakon itu yakin corak kepimpinan perdana menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan.





keh keh keh... pembangunan apa yang artis boleh bagi.. kalau perangai elok boleh la tahan... ini semua tak boleh pakai..

Khamis, 6 Oktober 2011

seorang Cina kata " Berambuslah MCA"

dipetik dari merdeka review.com.

mr edz: XXX tu maksudnya mungkin carut marut kot.

Yang berikut adalah terjemahan dan suntingan tulisan berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!"


Saya, sebagai warga Malaysia kaum Cina, tiada Roket mahupun Keadilan bertanding di kawasan pengundian saya, hanya pertembungan terus antara UMNO dengan PAS. Sekarang, secara rasminya saya mengumumkan di sini, bahawa pada PRU yang akan datang, saya akan mengundi PAS!

Melihat kepada pemimpin MCA yang haprak berucap menyerang Hukum Hudud Islam dalam perhimpunan agung tahunannya, kononnya mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia, saya teringin nak berkata, MCA, pergi mampuslah!
XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, sekarang saya ingin berkata kepada MCA, pada pilihan raya umum yang akan datang, saya pasti akan mengundi PAS! Malas saya nak layan kau!

Jangan kata kepada saya penubuhan Negara Islam, akan dipotong tangan dan dipotong kaki, XXX, Malaysia di bawah perintah kau dan UMNO - Teoh Beng Hock pun boleh jatuh dari bangunan! Polis boleh tembak sewenang-wenangnya! Tak kurang tahanan yang mati dalam lokap! Belum sempat kami dipotong tangan dan kaki oleh PAS, mungkin dah mati kena aniaya unit penguatkuasa!

XXX, MCA, parti yang haprak, saban hari memfitnah PAS dalam akhbar. Tahukah kau, PAS memperuntukkan tanah untuk 'menyara' sekolah menengah Cina di Kelantan; di Perak, benda yang sama berlaku ketika pemimpin PAS menjadi Menteri Besar. XXX... Dah berapa tahun kau MCA menjadi kerajaan, tapi gagal menginstitusikan peruntukan kepada sekolah Cina, dan sekarang kau suruh kami jangan mengundi PAS, gila!

XXX, satu parti yang besar, dalam perhimpunan agungnya, boleh menggunakan sepenuh masa untuk mengecam idealisme Islam, pada masa yang sama akur secara senyap kepada perkauman sempit UMNO, parti apa yang haprak sebegini? Memang parti haprak yang tidak boleh diselamatkan!

Apabila UMNO menyerang, bahawa Cina adalah "pendatang", suruh kami balik ke Tiongsan, PAS yang tampil mempertahankan kita!
Apabila UMNO melarang bukan-muslim menggunakan kalimah Allah, PAS yang tampil mempertahankan hak bukan muslim!
Apabila UMNO melarang bukan-muslim ke dalam masjid/surau, PAS yang tampil membantah UMNO!
Apabila PERKASA yang pro-UMNO menyerang bahawa Pakatan Rakyat mengkhianati Melayu, PAS yang tampil menyanggah mereka!

XXX, apa yang kau MCA lakukan? Hanya mampu berkata UMNO tak harus begini, tak patut begitu, kalau betul kau hebat, takkan Cina masih menjadi rakyat kelas kedua? Kalau betul ada tulang belakang, keluarlah kau dari Barisan Nasional-lah, bodoh!"

Semakin meluap-luap kemarahan saya... Sekian lama kau MCA makan duit, satu projek PKFZ kau telan RM12.5 bilion, satu Facebook RM1.8 juta, dan wang kopi yang sikit-sikit tu? Kau yang telan wang rakyat! PAS? Pernahkah kau denganr PAS terima rasuah? PAS terkenal dengan bersih dan amanah, 20 tahun memerintah di Kelantan, tiada satu kes rasuah, Menteri Besar duduk dalam rumah kampung, makan nasi lemak! Kau orang senang saja kata kalau menang makan udang galah, masih nak kami undi kau?"

MCA, berambuslah kau! Apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA kerana terdesak dengan tekanan rakyat, kau bagaikan anjing, segera bersetuju! XXX, untuk sekian lama kau menyokong akta yang mencabul hak asasi manusia, kini sikap kau berubah dalam sekelip mata? Kau ingat rakyat ni bodoh? Untuk sekian lama, PAS memimpin rakyat untuk berjuang, sama ada perhimpunan anti ISA, BERSIH 1.0 mahupun BERSIH 2.0, PAS berada di baris paling depan untuk menentang kezaliman - menahan gas pemedih mata, menghalang meriam air berkimia!

Ketika 9 Julai, UMNO mengecam kami kerana berarak di jalan raya. Pada saat yang paling genting, Unit Amal PAS membuka jalan, kemudian berkata, 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita lindung mereka!' XXX, mana kau MCA? Di mana kau sorok ketika itu? Sekarang kau panggil kami jangan undi PAS, mampuslah kau!

XXX, dah sekian tahun menjadi kerajaan, Presiden video lucah itu masih berada di atas pentas untuk menggesa agar kerajaan begini, supaya kerajaan begitu... Pernahkah kau anggap diri kau sebagai kerajaan? Kalau kau sendiri tak mampu, tak larat, tukarlah orang! Bodoh!

