Isnin, 28 Jun 2010

terkenang satu masa dulu


kisah yang membuatkan aku teringat masa kecik kecik dulu.. masa tu letrik baru je masuk (LLN).. sebelum tu tengok tv kena cucuk kat bateri kereta.. tv warna baru jer ade.. isk isk rindunyer masa kecik kecik.. main tuju tin, tuju selipar, main galah panjang, bila hujan jer lari gi main bola kat padang belakang rumah.. bila balik siap la kena rotan.. (walaupun tahu tapi nak gi jugak )

bila malam kena gi ngaji, balik sek rendah ptg pegi sek agama (tapi tak pegi pun pegi paya nangkap ikan putih) bila cuti kena tolong abah gi ladang sawit.. paling malas bila membaja kena pulak lepas solat jumaat... bila raya plak main mercun ngan buat meriam tanah.. huhuhu.. rindunya....




2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam mr edz

Saya kekadang nostalgia juga. Rindukan sungai, curi tembikai di seberang, berkhemah di pantai, bermain rakit batang pisang dan yang paling seronok mencuri buah kuining seorang kaya yang bakhil yang rabun. Siap kononya mengejar kita tetapi saya sembunyi dicelah dahan yang rimbun di atas pokok itu juga.

mr edz berkata...

itulah... sekarang budak budak lain tak macam dulu...