Jumaat, 9 Julai 2010

pelajaran hari ini..

apa maksud hadith Mutawatir

Hadith Mutawatir


Dari segi bahasa al Mutawātir adalah Ism al Fā’il daripada al Tawātur yang bermaksud yang berturut-turut.

Dari segi istilah pula, hadith mutawatir bermaksud hadith yang diriwayatkan oleh bilangan yang ramai di mana mustahil dari segi akal mereka berpakat untuk menipu.


Syarat hadith mutawatir

- Diriwayatkan oleh perawi yang ramai.
- Bilangan yang ramai ini terdapat di kebanyakan peringkat (sahabat – tabi’in – seterusnya)
- Mereka meriwayatkan berdasarkan hissi seperti kata-kata sami’na (kami dengar) atau ro‘aina (kami lihat)


Hukumnya


Mencapai darjat ilm yaqin iaitu ilmu yang wajib diterima dengan penerimaan yang kukuh tanpa sebarang ragu-ragu, wajib beramal dengannya. Sahih

Pembahagiannya

- Mutawatir LafziHadith yang sampai darjat mutawatir pada lafaz dan maknanya. Contohnya ialah hadith“Sesiapa yang berdusta ke atasku ... “

- Mutawatir MaknawiHadith yang sampai darjat mutawatir pada maknanya sahaja walaupun berbeza lafaznya.

Tiada ulasan: