Jumaat, 30 November 2012

seorang pejuang islam.. katanya.


madah pujangga seorang mamak umno





"Dalam soal kuasa, sepanjang 55 tahun, Dia memilih Umno yang memerdekakan tanah air.

"Umno dah diberi amanah, diberi kuasa... Apa yang dilakukan? Umno buat pelbagai Islah, keluarkan daripada penjajahan kepada kemerdekaan yang lebih mulia, memuliakan Melayu, memberi identiti dan meletakkan Islam di sisi Melayu," katanya.

Ahad, 25 November 2012

gambar sekitar kuliah asar bersama ustaz bollywood..


bertempat di masjid al-ridhuan ulu kelang.. nak parking pon susah... lepas magrib ustaz azhar idrus pulak.. 



hadirin yg hadir


hadirin yang penuh


fisrt time duduk dengar live



aku pon tak tau kenapa gambar boleh jadi macam ni

mak bapak jahil vs maka bapak cerdik


Jangan lupa.. anak anak adalah amanah dari ALLAH.. kita akan di tanya apa yang kita buat utnuk anak kita di dunia...



woow... ini anak anak mak bapak jahil.. jadi penyanyi boleh menag anugerah, paling koman boleh masuk majalah MANGGA.




ini lah yang sebenarnya.. anak anak menjadi modal untuk kita di alam akhirat. anak anak yang akan mendoakan kita selepas mati... 

Rabu, 21 November 2012

Jumaat, 16 November 2012

Filem yang baru aku tengok : Ajiboy




Selasa lepas. Aku bawak anak yang5 tahun aku pegi tengok wayang. memula tu nak tengok sky fall tapi aku takut anak aku dengan aku sekali terpengaruh terpaksa la tengok ajiboy. Ok lah tu dari tengok cerita Idola kecil 5. 

Cerita Ajiboy ni mengisahkan seorang budak yang kononnya genius di beri tanggungjawab oleh bapanya (Angah RL) untuk menguruskan taman tema kerana bapanya akan selalu ke KL untuk meeting. Ajiboy di bantu oleh seorang awek/janda hot anak satu.

dan kemudian di selang seli babak lakonan mat saja dan ... err.. err.. entahla aku pun tak tau apa motif cerita ni.

1. Mat Saja memang sama saja lakonan dia dari memula filem dia.

2. Untuk mengambarkan ajiboy ni bijak kononnya dia boleh membaca buku tebal yang bertajuk "BUSSINESS LAW".

3. Angah RL memang menyelamatkan keadaan sebab dia sorang je yang berlakon secara natural.

4. Aku pun tak tahu sangat cerita pasal apa sebab aku tertidur. Cuma tag line " oh man " menjadi ikutan kedua dua anak aku sekarang ni.

Rating : 2/5 atau 4 / 10

Isnin, 12 November 2012

Mak bapak paling bangang : mak bapak peserta idola kecil.




Aku cukup berbulu dengan rancangan idola kecil ni . aku menyampah yang mana mak bapak suka dan cukup bangga bilamana anak dia dapat masuk idola kecil. Ini di namakan mak bapak mangkuk. Penerbit rancangan ni pun mangkuk jugak tapi penerbit dia cerita lain la.

Aku tak paham kenapa mak bapak diorang ni suka sangat anak anak dia jadi penyanyi. Dan jugak banyak mak bapak mangkuk bawak anak dia pergi audition rancangan ni. Aku rasa la mungkin diorang ni melihat kerjaya nyanyian no boleh menjamin masa depan dan mengkayakan diorang. Yelah satu show kalau taraf anuar zain  dalam RM 20 ribu nyanyi dalam 5 lagu.

Adakah kamu terpikir yang satu hari nanti yang kamu akan mati. Anak kamu pulak jadi penyanyi. dedah sana dedah sini.masuk bergambar pulak dalam majalah mangga . Bila masa pulak nak doa kat kamu masa kamu dalam kubur? Unutk pengetahuan mak bapak kat luar sana yang teringin nak jadikan anak dia seorang penyanyi sila pikir 2 juta kali sebelum kamu nak buat macam tu. terutamanya anak pompuan. Si bapak akan menangung segala dosa si anak hingga anak itu berkahwin.

Aku harap lepas ni rancangan Idola kecil ni di hentikan. Cukupla penyanyi yang ada. Susah kalau mak bapak jenis jahil. Mungkin diorang lebih suka anak diorang nanti jadi AV idol.

Jumaat, 9 November 2012

Something is not right here...


hmmm... apa yang tak kena yer?



Khamis, 8 November 2012

Selasa, 6 November 2012

Berita rasakusut : Soi Lek mungkin di panggil JAIS.




Pengarah jais.



$. ALAM – Presiden Mca mungkin akan dipanggil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk di beri kefahaman tentang Islam berikutan kenyataannya bahawa hukum hudud akan menyebabkan orang akan kehilangan kerja dan beberapa kenyataan lain yang di anggap menghina Islam.
Pengarah Jais, en. Enggan di kenali berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat yang lengkap berhubung perkara tersebut.

