Selasa, 29 Mei 2012

Rancangan TV tebaru : Tanyalah Mufti.



Sohibu As Samahah Datuk Mohd Tahrir Bin Datuk Kiyai Samsuddin
Mufti Kerajaan Negeri Johor



soalan :

WWW 1.



Isnin, 28 Mei 2012

post update : lagi gambar kereta kemalangan.



gambar ini di ambil di hadapan balai polis.






takziah : rakan sekerja kemalangan




keadaan kereta di tempat kejadian

Kejadian berlaku semalam kira kira  jam 11 .30 pagi di km 402 lebuhraya selatan selepas tol tanjung malim arah utara. Dipercayai berpunca dari salah satu tayar meletup dan berpusing 3 kali. Semua selamat cuma isteri beliau luka agak teruk. kini di tahan di wad HKL.

sekian.

Ahad, 27 Mei 2012

Subhanallah! Kisah Anak Soleh Mendapat Bantuan Allah Ketika Peperiksaan


Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

 | Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya. Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.
Gambar hiasan: Gaya pelajar yang tiba-tiba mendapat ilham dari Allah.
Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan. Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan.Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “Semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti. Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.
Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

copy dan teh dari sini

Jumaat, 25 Mei 2012

Filem yang baru aku tengok : journey 2 the mysterious island




Kisah yang di lakonkan oleh the rock., vanessa hudgens,. dan lain lain. Mengisahkan pengembaraan ke sebuah pulau oleh untuk mencari atuknya. Akhirnya.... argh aku tak boleh ulas sebab mata aku tak boleh memandang ke lain...maaf.. memnag tak boleh. aku dah cuba tetapi tak boleh..

sesuai untuk lelaki yang wasatiyah seperti aku hahahahha..

rating : 3/10.. tontonan sesuai untuk lelaki normal.

Rabu, 23 Mei 2012

Berita rasakusut : Penerbit Berang majalah di pertikaikan.





Penerbit majalah kontroversi Mangga oleh utusan, berang dengan golongan yang menuntut pengharaman majalah tersebut.

En Sukase dari syarikat VVIP Publications berkata komen yang dilemparkan itu dibuat tanpa membaca dan melihat  majalah berkenaan.

"Di situlah masalahnya," kata Sukase, mengulas pandangan yang antara lainnya menyebut bahawa majalah itu bukan sahaja sensitif tapi turut menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara.

Sukase bagaimanapun berkata beliau "gembira" kerana buku itu mencetus banyak perbincangan di kalangan "artis, ahli politik, isteri isteri menteri ,remaja, pembaca dan bukan pembaca."

Tambahnya, pengharaman  majalah itu akan meningkatkan lagi "stress" dan bukannya mencetus perbincangan dan perdebatan.

Sukase berucap di Kuala Lumpur hari ini ketika merasmikan buku resepi masakan Dari Dapur Rosmeh Mansur, karangan sendiri rosmeh yang juga presiden Kelab Beg Tangan Malaysia.

Selasa, 22 Mei 2012

Bisnes Dato Jamal memang kencang der...




Pengerusi : dato jamal
bisnes : nasi lemak


hasil : ferrari. 

sape tak teringin der, pakai ferrari, setakat zahida rafik tu boleh belah la...

Pelakon : di sebalik tabir sebagai seorang pelakon.


gambar hiasan

Banyak orang nak jadi pelakon. Tak kira laki mau pun pompuan. Ada pelakon yang betul betu boleh berlakon. Ada juga yang cuma ada rupa tapi berlakon hampa. Sekarang kita lihat apa yang best menjadi pelakon.

1. Hero.
Dapat peluk pompuan sana, peluk pompuan sini, yang tua yang muda. 
Boleh menang hadiah kereta import tanpa perlu bayar bulanan.


2. heroin.
Best jugak, kena peluk dengan hero yang kacak.
VVIP selalu ngorat, kena gaya dapat kereta, rumah dan duit. 
Yang seksi bolehlah  kita tengok apa yang patut.

