Khamis, 28 Jun 2012

Rabu, 27 Jun 2012

Berita Rasakusut : Rais Yatim Umum Tarian Tiang sebagai warisan negara





KL : Rais Yatim hari ini mengisytiharkan Tarian Tiang atau Pole Dance sbagai salah satu warisan negara.Ianya juga akan di persembahkan pada malam perasmian Perhimpunan Agung Umno yang akan datang.

Rais mengambil langkah tersebut kerana tidak mahu bergaduh dengan Indonesia akibat mahu mengambil tarian Tor tor sebagai warisan negara. Kejadian serangan di kedutaan malaysia di jakarta adalah kemuncak kemarahan rakyat itu akibat dari pengumuman rais tersebut.

" kita mengantikan tarian ini sebagai simbolik keamanan. Apabila tarian tiang di persembahkan semua orang akan bersatu dan menikamti kesenian tarian tersebut" katanya.

Apabila di tanya adakah US akan membantah pengumuman ini katanya " Saya sudah bercakap dengan rakan sejawat saya di US, dan dia amat gembira dan mengalu alukan. Ini kerana tarian ini adalah untuk semua, lagipun lagi banyak negara ambil sebagai warisan lagi bagus"

wartawan rasakusut akan cuba mendapatkan komen dari datin seri rosmah mansur dan  pengerusi Perkasa tentang perkara ini.


ps: ini hanyalah rekaan semata mata.

Selasa, 26 Jun 2012

Santai : Perabot yang super cool...

selalu lihat perabot yang biasa jer tapi di bawah perabot yang jarang di lihat.. dan pelik





Isnin, 25 Jun 2012

Cermin mata yang sesuai sewaktu EURO berlangsung.. atau bila perlu


sesuai untuk : 
1. pelajar
2. pekerja opis
3. ketika di dewan undangan negeri atau sidang parlimen
4. ketika mendengar ucapan Dato Seri Najib, Hassan Ali, Zul Kulim dan sewaktu dengannya.



Manusia paling kuat di dunia telah di temui..





inilah manusia paling kuat di dunia..

(gembiranya aku bila england kalah hahahahaha)



Khamis, 21 Jun 2012

Selasa, 19 Jun 2012

comel tak gaya rambut baru...?


tak tahu nak post apa jadi aku post kan gambar anak bergaya affro






Isnin, 18 Jun 2012

edisi lubang : 10 lubang terhangat di dunia..


Lubang lubang di  dunia.. (jangan pikir lain ok)


Jumaat, 15 Jun 2012

Demo : Peniaga Lemang Bantah Sewa Panda



KL : Pengerusi Persatuan Penjual Lemang atau LEMAU En.Marzuki Senin  memberi amaran keras kepada kerajaan supaya menghentikan menyewa Panda dari China. Ini kerana panda ini akan memakan buluh buluh di malaysia hingga menjejaskan perniagaan lemang mereka.

"Jika buluh habis kami nak berniaga apa? " soalnya.

Jika tidak mereka akan mengadakan demo dan menghantar memorandum kepada Agong supaya kerajaan menghentikan perjanjian sewa yang amat amat merugikan." dahla sewa mahal, lepas tu makan pun kuat, banyak lagi binatang yang kelaparan kat malaysia ni" katanya dalam satu sidang akhbar yang dia adakan di depan pintu masuk ZOO negara pagi tadi.

" Kami akan mengumpul sehingga 3 juta penyokong siap dengan cabutan bertuah, hadiahnya bekalan buluh lemang selama dua tahun percuma" tambahnya lagi. Beliau juga hairan bagaimana kos cukai begitu mahal sedangkan membela 20 ekor lembu pun tidak mahal seperti itu. Cuma lembu sekarang ni dah tak duduk kandang diorang duduk kondo katanya seloroh.

En Marzuki berkata lagi beliau dan persatuannya memberi masa selama 3 hari supaya kerajaan khasnya PM menjawab dan menghentikan penjagaan panda ini. Beliau juga khuatir jika buluh buluh di malaysia ini akan habis kerana panda panda ini memang mempunyai selera yang tinggi.

Pihak rasakusut di fahamkan sewa bagi dua ekor panda adalah sebanyak 1 juta US.


Khamis, 14 Jun 2012

Hentikan lah iklan BR1M yang boring tu..


hari hari ada iklan yang boring tu. Iklan BR1M yang menunjukkan seolah olah bantuan itu adalah bantuan dari langit. Seolah olah rakyat yang miskin ini amat amat berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana membantu meringankan beban hanya dengan memberi RM 500.

