Rabu, 25 April 2012

Pengerusi Haram Jadah marah bila kata keputusan yang di buat adalah haram











Pengerusi  Felda yang haram jadah Tan Sri Mohd Isa Samad hari ini membidas kenyataan exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa yang menyifatkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings ke Bursa Malaysia sebagai haram.

Isa berkata, kenyataan naib presiden PAS itu boleh "mengelirukan" dan "memabukkan" masyarakat kerana menurutnya Felda membuat urusan dalam perkara yang halal.

"Apa yang haram? Haram pasal apa? Kita (berniaga) kelapa sawit ini apa yang haramnya?," katanya ketika ditanya dalam taklimat berhubung penyenaraian FGVH di pejabatnya hari ini.

Husam dalam satu ucapannya sebelum ini membangkitkan bahawa langkah penyenaraian itu haram kerana Felda itu tidak berhak ke atas tanah seluas 380,180 hektar yang akan dipindah milik kepada FGVH daripada Felda Plantation.

Husam berkata, menurut Seksyen 37 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, tanah yang tidak mempunyai peneroka hanya boleh dimiliki oleh individu dan koperasi.

di petik dari mk.


ulasan rasakusut:


1.  ISA Samad tak layak di lantik sebab tak memenuhi kriteria tetapi di lantik (lantik diri sendiri atas arahan haji najib?) sama dengan HARAM


2. Segala keputusan oleh pengerusi yang di lantik secara haram adalah tidak sah. maka HARAM 


3. Gaji jadi pengerusi secara tak sah? HARAM


4. Berniaga kelapa sawit tak haram yang HARAM adalah menipu dan mengambil hak secara batil.


5. Terlibat dengan politik wang. politik wang = rasuah. maka rasuah adalah HARAM


kesimpulannya yang dilantik dengan yang melantik memang HARAM JADAH.

Saham FGVH Bukan diberi percuma seperti di sebut-sebut durian runtuh:


Saham FGVH Bukan diberi percuma seperti di sebut-sebut durian runtuh


Selalunya dalam sesuatu penyenaraian, peruntukan saham-saham dibahagikan kepada tiga atau segmen aatau lima segmen iaitu;

Peruntukan Pink Form atau Borang Merah Jambu diberikan kepada kakitangan syarikat dan pengarah syarikat dan mereka perlu membayar penuh berdasarkan harga tawaran Saham Terbitan Awamnya.

Kadang-kadang peruntukan Blue Form atau Borang Biru dikeluarkan khas untuk kakitangan mahupun orang-orang yang penting dalam membangunkan syarikat tersebut. Berbeza dengan Borang Merah Jambu, Borang Biru selalunya diberikan secara percuma.

Green Form atau Borang Hijau pula diperuntukan kepada pelabur-pelabur institusi mahupun pelabur high networth dengan jumlah pelaburan minima RM 250,000.00.

Seterusnya peruntukan saham di MITI untuk pelabur-pelabur yang dipilih oleh pihak MITI.

Akhir sekali White Form atau Borang Putih untuk pelabur awam.

Dalam hal borang pink ini peruntukannya akan bergantung kepada pangkat dan berapa lama dia bekerja dengan syarikat yang bakal disenaraikan itu.

Katalah kakitangan itu mendapat penruntukan atau entitlement sebanyak 10,000 unit pada harga tawaran RM5.00 maka dia perlu membayar dengan sejumlah RM50,000.00 bagi mendapatkan saham tersebut.



Kaedah 1 – Bayar dengan duit sendiri.

Dalam kaedah ini maka kakitangan tadi perlu membuat bank draft sebanyak RM50,000 dan hantarkan bersama borang pink yang telah siap diisi ( Pastikan sudah ada akaun CDS) beserta salinan kad pengenalan kepada issuing house yang mana alamatnya tertera di belakang borang pink tersebut.



Kaedah 2 – Memohon pinjaman Bank.

Dalam kaedah ini kakitangan yang mendapat borang pink tadi memohon pinjaman share financing dari pihak Bank dan pinjaman ini boleh diberikan antara 60% hingga 100% berdasarkan budibicara bank dan berdasarkan risiko saham yang bakal disenaraikan. Selalunya jangkamasa atau tenur pinjaman ini singkat antara 3 hingga 6 bulan sahaja. Dalam lain perkataan saham itu perlu dijual sebelum tempoh pinjaman itu tamat. Di sini pihak Bank akan menyediakan Bank Draft bagi tujuan pembayaran saham tersebut.

Pada masa yang sama Akaun CDS saham perlu dibuka untuk saham itu dimasukkan oleh pihak registar ke dalam akaun CDS kakitangan tadi beberapa hari sebelum penyenaraian.
Setelah semua ini selesai, hantarkan borang pink yang lengkap diisi dengan nama penuh, alamat, jumlah saham, no akaun CDS disertakan dengan Bank Draft dan satu salinan kad pengenalan kepada pihak Issuing house.


