Isnin, 30 Julai 2012

sebab apa anda tidak mengibarkan bendera malaysia pada bulan kemerdekaan?


kenapa agaknya ye.. sejak dua tiga tahun kebelakangan ni aku terasa ramai orang seperti tidak mahu mengantung bendera baik di kenderaan atau rumah. Adakah kamu semua perasan? Ada beberapa sebab aku tak mau kibar bendera. Adakah kamu pun sama seperti aku?

 Aku terasa seperti penyokong Umno jika aku meletakkan bendera pada kereta aku. Sebab aku rasa hari kemerdekaan ni Umno dah buat macam hak milik diorang jer. Orang lain yang berjuang semuanya di padamkan dari sejarah seolah olah tiada sumbangan. (mungkin jugak nak raya )

Dan sejak tersiarnya lagu kemerdekaan yang langsung tak sebut merdeka menjadikan aku semakin menyampah dengan kerajaan sekarang ni. En Rais Yatim kalau pengundi tak mengundi kamu adakah kamu akan menjadi menteri? Sapa yang patut balas budi? kamu atau pengundi?

Jika bertukar kerajaan aku rasa pasti ramai orang akan mengibarkan bendera pada hari kemerdekaan. Dan aku yang pasti akan membeli sendiri bendera untuk di kibarkan kat moto dan kereta aku. Tak perlu yang percuma.

Tapi yang pasti aku tak kibar bendera kerana aku tak mahu di cop penyokong Barisan Nasional.

Sabtu, 28 Julai 2012

Suatu hari di pejabat PM...






Ini baru namanya seni.. dari bekas gulung tisu tandas.



seni... ini namanya seni.. bukan macam lagu kemerdekaan yang rais buat tu.. yang rais buat tu namanya sampah...( Bulan puasa ni pun buat orang hilang pahala puasa sebab mencarut kat lagu yang ko buat tu)


Jumaat, 27 Julai 2012

Agak agak ulamak UMNO percaya tak cakap najib nih...





 Cuba baca...


"Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, walaupun Barisan Nasional (BN) tidak menggunakan label Islam namun parti itu tidak akan mengabaikan amanah meletakkan perjuangan agama di tahap paling tinggi selari dengan matlamat menegakkan maqasid syariah."


aku cuba cari tang mana yang umno ni kata Islam di letak kat atas... mungkin ini contohnya..




Khamis, 26 Julai 2012

Sabtu, 21 Julai 2012

Kapatalisme menyelubungi kita semua...





Apabila si kaya merompak  si miskin, ia di katakan sebagai 'bisnes', apabila si miskin melawan ia di katakan ganas..

Jumaat, 20 Julai 2012

PIBG Bantah Cadangan Kementerian.



PIBG Bantah Benar Bawa Majalah Mangga dan Utusan Ke Sekolah


KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) - Cadangan Pendidikan kementerian - untuk membenarkan pelajar membawa majalah mangga dan Utusan ke sekolah, mengatakan bahawa ia akan membawa lebih banyak implikasi negatif daripada implikasi positif.

Pengerusi kebangsaan Prof Datuk Dr Zamani Slam berkata, pelajar tidak harus dibenarkan membawa sebarang bacaan lucah dan fitnah ke sekolah, termasuk Utusan dan Mangga kerana ini bukan sahaja akan mengalihkan perhatian mereka daripada pengajian mereka tetapi juga menwujudkan budaya yang tidak sihat seperti ingin menjadi artis, melucah dan budaya fitnah  di kalangan mereka.

"Ia tidak harus dibenarkan pada waktu sekolah. Jika ia adalah selepas waktu sekolah, terpulang kepada ibu bapa atau penjaga," katanya kepada rasakust di sini,


Rabu, 18 Julai 2012

Berita rasakusut : Rekod terbaru dalam The malaysia book of records


Jangan lah kamu hairan kenapa polis tak ambil tindakan ok.. sebab aku dah keluarkan sijil kat bawah ni.... hahahahaha




Sabtu, 14 Julai 2012

Siri pengetahuan am : Apa di sebalik sebiji epal....


Epal.. buah yang telah mengubah dunia....



Rabu, 11 Julai 2012

lawak 1 malaysia.....


Lawak 1 Malaysia..



