Jumaat, 28 Jun 2013

berita rasakusut :Jualan Tiket habis.. Seorang Jemaah Pengsan.




JOHOR BAHRU - Penjualan tiket untuk saf pertama, kedua dan ketiga untuk solat isyak dan subuh ahad ini  di masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru  kecoh apabila jemaah berasak asak sehingga menyebabkan seorang lelaki cedera akibat dirempuh.


Bagaimanapun, terdapat juga jemaah  yang pulang dengan tangan kosong apabila tiket habis dijual apabila kaunter mula dibuka pukul 7.30 pagi.

Atas beberapa sebab, kaunter jualan terpaksa ditutup beberapa kali ekoran kesesakan di hadapan empat kaunter yang dibuka selain jumlah tiket yang amat terhad.

Seorang jemaah, Nazarudin Samsudin, 44, berkata, dia yang berasal dari Pontian tiba di masjid pukul 12.30 tengah malam semata-mata untuk memastikan dapat membeli tiket bagi mendapat saf pertama solat subuh dan isyak  ahad ini.
"Saya sangka sayalah orang terawal yang tiba, tetapi sebaliknya apabila kira-kira 100 orang sudah berada di hadapan kaunter dan ada juga yang tidur di sini.
"Nasib baik saya dapat membeli tiket kerana ramai juga yang datang pada waktu pagi tidak dapat beli tiket kerana ia sudah habis," katanya.

Nasib berbeza dialami Mohd. Razli Mohamed, 19, dari Pasir Gudang yang terpaksa pulang dengan kosong apabila tiket yang dijual dua keping setiap seorang,kehabisan.
"Saya masih fikir cara untuk mendapatkan tiket dan mungkin akan pergi ke masjid esok (hari ini) untuk beli dari ulat 
tiket ," katanya.

Kira-kira 3,000 jemaah mula membanjiri pekarangan masjid tersebut, termasuk ada yang sanggup tidur di hadapan kaunter jualan seawal pukul 12 tengah malam bagi mendapatkan tiket berkenaan.

Keadaan sama juga di laporkan berlaku di sebuah masjid di Kota Bharu kelantan.

Khamis, 27 Jun 2013

cara - cara menguji ketahanan pintu kereta anda..




video


ada berani tak buat camni kat kereta anda?

Selasa, 18 Jun 2013

Syiah.. adakah kita pengikut mereka?

petikan dari memorandum syiah kepada Yang di pertuan Agong.

13. DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, walaupun Islam di Nusantara kini majoriti bermazhab Syafi`ie, tetapi pada awalnya ia dipengaruhi oleh fahaman Syiah. kedatangan Syiah ke Asia Tenggara bermula semasa gabenor bani Umayyah yang zalim bernama al-Hajjaj bin Yusuf ats-Tsaqafi (695-705M). Ketika itu ramai golongan Syiah telah melarikan diri dan ada yang datang ke nusantara dan mereka menuju ke Campa9kemudian ke pulauan Sulu, Sulawesi dan Kalimantan. Semua ini terdapat pada batu-batu nisan di mana terdapatnya kubur-kubur orang Islam. Pada abad ke-9M dan ke-12M, golongan Syiah mencapai kekuatan politik di Timur Tengah, lalu kedatangan mereka ke Asia Tenggara bertukar corak dari pelarian kepada politik. Mereka menyebarkan dakwah Syiah di dunia Islam khususnya Nusantara. Pada abad ke-10M pula berlaku penghijrahan kaum muslimin Parsi ke Nusantara seperti antaranya keluarga Lor (dari wilayah Lor di Parsi) ke Jawa Timur. Mereka mendirikan perkampungan Lorin di Gresik dan keluarga Jawani di Pasai dan keluarga Syiah di Sumatera Timur. Maka boleh dikatakan bahawa sepanjang abad ke-11M dan 12-M, Indonesia dan Nusantara dipengaruhi oleh aliran Syiah. Ini bererti, sebelum kedatangan mazhab Ahli Sunnah - yang dominan di Nusantara ini - adalah mazhab Syiah dan ia telah mempengaruhi masyarakat dan kerajaan Islam di Nusantara ini.10 Pada tahun 878M, telah berlaku pemberontakan oleh Hwang Chao yang menyebabkan hampir 10,000 orang asing (kebanyakan Arab-Islam) terbunuh. Ramai yang melarikan diri ke Semenanjung khususnya ke Kedah.