“(Kenyataan itu) serupa dengan ,menghina hukum Allah. Orang islam tidak boleh mempertikaikan hukum Allah apatah lagi orang kafir yang tidak faham apa apa tentang Islam.

“Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Kita tak mahu la rakaman XXX beliau tapi rakaman video masa beliau cakap tu. Tak semestinya ada laporan, maklumat (sudah) cukup, kita boleh bertindak. (Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden MCA yang didakwa membuat kenyataan bahawa jika buat hudud orang hilang kerja dan negara yang amal hukum hudud adalah negara paling korup.


Akhir sekali beliau menegaskan semua itu boleh di buat jika Datin Seri Rosmah memberi arahan...

( bagi yang tak tahu berita ini cuma rekaan dan khayalan penulis)

Isnin, 5 November 2012

Di petik dari al-ahkam.net : Berita Projek Penghacuran Makam Nabi s.a.w. Hanya Propaganda IRAN






Adaptasi oleh zain-ys dari arrahmah.com

Media Iran lancarkan fitnah, Makam Nabi Muhamad s.a.a.w akan dihancurkan oleh Arab Saudi
Kerajaan Arab Saudi merancang untuk menghancurkan makam Nabi Muhamad s.a.w yang berada di Masjid Nabawi, Madinah. Laman web Fars News Agency yang merupakan media berasal dari Iran telah dipetik oleh Kabar24, Isnin (29/10/2012), rancangan pemusnahan ini didalangi oleh Mufti Besar Arab Saudi, Abdul Aziz al-Syeikh.

Pemusnahan makam Rasulullah s.a.w. itu merupakan sebahagian dari rancangan kerajaan Arab Saudi menghancurkan seluruh tapak-tapak bersejarah Islam, termasuk Masjid Nabawi dan tiga masjid lainnya yang merupakan masjid tertua di dunia.

Sebagai gantinya, kerajaan Arab Saudi merancang untuk projek perluasan yang bernilai multi jutaan Pound Sterling, suatu rancangan yang dianggap mengejutkan umat Islam seluruh dunia.

Malah, rancangan penghancuran Masjid Nabawi di Madinah, tempat di mana Nabi Muhamad s.a.w. dimakamkan, akan mula dilaksanakan bulan depan selesai musim Haji. Kemudian, di atas tanah tapak paling bersejarah itu, kerajaan Arab Saudi akan membina bangunan terbesar di dunia yang mampu menampung 1,6 juta orang.

Raja Abdullah memang enggan memelihara warisan arkeologi paling suci untuk dunia Islam. Sudah tentu ini mendorong kemarahan umat Islam.

Sebahagian besar projek perluasan Masjid Nabawi nanti akan mengambil bahagian sayap barat dari masjid, di mana di sini terletaknya makam 2 khalifah yang juga sahabat Rasulullah s.a.w., iaitu Abu Bakar al-Siddiq dan Umar bin al-Khattab r.a.

Rancangan itu sudah dibangkitkan sejak 2007 lalu, Kementerian Urusan Islam Arab Saudi telah menerbitkan pamplet yang mengandungi rancangan penghancuran makam Rasulullah s.a.w. dan tapak bersejarah lainnya. Pamplet berkenaan disusun oleh Mufti Besar Arab Saudi, Abdul Aziz al-Syeikh. Malah, di dalam pamplet berkenaan ada menyebutkan tentang penghancuran kubah masjid dan meratakan makam Nabi Muhamad s.a.w., Abu Bakar dan Umar berdasarkan fatwa Abdul Aziz al-Syeikh.

"Diamnya kaum muslimin terhadap penghancuran Mekah dan Madinah adalah bencana dan kemunafikan terbesar," kata Irfan al-Alawi dari Yayasan Penyelidikan Warisan Islam. Irfan al-Alawi telah menghabiskan 10 tahun terakhir ini meneliti rancangan penghancuran Masjid Nabawi.

Filem tentang Nabi Muhamad baru-baru ini telah menyebabkan protes dari seluruh dunia, namun penghancuran tempat kelahiran Nabi s.a.w., di mana baginda berdoa dan menegakkan Islam justeru dibiarkan hancur tanpa kritik," tambahnya. Sebagaimana yang kami petik dari laman monitorindonesia.com

Namun ketika Sabili mendapatkan kepastian dari seorang tokoh dari Kedutaan Besar Arab Saudi, dia terus sahaja membantah. Mufti Saudi tidak pernah mengeluarkan fatwa seperti demikian itu. Berita berkenaan bersumberkan dari propaganda Iran, "Mereka dengki kerana haji tahun ini berjalan dengan sukses," katanya ringkas sebagaimana yang disiarkan Syber Sabili.com

Sebagaimana penelusuran arrahmah.com, beritan mengenai rancangan penghancuran makam Nabi s.a.w., sempat heboh di dunia maya dan diharap-harapkan oleh pihak yang tidak senang terhadap Ahlus Sunnah wal Jamaah.