Berita rasakusut : Kursus Urutan Permata baru untuk pengusaha rumah Urut


KUALA LUMPUR - Bermula tahun depan, semua pengusaha rumah urut dan spa swasta serta pekerjanya  dikehendaki menghadiri Kursus Urutan Permata untuk menggantikan Kursus Asas Urut Badan dan Batin, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.


Beliau berkata, untuk tujuan itu, pihak Urutan Permata dan Jabatan Kesihatan Awam sedang dalam proses merangka pelan peralihan bagi membolehkan Kursus Urutan badan/ batin Permata dan Kurikulum Permata diguna pakai oleh semua pusat urut dan spa seluruh negara.

Rosmah yang juga Penaung Rumah Urut  Negara berkata, semasa dalam tempoh peralihan, pihak Permata akan menganjurkan kursus-kursus melatih mereka bagi membolehkan tukang urut wanita melaksanakan Kursus Permata untuk pelanggan lelaki mereka.

"Di samping itu, pihak Permata juga akan menganjurkan kursus ulang kaji mengenai Urutan B2B kepada tukang urut yang sedia ada agar dapat memakai Kurikulum terbaru," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Urut Badan Permata Negara B2B plaza, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusop serta Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.

Menurut Rosmah sehingga kini, pemakaian Kurikulum Permata akan melibatkan semua pusat urut yang berdaftar di seluruh negara sahaja yang dijadikan sebagai garis panduan Kurikulum Urutan B2B dan Batin Kebangsaan sejak 2009.

Beliau berharap lebih banyak pusat urut dapat dibuka bagi mengelakkan suami atau lelaki bujang terjebak dalam kegiatan tidak bermoral.  Rosmah berkata penubuhan pusat berkenaan agak unik kerana ia diwujudkan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri kerana suami beliau suka sangat berurut B2B. " penat saya dibuatnya " tambahnya
"Penubuhan pusat ini adalah sebahagian daripada janji Perdana Menteri yang telah ditepati untuk menyediakan sebuah modul urutan badan dan batin yang berkualiti kepada semua rakyat.

Selasa, 10 Julai 2012

Insaflah sesapa yang suka membazir di bulan puasa..



sungguh sedih soalan ini...


Tips berhenti merokok ketika ramadhan dari rasakusut.



Aku dah berhenti hampir 3 tahun (rasanya) dari merokok sejak dari ramadhan.Ini namaya berkat ramadhan. Rokok kegemaran aku adalah sallem.. fuhh memang asyik melayan sallem... keh keh.. ok kalau kamu mahu berhenti merokok ini caranya... bila nak merokok tu kamu bayangkan kamu mencium rosmah mansur hahahahahaa....  lawak jer... ok ini caranya :

1.  Tekad dan berdoa pada Allah.
2. Cuba kamu fikir sudah hampir 12 jam anda tidak merokok.. dan selepas berbuka anda mahu merokok bukankah sesia saja usaha kamu untuk berhenti.
3. Hari ketiga adalah hari yang paling kritikal di mana badan kamu akan terasa mengeletar kerana kamu terasa tingin ingin merokok. Tahan dan minum air masak sebanyak yang mungkin.
4. Jika kamu berduit aku sarankan supaya kamu membeli ubat berhenti merokok. Percayalah, ia akan membantu peratusan untuk berhenti.
5. Tahan telinga kamu dari kejian rakan rakan perokok kamu. Itu adalah keputusan kamu dan juga duit kamu. Lainlah kalau duit komisen kapal selam.
6. dari pengamatan aku, rasa ingin merokok itu tetap ada walau sudah bertahun tidak merokok. Jangan di layan kan sangat. Seperti aku keinginan tu memang ada tapi tidak lah sekuat bulan yang pertama aku berhenti. Keinginan itu seperti kamu ingin berkahwin lagi tetapi kamu takut.. hahahahaha....

P/S : yang penting kamu dapat kawal diri kamu. Berdoalah kepada Allah semoga berjaya...

Rabu, 4 Julai 2012

CEO TV3 akan di calonkan pada PRU nanti...




terbaik
.
.
.


Nampaknya CEO TV3 akan di calonkan di PRU nanti.

Ahad, 1 Julai 2012

KHAS : Final Euro 2012.. ITALI ...


untuk tatapan anda peminat Itali... aku tak sokong mana mana cuma : 

'Asalkan England Kalah'