Kesan dari itu, maka amalan Islam mazhab Syiah lalu menyerap masuk ke dalam budaya dan adat penduduk setempat, antaranya mendirikan kuburan, membesarkan orang-orang alim dan wali-wali yang sudah meninggal dunia, memperingati hari kematian atau “hari hol”. Begitu juga dengan berzanji, sambutan maulud, membaca talkin, bacaan surah Yassin secara berjemaah pada setiap malam Jumaat, tahlil, sambutan Isra’ Mikraj, Nisfu Sya’ban, hari Hol, bubur Merah, bubur Putih dan banyak lagi. Semua amalan-amalan yang berasal dari Syiah ini tetap diteruskan masyarakat Malaysia sebagai amalan agama yang tidak boleh ditinggalkan, jauh sekali ditentang.

Jika dilihat perkembangan Islam di Aceh serta Nusantara, peninggalan Syiah masih ada dan sejarahnya kekal seperti Sambutan Asyura masih disambut setiap tahun di Palembang. Universiti Syiah Kuala di Aceh, Makam Habib Noh di Singapura11 dan buku-buku seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Mohammad Ali Hanafiah. Bahkan adat pepatih - disamping adat temenggong - yang masih lagi diamalkan di negeri melaka dan negeri sembilan wujud pengaruh ajaran Syiah di dalamnya. Diikuti sejarah Hamzah Fansuri yang merupakan salah seorang ulama tamadun melayu Islam juga bermazhab Syiah. Sultanul Arifin yang menjadi mubaligh kepada keislaman Parameswara juga bermazhab Syiah. Parameswara telah mengubah namanya kepada Megat Iskandar Shah.12 Bahkan sebahagian besar alat muzik diraja di Istana Melayu dari dulu sehingga kini adalah berasal dari Parsi atau Iran. Salah satu yang paling terkenal ialah Naubat atau Nobat, Nafiri dan rubab (Rebab). Tidak ketinggalan songkok yang juga berasal dari Parsi (Iran). Satu masa dahulu songkok melambangkan keparsian (justeru, ke-Syiah-an). Hari ini songkok sebagai budaya Parsi telah menyerap dan sebati sebagai budaya Melayu. Meskipun kini masyarakat Parsi telah meninggalkan budaya bersongkok, namun songkok dalam kalangan Melayu menjadi lambang kehormatan. Kanun Melayu yang terkenal susunan Tun Sri Lanang ada menghantar satu hint yang penting tentang pencinta Ahlul Bait (Syiah) di alam Melayu. Tun Sri Lanang dalam buku Hikayat Silatu Salatin telah menulis dengan sejelas-jelasnya tentang asal usul Raja-raja Melayu. Mereka adalah berasal dari darah – daging Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) . Mereka dari darah Parsi Syiah dan sekarang ini dikenali sebagai Iran Syiah. Menurut Persatuan Silat Kalimah Malaysia dan tertera dalam Website mereka: http://www.silat-kalimah.com, pengasas mereka adalah bernama Syeikh Abdullah Rafaei Qibrari atau Syeikh Tajred. Beliau adalah seorang pedagang dan juga seorang mubaligh Islam. Beliau berasal dari Tanah Besar Parsi dan seorang Islam yang bermazhab Ahlul Bayt (Syiah). Sultan Kedah pada waktu iaitu yang bernama Phra Ong Mahawangsa telah memeluk Islam dan menggantikan nama Baginda kepada Sultan Muzaffar Shah.
Pengaruh Parsi (Syiah) telah mencorak kemasukan Islam di alam Melayu serta Benua Kecil Siam. Pengaruh Parsi dalam tamadun Melayu jelas dapat dilihat dalam lapangan bahasa, kebudayaan dan keagamaan umpamanya kitab Taj al-Salatin13 banyak merujuk daripada kitab-kitab Parsi.14 Betapa eratnya hubungan Melayu dan Parsi terjalin sehingga sejak awal-awal lagi kesultanan Melayu sudah memakai nama Syah dari bahasa Parsi yang melambangkan kedudukan mereka sebagai raja. Ketika itu pengaruh Parsi ini juga berkembang pesat di Shahr Nuwi Ayuthiya.15

Semua ini bukti bahawa Syiah sudah lama bertapak dan berakar umbi di Malaysia ini sebelum kemasukan mazhab-mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang lain, diikuti fahaman dan ajaran Salafi-Wahabi yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab.

berita rasa kusut (berita tipu) : Wartawan Majalah Mangga di larang mengahdiri sidang media Ahmad Maslan.



kah kah kah kah....