Setelah semuanya selesai maka tak lama kemudian Registrar syarikat akan memasukkan saham-saham itu ke dalam akaun-akaun CDS pihak-pihak yang diperuntukan saham tersebut.

Saham itu kemudiannya akan disenaraikan di Bursa Malaysia untuk didagangkan. Anda boleh menghubungi remisier atau dealer anda untuk menjual saham-saham tersebut. Kalau saham itu naik maka ia akan menguntungkan tapi sebaliknya kalau saham itu turun maka ia bakal merugikan. Kenaikan dan penurunan saham itu bergantung kepada pelbagai faktor baik dari keadaan pasaran semasa, jenis industri, jenis perniagaan, asas syarikat dan sebagainya. Mungkin juga saham itu telah overvalue lantas menyebabkan penurunan harganya.

Satu masalah bagi mereka yang mengambil pinjaman, andai saham itu tidak naik maka mereka akan kena apa yang dinamakan margin call yang mana mereka terpaksa menjual saham itu secara paksa dengan kerugian dan interest yang perlu dibayar kepada pihak bank atau mereka terpaksa menambah duit kepada pembiaya bagi mengelakkan saham-saham tersebut dari dijual. Dalam hal ini membeli saham itu dengan duit sendiri adalah jauh lebih selamat.

Apa akan jadi sekiranya saham borang pink ini tidak diambil?

Sekiranya ia tidak diambil kakitangan yang diperuntukkan saham tersebut maka ia akan disalurkan ke segmen yang lain. Selalunya kepada pihak Bank Penasihat yang merupakan underwriter kepada saham syarikat tersebut. Kalau saham itu naik maka merekalah yang beruntung dan sebaliknya sekiranya saham itu turun mereka akan menyimpannya untuk satu jangkamasa yang lebih panjang menanti kenaikan harganya dimasa-masa yang mendatang.


Mohammad Naharli Harun

Isnin, 23 April 2012

Nasib felda


" Wakil peneroka yang menyetujui penyenaraian FGV menandatangani warrant mati peneroka Felda. 360,000 hektar tanah Felda holdings dan segala asset yang lain akan di pindahkan kepada FGV. Setelah tempoh bulan madu habis dan durian runtuh habis, peneroka akan merana dan akan menjadi hamba abdi kepada FGV. Apabila bajet tahunan FELDA hanya tinggal RM 400 juta, peneroka akan sedar bahawa Felda tidak ada wang untuk mebayar gaji dan menyenlenggara rancangan felda seluruh negara. Pegangan KPF yang hanya sekitar 35% dalam FGV akan untung hanya jika pengurusan FGV pandai berniaga dan melabur. Ia tidak ada rekod untung kecuali 2 tahun kebelakangan ini. itu pun dengan melakukan silap mata- kos di tanggung oleh Felda, bahagian untung di ambil oleh FGV.

Wakil KPF yang menyetujui plan penyenaraian FGV akan menanggung tanggung jawab mengkhianati 112,000 peneroka Felda di seluruh negara. " di petikdari blog sakmongkol.

Bagi aku, sebagai anak felda tidak akan memaafkan segala yang telah dan akan berlaku. Dan pendapat aku segala keputusan yang di buat oleh pengerusi felda semuanya tidak sah. secara mudahnya begini, Isa samad tidak layak atau pun tidak boleh memegang jawatan sebagai pengerusi Felda kerana di bukannya ahli koperasi atau lebih tepat dia bukannya peneroka. Dia siapa yang menyebabkan PM barisan nasional melantik si Isa ni menjadi pengerusi? Jadi segala keputusan adalah tidak sah.

Atau ada sesuatu yang telah berlaku menyebabkan Isa boleh menjadi pengerusi? Apa hasil laporan yang telah di buat kepada suruhanjaya koperasi? Bagi aku tiada. Sebab apa? Mengapa? Semuanya itu nanti kita akan bertanya balik kepada Haji Najib. Mengapa melantik orang yang korup?

Adakah haji Najib akan menjawabnya atau dia hanya mengelengkan kepala.. hanya masa akan menentukan

Jumaat, 20 April 2012

Benarkah IC di bawah ada tarikh luput?






memang memeranjatkan.. aku Copy n Paste dari blog sozcily. IC terbaru agaknya. Beberapa persoalan timbul.

1. Apasal ada tarikh luput.?
Mungkin tiada bahan pengawet. Atau pun selepas tarikh tersebut IC ini akan melebur sendiri.

2. IC ini ada tulis permastautin sementara.
Ini musykil ni. Berapa lama dia ni nak duduk malaysia? Kalau duduk sekejap pakai je la permit kerja.

3.Kalau PR kenapa kaler biru bukan hijau ker? macam kat bawah neh..


4. Kenapa nama dia macam nama orang tempatan tapi muka macam orang mynamar?
mungkin kacukan ataupun telah bermutasi.

gambar untuk hari ini.