3. Jahat
Watak ni paling best, boleh mati berkali kali lepas tu hidup balik. mati dalam cerita ni cerita lain di hidup balik.
Kalau berlakon watak jahat, sampai tua la jadi watak jahat, cuma sekali sekala jer jadi pak lawak.

Jumaat, 18 Mei 2012

komen dari Uknown tentang isu FGVH di blog pirates of putra jaya yang aku rasa memang clear.

UNTUK SEMUA WARGA ANAK FELDA SILA FAHAMKAN ...

Unknown said...


Mana dia anak felda yg kata listing ni bagus utk felda.. dan generasi akan datang.! mari berdebat dgn aku dulu..
aku juga anak felda generasi ke-2. adik2 aku pun masih dok kt rancangan lagi.

Aku dah pergi merata-rata utk bagi penerangan kepada pakcik2, makcik2.. yang penyenaraian ni.. hanya satu kerja 'con-man' secara besar-besaran untuk ambik duit pasaran.. masuk poket sendiri.., dan kini bukan hanya duit kswp.. kwap., tabung haji dan khazanah yg bakal lingkup- malah duit peneroka yg dah teraniaya pun nak di songlap jugak..

dan aku sanggup pergi kemana pun.. utk debat pasal isu ni.

kenapa aku kata songlap? duit agensi kerajaan tu mmg akan di paksa beli saham fgvh ni bila listing! (sama aje cerita macam Time.com dulu! dh lupa?) -

yang lagi buat aku marah adalah - pakcik2 kt kampung kene paksa sign borang beli saham! sapa tak sain tak dapat durian runtuh..kata pegawai felda.. atau pengurus. maka sain laa pakcik tu! tapi pakcik tau tak apa pakcik sain tu?

yer.. pakcik seronok dpt 15ribu.. bank mmg suka customer macam pakcik ni... sbb? apa nak takut.. tanah pakcik jadi sandaran!

1. katakan pakcik sain loan utk beli share ni , dengar2 sorang dapat 5-10ribu lot.. so senang kira 10ribu lah! - satu unit harga 4.65sen - satu lot = 1,000 x 4.65= RM4,650.00 , so kalau 10 lot - pakcik tu buat loan 46,500 ringgit.

2. katakanlah.. share ni listed RM5 ringgit masa listing., on paper - pakcik tu dah ada 50,000.. , ada laa untung RM3,500. tapi pakcik tu tak nk jual.! biasa laa., 3,500 .. sikit sangat..!, maka dia pun pegi laa bersembang kt kedai kopi - dan tanya2 ler kawan2 kt felda dia., dan ada yg kata - apa laa ko mat., 3,500 awok nk jual dah? apa sikit benor untung nya? simpan laa lagi..! tunggu untung lebih sikit. maka diaorang pun tunggu laa.., kot2 share tu naik ke rm8.00.. , kalo rm8 ringgit - dapat laa dia 80,000..(so kalo tolak harga beli 46,500.. udah ada untung - 33,500).. ini cerita .. kalau laa! kalau sampai harga tu.

3. Tapi pakcik tu lupa.. pasaran saham bukan laa.. semedang aje naik..! dan terus naik.. dan bank takde nak tunggu berbulan2.. utk pakcik2 felda jual saham mereka. mereka ada bagi tempoh., itu yg bank tak terangkan. katakan bank bagi tempoh 30 hari.., kalau by hari ke 25 lepas listing.. pakcik tak jual lagi.. maka bank akan buat force sales! dan pemain pasaran tau benda ni! diaorang pun pakat dgn orang bank...! sapa nak menangguk..!! mari.. mari., so.. apa pemain pasaran.. yg juga bercampur dgn penyangak spekulator buat adalah - dia akan 'short sell' harga saham kaunter felda..! macam mana dia buat? dia akan beli kontra sikit aje pagi... ikut harga pasaran.., then.. bila dah dapat share tu.. dia akan segera.. queue share yg dia dah dapat beli tu .. pada harga murah.! dia akan queue.. murah sikit.. 1st., then murah lagi.. 2nd., then terus jatuh.. 3rd..! ini di panggil teknik.. mcm memancing..! 1st tarik.. 2nd.. ulur sikit., 3rd.. rentap! > korang pun tau .. main share ni adalah sangat emotional.! 1st kene tarik.. dah berpeluh pakcik felda.(itu pun kalau diaorang tau..) 2nd.. tarik lagi bawah.. lagi dia kecut telur.! lagi tarik..! maka.. bank pulak yg kecut telur.! utk elakkan bank kerugian teruk maka bank akan buat 'force selling', katalah bank decide jual pada harga RM3.00.., - value adalaaa 30,000 bank dapat.! tapi pakcik tu berhutang dgn bank 46,500.. campur gedebuk .. gedebak interest semua.. adalah dlm 50,000. - so.. tolak harga beli tadi.. udah tak pasal2.. pakcik tu berhutang dgn bank 20,000..! buta-buta!!