Majalah Mangga hari ini dilarang daripada menghadiri sidang media Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Persekutuan (KWSP) di Kuala Lumpur.

Walaupun dibenarkan menunggu di bilik lounge bersama pengamal media lain yang sedang menunggu Ahmad, pemberita kemudian dimaklumkan bahawa Majalah Mangga tidak dibenarkan menyertai sidang media itu.

Sidang media itu dijadual berlangsung selepas lawatan kerja Ahmad di ibu pejabat KWSP.

Langkah ini bukan kali pertama. Mangga sebelum ini tidak dibenarkan menyertai sebarang acara Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra dan ibu pejabat Umno.

Di ibu pejabat Umno, portal berita hiburan ini dilarang memasuki bilik pemantauan pilihan raya pada 5 Mei. Mangga juga pernah dilarang menyertai perayaan ulang tahun Umno di PWTC tidak berapa lama selepas pilihan raya umum.

Jumaat, 14 Jun 2013

Senireka Batu yang memang cool..



senireka batu dari Hirotoshi Itoh..  memang cool kan..


cards by jiyuseki d36oady2 Groundbreaking Stone Sculptures by Hirotoshi Itoh

take a rest  by jiyuseki d37u0pu2 Groundbreaking Stone Sculptures by Hirotoshi Itoh

vestiges of snow by jiyuseki d4nfa7p Groundbreaking Stone Sculptures by Hirotoshi Itoh

cogwheel by jiyuseki2 Groundbreaking Stone Sculptures by Hirotoshi Itoh

zippered coin purse by jiyuseki6 Groundbreaking Stone Sculptures by Hirotoshi Itoh

leftovers by jiyuseki d36li8z2 Groundbreaking Stone Sculptures by Hirotoshi Itoh


delicious stone by jiyuseki2 Groundbreaking Stone Sculptures by Hirotoshi Itoh

pie36 Groundbreaking Stone Sculptures by Hirotoshi Itoh

cold day by jiyuseki2 Groundbreaking Stone Sculptures by Hirotoshi Itoh


Rabu, 12 Jun 2013

Suatu masa dulu di bulan ramadhan....


satu kenangan yang indah yang tak dapat aku lupakan.. sangat teruja bila aku teringatkannya kembali...





Rabu, 5 Jun 2013

sempena ramadhan yang akan datang marilah berhenti merokok.. satu lagi agenda meruntuhkan perniagaan kapitalis.


aku cadangkan pada kamu yang merokok marilah bebaskan kita dari rokok..mula mula berdoa pada Allah.. kemudian cuba berhenti terus... ok... sebab rokok ini salah satu agenda freemason.. kamu pasti boleh.


Daily Picdump

Selasa, 4 Jun 2013

rokok naik.. takde kesan tapi cuba minyak petrol naik...


harga rokok naik? apa ada hal.. aku dah lama dah berhenti.. alhamdullilah.. semuanya dari Allah...

Daily Picdump

Isnin, 3 Jun 2013

The Avengers versi tahun1978..



pernah tengok The Avenger tak tahun lepas? haa nak tengok versi tahun 1978?
tengok kat bawah ni yer...





video




Antara 7 benda yang pertama di dunia...


di bawah adalah benda benda yang pertama di dunia.. betul ke tidak aku tak tau la... bukannya senarai 7 orang yang tak buleh masuk sabah.. Duit banyak tambahan pulak ada kuasa macam macam boleh buat.. Nanti dah hilang kuasa lepas tu jatuh miskin.. baru tau macam mana hinanya kamu nanti..


Things Which Were the First

Things Which Were the First

Things Which Were the First

Things Which Were the First
Things Which Were the First

Things Which Were the First

Things Which Were the First