Ada rakyat yang tak dapat bayar bil, ada rakyat yang tak cukup duit nak beli baju sekolah, ada rakyat yang nak menyimpan pun tak cukup.. Iklan yang pada aku rakyat negara ini seolah olah peminta sedekah dari Umno dan Barisan Nasional. Nampaknya Kerajaan Barisan Nasional amat amat baik hati kerana memberi RM 500 sebagai bantuan.

Cukuplah, hentikanlah iklan murahan ni, walaupun  kos untuk menerbitkannya amat tinggi.. jadi siapa yang bayar kos pengiklanan ini? Adakah dari duit poket barisan nasional atau dari duit kerajaan (rakyat). Janganlah lupa untuk membantu rakyat bukan dengan cara ini sebenarnya. banyak cara lagi. Janganlah utnuk rakyat RM 500 di ungkit ungkit hingga berpuluh tahun tapi bantuan untuk kroni berjuta juta di diamkan.

tak perlu di ceritakan apa yang boleh di buat hanya dengan RM 500 tu tapi ceritakanlah apa yang boleh dibuat dengan RM 250 juta pada rakyat. Itu yang rakyat mahukan dan bukannya bantuan RM 500 yang nampaknya akan di beri sekali lagi.



Isnin, 11 Jun 2012

Ahad, 10 Jun 2012

Soalan yang susah di jawab oleh para ustaz

soalan yne seperti di bawah:



nak jawab ke tak ni? 

Khamis, 7 Jun 2012

Lumayan 2.0 : Peneroka cuma 800 unit tapi yang diatas?






wow... lumayan betul.. tapi berapa pulak Isa samad dapat?

Rabu, 6 Jun 2012

Lumayan : Gaji tahunan Isa samad


wow... kalau gaji aku banyak ni kan bagus. hehehehhe



Baik Punya : Isa samad pengerusi kelab Kami sayang DAFI..




Menteri boleh memberi pengecualian kepada mana-mana individu daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil bagi menjadi pengerusi atau ahli lembaga pengarah Koperasi Permodalan Felda (KPF).




"Menurut Ismail, KPF mensyaratkan individu yang hendak dilantik sebagai ahli lembaga atau pengerusi mesti dalam kalangan pekerja atau keluarga Felda yang menjadi ahli lebih dua tahun.

Ismail berkata, beliau tidak berkuasa melantik pengerusinya tetapi mempunyai kuasa untuk memberi pengecualian daripada kehendak dan pematuhan undang-undang kecil.

"Jadi maknanya, Tan Sri Isa tak perlu tunggu dua tahun sebagai ahli untuk menjadi pengerusi," kata Ismail."


Selasa, 5 Jun 2012

Berita Rasakusut : Tiada peruntukan untuk menteri 'beli' nombor ekor.





Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan tiada peruntukan ditetapkan kepada menteri untuk membida sebarang nombor ekor di kedai kedai judi berlesen.

Akhbar berbahasa Cina Sin Chan Daily hari ini memetik kenyataan seorang pegawai kementerian yang tidak dinamakan, bahawa kementerian itu tidak pernah menetapkan peruntukan untuk tujuan seperti itu.

Pegawai berkenaan ditanya mengenai penjelasan menteri kesihatan Datuk Seri Loo Tong Lai Lai semalam, bahawa bidaan RM24,200 untuk nombor "0000" di 3 buah kedai judi berlesen itu adalah untuk kegiatan sukan dan mencari dana.

Lai Lai juga menjelaskan bahawa bidaan itu dibuat oleh pegawainya, namun mengelak apabila ditanya siapa yang menanggung bayaran RM24,200 itu.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas menteri Tan Sri Fong Sai Yuk mendakwa setiap menteri tidak diperuntukkan walau satu nombor untuk nombor ekor.

Bekas naib presiden MCA itu juga mendedahkan,setiap menteri jika mahu membida perlulah menggunakan wang sendiri dan bukannya menggunakan nama kementerian masing masing.

Isnin, 4 Jun 2012

Ahli lembaga pengarah SKM sila bekerja dengan ISA SAMAD.

Terima keahlian Isa Samad langgar peraturan KPF

"Suruhanjaya Koperasi Malaysia memutuskan tindakan Koperasì Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) menerima keahlian Tan Sri Isa Samad bercanggah dengan undang-undang kecilnya.
Bagaimanapun, tiada peruntukan dalam peraturan itu yang membolehkan keanggotaan yang telah diterima oleh lembaga pengarah KPF dibatalkan.

Oleh yang demikian, keanggotaan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu diputuskan kekal walaupun gagal mematuhi Fasal 11 Undang-undang Kecil KPF berkaitan syarat-syarat keahlian."


Apa punya keputusan nih.. kepada semua ahli pengarah di bawah sila berhenti dan bekerja di bawah Isa Samad. Sebab lepas ni Isa samad boleh lantik diri dia jadi pengarah SKM dengan arahan PM.