4. Maka ini lah yg aku kata.. Menang sorak!! kampung dan ladang tergadai!!

5. Itu kalau bank yg buat proactive force-selling.! buatnya.. bank tu buat derq aje.. dan harga menjunam ke paras 2.00? dah tinggal 20,000 aje value., tak tolak brokerage cost lagi.! kan dah tak pasal2.. pakcik berhutang.. 20ribu lebih..!

salam - anak felda - Wilayah Jengka.



17 May 2012 01:28

Unknown said...

Komen part 2 -

Korang lupa pasal saham TIMECOM?

dulu.. masa listing.. harga RM3.30, now? jadi penny share.. orang dok main utk goreng saja.. 20sen.. 30sen.., agak2 bosan dah lama tak goreng.. spekulator goreng balik.. naik sikit kt 40 sen, 50sen..
Inilah episod yg sama di guna utk listingkan felda ni..! Baca sejarah!

dari link > http://goo.gl/QYCDi

>

A police report has been lodged based on the The Sun report dated Monday,

12th March 2001, that EPF, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) and

Pengurusan Danaharta Nasional Bhd "are pressured and forced to have taken up the

unsubscribed public portion of the Time dotCom Bhd initial public offering

(IPO)".

The Sun report states:

"EPF takes up unsubscribed Time dotCom shares?

"By Sidek Kamiso

"Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), the Employees Provident Fund (EPF) and Pengurusan Danaharta Nasional Bhd are pressured and forced to have taken up the unsubscribed public portion of the Time dotCom Bhd initial public offering (IPO).

"Time dotCom's initial stock sale of 571 million shares at RM3.30 each under its IPO was undersubscribed by 75% when applications closed on Feb 13. Only142.86 million shares were subscribed.

<>

dan lepas kene paksa beli.., bila IPO saja.. terus crash.!

>

On its first two days of nightmare debut on the market, Time dotCom crashed by 31 per cent of its initial public offer (IPO) price, dropping to RM2.43 on Monday and RM2.28 yesterday.

This would mean that if the Sun report is correct that EPF, KWAP and Danaharta had taken up the RM1.415 billion unsubscribed public portion of the Time dotCom IPO shortfall, these three institutions would have suffered a astronomical loss of RM439 million in the past two days as a result of the 31 per cent crash of its IPO price, which is a criminal breach of trust and a criminal misapplication of public funds.
<>



korang tengok sendiri dari 2ringgit lebih tu .. terus downward spiral... sampai lah tinggal 30sen.! dan mana pegi duit2 yg sebelum ni? habis... tak ada mana nampak trailnya! duit sapa yg kene ketuk?

- EPF, KWAP, Tabung haji., duit cukai rakyat malaysia melalui khazanah..,

baca sumber > http://goo.gl/QYCDi



-last - ananda tu listing syarikat dia - sebab dia dah ada pelan terperinci untuk gunakan wang dari ipo ke business dia.. detail plan beb!



felda? - sekadr ayat general nak guna duit utk overseas expansion. ! oversea kemana? berapa belanja? apa risiko apa potensi? ini semua takde.!

itu pasal laa listing ni dipanggil kerja conman! bapak peneroka boleh laa ko nk tipu.. tapi anak peneroka ni.. silap laa lu! gua kerja train orang main saham, baca analisa garis teknikal macam mana.. lu datang nak kelentong pasal saham. malam sikit lah!

