Khamis, 29 April 2010

hebahan

malam ini kuliah maghrib

oleh : ustaz Nik Radzi Nik Mat (adik TGNA)
tempat : surau Annur flat pandan mewah (blok A6) bawah rumah aku jer..
masa : lepas maghrib


sekian terima kasih.

apa yang seronok duduk kat asrama?

tetiba jer teringat balik masa duduk kat hostel.. start for 4 (masuk vokay) sampai habis umur 19 aku duk kat hostel... kekadang tu rasa macam duk kat narakka pon ader...

1. kena buli dan membuli balik
biasa la memula masuk.. kena ragging... orientasi la katakan.. sapa sapa yang tak tahan tu rasa macam nak lari jer.. biasa la.. start lepas asar je senior pon mula tunjuk kepala.. bila jadi seniot plak.. apa lagi buat la perangai macam senior..

2. happy time outing dgn balik kampung
hepi la jugak walaupun aku tak la selalu keluar bandar.. bukan apa dalam poket duit cukup cukup jer buat tambang bas

3. fly
istilah biasa bagi yang selalu lompat pagar.. . kalau kantoi memang kena belasah ngan warden.. hanya budak budak yang hati kering jer buat nih.. kadang kadang muka skema pon follow jugak

4. bergaduh
tiap tiap malam ade jer gaduh(hampir) kekadang tu ada puak puak lak tu.. geng dari satu tempat duk satu tempat pastu macam ada ketua geng.. apa apa hal kena baik ngan kepala dulu.. baru la selamat.. hehehe

5. berniaga
paling laku rokok la apalagi.. dulu sebatang 50sen tapi kalau stok takder mencecah 1 ringgit.. (dunhill masa tu baru rm3.60 20 batang)

6. boleh dengor cerita hantu
macam cerita hantu boleh dengor.. hehehe seram gila

Selasa, 27 April 2010

marabbuka...

sumber asal: anakpakitam

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.Bapa mertua tak bergerak, senyap saja.

Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

Isnin, 26 April 2010

Nasa sahkan matahari akan terbit dari barat..


bukan possibilty lagi tapi memang benar


benda ni dah lama dah tercatat dalam quran... tapi kenapa masih ramai yang tak percaya pada Al quran? masih juga ramai yang tak tau baca Al quran? Al Quran di buat pertandingan musabaqah tiap tiap tahun tanpa di ambil isinya sebagai panduan hidup... dan lebih teruk di buat sebagai hantaran, bukan tak boleh tapi hanya sebagai hiasan.. di gantung di dinding rumah juga sebagai hiasan... mengapa tak diambil isi Al Quran sebagai hiasan dalam jiwa setiap muslim....

Ahad, 25 April 2010

tahniah.. APCO menang

tahniah.... BN dan Umno menang.. hasil dari penyusunan program profesional dari yahudi... tahniah.... kalau yahudi jer buleh tahan tapi yahudi yang menerajui APCO terdiri dari mereka mereka yang menindas umat Islam Palestin....

berita dan paper perdana menjadi bahan gorengan mulai esok...

Sabtu, 24 April 2010

pesanan kepada pengundi..


pengundi ada 3 jenis:


1.kuat BN

yang ni cakap apa saja mereka tetap undi BN


2.kuat PR

sama seperti diatas. takkan berubah punya.


3. ikut mood (atas pagar)

yang ni tak tau.. nengoklah esok camna.. masa pegang pensel tu baru rasa nak pangkah apa..


oleh itu aku ada pesanan.

1. ingatlah setiap undi anda akan di persoalkan di akhirat.. jangan dok kata agama dan politik tu berasingan.. semua benda tertakluk di bawah hukum syarak.. bila semua benda di bawah agama kan bagus.. undang undang, jual beli, perkahwinan, politik...


2. jika anda teringin nak undi BN cuba ingat tentang palestin.. tak pun cuba ingat kenapa masalah sosial semakin meruncing.. pembunuhan merata rata, hiburan yang melampau.. ramainya orang tidak bersolat.. dan kenapa kita masih lagi memakai undang undang british sedangkan agama Islam adalah agama rasmi.. adakah kita tidak yakin dengan Al Quran dan sunnah Rasul?


3. cuba tanya ustaz apa hukum memilih orang kafir menjadi pemimpin?


4. terus terang je la anda di minta mengundi PKR.. (walaupun aku tak berapa gemar dengan sikap sekular yang ada dalam parti ni) baik undi PKR dari undi BN..


Khamis, 22 April 2010

1 malaysia lagi popular dari kfc dan milo?

dipetik dari bernama.. berita penuh kliksini

"The 1Malaysia concept is more popular than Milo, Kentucky Fried Chicken (KFC), the badge and logo of 1Malaysia has no competition because some like chicken and some may not like to eat chicken, but everyone likes 1Malaysia," said Najib.-- BERNAMA

hahaha.. jangan buat lawak la... tak pernah aku dengar orang kat kedai makan mintak air 1 malaysia satu, tak pun roti canai 1 malaysia.. tapi kalau kat penang teh tarik komtar tu biasa (merujuk gelas besar)...
anak aku yg umurnya 3 tahun pun kenal mana satu kfc mana satu pizza... mungkin la kat area pejabat PM je yg popular, tak pun kat kedai makan kat Israel hehehehe.. ada kebab 1 malaysia kot?

mr edz: aku rasa doa makan lagi popular dari 1 malaysia