Apa yang paling hebat, Liow Tiong Lai, mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Ketika hukum Islam diluluskan di DUN Kelantan dan Terengganu, ADUN UMNO menyokong dengan mengangkat kedua-dua tangan mereka. Satu undi pun tidak pernah diluluskan DAP. Mengapa tidak kau memimpin MCA untuk keluar dari Barisan Nasional?

PAS ingin melaksanakan Hukum Hudud, ini matlamat tertinggi parti mereka. Ia bagaikan Parti Demokratik Progresif di Taiwan yang menuntut kemerdekaan, sudah pasti ia tak jadi, kerana tidak dibenarkan realiti politik. Apatah lagi PAS bersekutu dengan dua parti komponen Pakatan Rakyat, semestinya memerintah berdasarkan Buku Jingga apabila berkuasa - bukan matlamat tertinggi PAS mahupun DAP. Mungkin ada yang akan tanya, bagaimana pula di Kelantan?

Saya teringin nak tanya mereka, jikapun terlaksana di Kelantan, apa susahnya? Kau bukannya muslim, apa kena-mengena dengan kau? Lebih-lebih lagi, kau tunggulah sehingga Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan. Buat masa sekarang, kerajaan pun belum tukar. Kini bertimbun-timbun pengundi hantu, Pakatan Rakyat nak pertahan satu pertiga kerusi pun payah!

Ramai lagi Cina bertanya, matilah kalau Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga. Saya kata XXX, kepala otak kau, kalau Pakatan Rakyat memperolehi dua pertiga, sudah pasti DAP ada 50 kerusi dalamnya. Kalau DAP tidak mengundi untuk sokong, maka tak jadilah pindaan tu.

Kemudian lebih ramai Cina tanya, kalau DAP menjadi pengecut, menyokong pelaksanaan Hukum Hudud? Kalau kau tak suka, tukar balik Barisan Nasional-lah! Takkan tiada lagi pilihan raya selepas pertukaran kerajaan pada PRU akan datang? Kan pilihan raya memberi peluang kepada kita untuk tukar kerajaan apabila kita tidak setuju dengan dasar kerajaan yang sedia ada?

Sesetengah Cina bodoh betul, saya terus terang di sini. Seandainya pada PRU akan datang, kami menyokong satu kerajaan yang sudah lama korup dan mencabul hak asasi manusia, hanya kerana takut kepada Hukum Hudud yang langsung tak pernah wujud, maka saya perlu kata, benar orang Cina ni hina. Nasib orang Cina dan rakyat akan tergadai pada tangan sendiri!

Sedarlah orang Cina, jangan lagi ditipu MCA! Hanya apabila kami mengundi Roket, Keadilan dan Bulan, bersatu menukar kerajaan yang haprak ini untuk memperbaiki nasib orang Cina di tanahair ini. Seandainya kamu mencintai bangsa kau, seandainya kamu mencintai rakyat kau, seandainya kau mencintai negara kau, berkongsilah tulisan ini dengan setiap orang kawanmu. PRU yang akan datang, kami bernyanyi bersama "Bulan lambang hatiku" (lagu Cina terkenal)!


Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Rabu, 5 Oktober 2011

Astro yang kebal.... en rais jangan le tidur..

tolong lepaskan tuan mod yg dihormati,


Assalamualaikum/salam sejahtera,

disini saya ingin mengemukakan aduan berkenaan Astro.. last month channel i kena potong...so sehari 2,3 kali pihak astro call utk suruh buat payment sambungkn semula channel...sampai la i rimas terus bayar...promise 3 jam dari i call akan reconnet balik..so smpai la 8pm,9pm,10pm mlm i tunggu...masih lagi currently not in service..so i call pihak astro di 1300-82-3838 katanya dah ada sambungan pada pukul4pm...so knp sampai sekarang still tak ada channel..pihak astro cakap masaalah teknikal…piring astro or wayar longgar…selama 3 tahun I duk kat sini..xdek pn masaalh piring dn wayar..3 mnggu sblum kena potong channel boleh je i tgk.. kalau i tahu sumpah la tak kan bayar utk sambungkn semula…..dan pihak astro tu cakap…puan nak kami hantar technican ker??tapi kena bayar la minimum RM50..maksimum taktau la berapa kan …OMG… bukan tu kesalahan saya ..knp saya perlu bayar….pleaseeeee la astro jgn la makan duit byk sgt..kalau tu salah satu taktik untuk makan duit orang…tolong amik tindakan segera..i think nak buat aduan kat hak pengguna…but masih lagi dalam tahap kesabaran..i wait 1,2 hari ni if still not respon…I sendiri akan naik buat aduan…so I mintak pihak astro amik tindakan segera


@Lieza2010


mr edz: menteri takper.. astro free

Ahad, 2 Oktober 2011

duit cukai anda... dan duit aku juga...

gambar istana baru di jalan duta.. khas untuk 2 orang jer.. err berapa kos selenggara sebulan yer? bil elektrik? bil air?