Salam - anak felda - Wilayah Jengka.



Unknown said...


Soalan : Kenapa tak senaraikan Felda Holding tetapi beriya iya nak senaraikan Felda Global Venture. Siapa yg arif tolong jawab



Jawapan :



Saya pernah bincang soalan ni dgn rakan (penganalisis pasaran dan ekonomi)- dan antara jawapan yg saya boleh rumuskan -

- Kalau di senaraikan felda holding - ia umpama membuka pekung di dada.. , felda holding ni ibarat petronas.., kita tanya kenapa petronas tak pernah nak di senaraikan? sama aje reason nya - kalau di senaraikan felda - maka segala perjalanan urusan perniagaan felda - berapa detail pendapatan.. berapa banyak duit keluar.. semua akan terpampang di muka prospektus.. dan setiap tahun kene display pulak annual report yg telus..! mana berani! nanti para penganalisa pasaran, pakar ekonomi mesti akan scrutiny detail - mana pegi duit 6billion yg di pinjam dari epf dulu? kemana di belanjakan? kenapa income berbillion tapi tiris di tengah jalan?

Eh - felda duit masuk banyak, kenapa still tak cukup2 ni?

dan peneroka pun boleh tengok pulak detail akaun secara granular - berapa pendapatan yg di sumbangkan setiap rancangan felda., berapa belanja sebenar pengurusan ladang mmereka, kenapa felda charge mereka kos baja sampai beribu, tapi kos sebenar di p&l hanya ratusan saja.

So.. tak boleh laa listing. peneroka kene di bodohkan sampai mereka mati.. dan anak2 mereka tak boleh tau detail untung dan rugi felda..

kita cuma tau felda untung melalui kpf saja. dari kpf kita nampak sikit gambaran sumbangan pendapatan segala anak syarikat felda.. lebih dari tu takde.

Ini lah sebab utama felda holding tak di senaraikan.. hanya fgv - syarikat yg sentiasa rugi.. tapi tumpang nama felda - yg di senaraikan.
senario nya sama mcm petronas, hanya petronas dagangan saja yg di senaraikan.

~~
kalau betul nak senarai - silalah senaraikan felda holding jika berani! silalah bersedia untuk paparkan segala detail untung dan rugi akaun felda holding.



Salam hormat..
Anak Felda Wilayah Jengka.


Khamis, 17 Mei 2012

berita rasakusut : Majalah Mangga paling tinggi peratus.


NONE

Majalah Mangga secara perbandingannya, memberi liputan porno yang paling banyak di kalangan empat lagi majalah utama, berdasarkan kajian oleh Pusat Bagi Kewartawanan Bebas (CIJ).

Dalam Laporan Kebebasan Bersuara 90210, CIJ memperincikan pemantauannya ke atas empat majalah - Mangga, URTV, Utusan Malaysia dan Media Hiburan - untuk membandingkan peratusan porno dalam majalah tersebut.

Daripada empat majalah tersebut, majalah mangga yang paling banyak memaparkan gambar yang mana peratusan porno yang tinggi. Yang kedua pula URTV dan ketiga adalah Utusan. ketiga tiga majalah ini dikeluarkan oleh UTUSAN yang dimiliki oleh UMNO. Media hiburan pula jatuh ke tangga ke-4
Mengikut kaji selidik majalah mangga memang sesuai di namakan mangga kerana banyak memaparkan 'buah buah mangga' artis di tepi kolam untuk tatapan pelajar dan menteri yang kaya raya.


Rabu, 16 Mei 2012

berita rasakusut : Mufti Parit gesa UMNO buang nama Melayu pada nama Parti.





KUALA LUMPUR: Mufti Parit, Tan Sri Harus  sana sini  berkata perjuangan UMNO kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan kuasa demi kekayaan sendiri dan isteri.

Berikutan itu beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Pak Tua Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Melayu dalam nama parti.
“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk membantu bangsa melayu  yang direncanakan sejak lebih enam juta dekad lalu,” katanya yang juga ahli Majlis Pak Tua Kebangsaan. Beliau juga hairan mengapa UMNO lebih selesa menggunakan nama inggeris sedangkan parti itu untuk orang melayu dan bukannya untuk orang Inggeris. Setelah di beritahu oleh seorang budak sekolah menengah bahawa parti itu adalah kesinambungan dari penjajah Inggeris untuk memerintah tanah melayu dengan meneruskan undang undang Inggeris barulah beliau faham.
Beliau berkata demikian kepada Berita Hairan  semalam ketika diminta mengulas saranan Presiden PERKASAm, Datuk Kataki yang mencadangkan Majlis Pak Tua Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran UMNO menggunakan perkataan Melayu pada nama parti itu.

Kataki berkata, sudah sampai masanya majlis Pak Tua berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Melayu, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.

Harussani juga menggesa ahli dan penyokong UMNO, khususnya yang fanatik dan taksub segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras. Jangan menggunakan punggong untuk berfikir. Umno kini dilihat menggunakan politik punggong sejak 15 tahun yang lalu.

Ahad, 13 Mei 2012

berita rasa kusut : PERKASAM cadang Majlis Fatwa kaji gugur nama Melayu pada nama Umno





Perkasam mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran UMNO menggunakan perkataan Melayu pada parti itu.

Presidennya Datuk Kataki berkata sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan masyarakat malaysia, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.

NONEBercakap kepada pemberita selepas majlis ceramah di Pasir Mas malam tadi, beliau berkata ada yang menganggap setiap tindak tanduk atau kenyataan daripada pemimpin UMNO sebagai tuntutan Melayu.

Contohnya ialah seperti kenyataan Haji Najib yang menyuruh umat Melayu khasnya penyokongnya agar mengamalkan wasatiyah tetapi isterinya sendiri di lihat membazirkan banyak wang rakyat.

"Sedangkan isteri beliau sendiri begitu boros beberlanja tetapi menyuruh rakyat mengamalkan wasatiyah." katanya sambil memnunjukkan sebuah beg tangan bernilai hampir 100 ribu ringgit jenama Hermes.

Jumaat, 11 Mei 2012

berita rasakusut : Jumlah peminat Facebook Isa Samad cecah 2 juta orang



Pengerusi Felda Datuk Seri Isa Samad terharu dan berterima kasih dengan sokongan rakyat terhadap laman sosial Facebooknya dengan peminat berdaftar mencecah lebih dua juta orang hari ini.
    
Jumlah itu menjadikan beliau pemimpin dan ahli politik pertama yang memiliki jumlah peminat paling ramai di laman rangkaian sosial tersebut di rantau asia tenggara.

Dalam entri terbarunya di Facebook, Isa berkata: "Saya terharu dan hampir menangis mengetahui rakan Facebook telah mencecah 2 juta orang. Terima kasih. Saya akan terus berinteraksi bersama2 rakan online setia saya. Terima kasih atas sokongan anda!"
    
Pencapaian Isa yang boleh dianggap membanggakan itu berikutan usaha beliau menyenaraikan saham Felda walaupun mendapat tentangan. Semakan rasakusut mendapati kebanyakkan rakan facebook beliau adalah dari golongan peneroka generasi pertama. Dipercayai peningkatan ini berlaku selepas pengumuman durian runtuh sebanyak 73 ribu sekeluarga bagi setiap peneroka dan bonus sebanyak 10 bulan gaji bagi kakitangan felda.
    
Baru-baru ini, Isa Samad mengumumkan akan meraikan peminatnya yang ke-1,juta ,ke-1,5 juta dan ke 2 juta di laman Twitter dalam sebuah majlis tarian tiang di pulau batam.
    
Sebelum berita ini ditulis, peminat Isa Samad di laman Facebook adalah seramai 19 orang.



Khamis, 10 Mei 2012

Haram jadah...




Haram Jadah punya PM,
Ingat duit Felda tu anda yang punya?
Duit gaji anda pun rakyat yang bayar,
Rumah, kereta, elaun semua rakyat tanggung.
Anda cuma makan kenyang berak cangkung.

Haram Jadah punya Felda pengerusi,
Dah la tak layak lepas tu lantik diri sendiri,
Cakap pandai tapi kerja pun tak reti,
Yang retinya menyapu duit untuk bini sendiri.

Bekas KPN pun semuanya macam haram jadah,
Sekali tengok semuanya macam gangster,
Dua kali tengok ceh rupanya takder telur.
Aku pun tak tau laki ke punde...

Mufti pun ada jugak yang haram jadah,
Sekali jugak dengan majlis pak tua,
Sekali bercakap memang nampak kerisnya,
Kat PM dan bini pernah ke ditegur?





Selasa, 8 Mei 2012

Piala Khas buat MU.. hahahahahahaha..




aku tidak menyokong mana mana pasukan bola EPL tetapi aku cuma berharap MU tewas dan Englan kalah dalam apa jua pertandingan...

berita rasakusut : Majlis Fatwa Kebangsaan : Haram baca majalah Mangga


KL: Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini telah mengeluarkan arahan bahawa adalah haram untuk umat Islam membeli, memiliki, memuat turun, membaca, memfotokopi dan membaca majalah Mangga. Ini kerana majalah tersebut memaparkan gambar gambar buah mangga di tepi kolam renang sebagai penarik.

Majalah ini jika di teruskan akan mengakibatkan masalah besar terhadap keruntuhan moral kepada masyarakat khusu kepada remaja dan juga pak menteri. Ketua penerangan majlis Fatwa berkata En. Isa Semad berkata keputusan tersebut di buat hasil kajian selama 5 tahun oleh sekumpulan penyelidik di Institut Permata Negara.

" kesan kepada remaja memang membimbangkan dan kesannya juga boleh di lihat kepada menteri menteri kabinet negara" katanya ketika di tanya di lobi parlimen. Perkara ini juga mendapat sokongan oleh Persatuan Isteri Isteri Menteri Barisan Nasional. Salah seorang isteri menteri yang di temui berkata beliau amat amat bersyukur kerana tahap kebimbangan beliau menurun sebanyak 20 peratus dengan arahan ini.

Pihak rasakusut  membuat tinjauan di beberapa kedai menjual majalah berkenaan mendapati majalah tersebut masih lagi dijual. Difahamkan mereka tidak mendapat arahan khusus dari pihak KDN untuk tidak menjual majalah itu. " kalau tak haram pun takpe bang, bukannya laku pun" kata seorang peniaga yang ditemui.

Ahad, 6 Mei 2012

UMNO salah kira tahun..






“Saya melihat tarikh lahir UMNO yang ke-66 ini satu yang amat sesuai sebab kita dah lama tak buat satu perhimpunan secara raksasa dan masanya sesuai untuk kita.
“Semua orang tahu bahawa pilihan raya (akan diadakan) tak lama lagi jadi eloklah kita paparkan kepada rakyat apakah jasa UMNO selama ini,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan UMNO-Online di sini.




wahai PM ini umno lama ke umno baru? hehehehe pandai matematik ke tak? 


jasa umno? entah yang aku tau aku cuma nampak lembu yang sedang mengira duit...



Sabtu, 5 Mei 2012

salah letak condition nih..



sepatutnya condition macam nora danish..




Khamis, 3 Mei 2012

filem yang baru aku tengok : The Avengers




salah satu screen shot.


Sebuah filem aksi yang memapar pertarungan hero menentang makhluk asing yang cuba menakluk bumi. Juga cuba mempengaruhi minda penonton secara separuh sedar bahawa negara amerika sebagai hero yang hebat.
Filem ini adalah sebuah filem santai yang menghiburkan dengan tony stark sebagai pak lawaknya. Dicadangkan untuk anda semua menonton. Cuma jangan terlalu percaya.

1. Kapten Amerika masih hidup (berhibernisasi dalam ais).
2. Pesawat perang aku rasa memang wujud.
3. Hulk boleh bercakap.
4. hero paling cool bagi aku adalah tony stark.

rating : 8/10


Rabu, 2 Mei 2012

go go power rangers..


demi menegakkan keadilan dan kebenaran.