Pertanyaan yang membelenggu pemikiran pelajar pelajar IPT sekarang ini, semakin hari semakin membebankan jiwa mereka....

Khamis, 19 April 2012

Antara PTPTN dan pinjaman mudah untuk kroni


Sejak Pihak pembangkang mencadangkan supaya memansuhkan PTPTN, banyak pihak terutamanya dari pihak penyokong kerajaan baik dari orang kuat umno hinggalah ke PM sampai la ke mantan PM semuanya melompat. Seperti beruk kena belacan saja lagaknya.

Jika di teliti semua kenyataan ini kita boleh la simpulkan, tiada satu pun yang boleh menyakinkan kita bahawa apa yang di cadangkan oleh PR tidak boleh di laksanakan. Ada yang kata negara akan bangkrap, melayu akan mundur dan ada yang kata jika tak mahu PTPTN pulagkan saja wang yang telah kamu ambil, pakai duit kamu sendiri untuk belajar.

Tapi harus di ingat pelajar pelajar ini bukanlah anak menteri yang memandu porsche, bukanlah anak menteri yang menjadi pengarah syarikat lembu ataupun bukanlah anak bekas menteri yang boleh menaiki helikopter semata mata untuk berjumpa kekasihnya.

Apabila di fikirkan bagaimana pula dengan pinjaman untuk kroni atau anak menteri atau kroni? apakah mereka tidak perlu memulangkan balik wang rakyat yang telah mereka gunakan. Contoh mudah apakah suami ' Juhi Chawla' tidak perlu pulangkan wang 250 juta yang di pinjamnya? Kenapakah Tajuddin Ramli tidak perlu membayar hutangnya kepada kerajaan? Berapakah duit rakyat yang habis ketika ingin menyelamatkan bisnes anak mahader? dan terbaru mengapa perlu seorang menteri memberi wang yang banyak kepada seorang artis wanita setiap kali berjumpa?

Fikirkanlah.....

Selasa, 17 April 2012

berita rasakusut: Pulangkan wang jika berhenti jadi senator


Menteri pertanian Dato Dr Sadeq Segaraga mencabar mantan senator yang baru berhenti memegang jawatan tersebut supaya memulangkan wang modal untuk suaminya berniaga cicak tokek. Suami senator berkenaan sebelum ini di beri pinjaman mudah sebanyak 250 Juta untuk berniaga cicak tokek melalui syarikat NGF atau National Gecko Feedlot.

" Memang patut pulangkan, sebab kerajaan bagi untuk berniaga tokek bukan untuk membeli kondo atau untuk bercuti atau menambah bini " katanya tegas. Beliau sebelum itu merasmikan sebuah kursus asas asas bertani peringkat Parlimen Pagoh.

Senator berkenaan sebelum ini di kecam hebat kerana suaminya yang merupakan seorang pengarah syarikat NGF menyalahgunakan wang pinjaman tersebut untuk membeli kondo, bercuti dan berkahwin lagi. Wang tersebut sepatutnya untuk membiakkan cicak tokek yang di buru orang kerana di katakan dapat mengubat penyakit AIDS dan menguatkan tenaga batin atau lemah syahwat.

Tambah Dr Sadeq lagi beliau mahu senator berkenaan memulangkan wang tersebut kerana wang modal berkenaan boleh di beri kepada orang lain yang betul betul berminat untuk menjadi usahawan berjaya. Ditanya mengenai wang pinjaman PTPTN pula beliau berkata " Itu you kena tanya menteri yang berkenaan"



Ahad, 15 April 2012

berita rasakusut : Bendera BN akan di pasang di rumah urut seluruh selangor





Warna biru bendera BN dijangka memenuhi kesemua 60 pusat urut kelolaan Pusat Urut Semenanjung  (PMC)di seluruh Selangor tidak lama lagi.

Ini ekoran pengerusinya Datuk Seri Mass Sage dikatakan mengeluarkan arahan supaya pegawai terlibat membenarkan jentera pilihan raya BN memasang bendera itu, sekali gus memeliharanya daripada di serbu atau di batalkan lesen.

Mass Sage yang juga kontraktor BN Selangor dan bekas menteri tiada kerja didakwa mengeluarkan arahan itu semalam.

Menurut sumber, pegawai itu juga diminta memastikan bendera itu digantung di tempat sesuai, kemas dan tidak menjejaskan keselamatan operasi rumah dan pusat urut.

Manakala polis bantuan pula diminta memantau supaya bendera yang dipasang selamat daripada perbuatan khianat.

Menteri nafi, tapi OK


Sementara itu, Mass sage ketika dihubungi rasakusut menafikan mengeluarkan arahan itu dan "tidak ingat" sama ada menandatangani sebarang surat arahan berkaitan.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, pemasangan bendera tersebut tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu operasi rumah urut.

Malah, katanya, sepatutnya bukan saja rumah urut tetapi kedai nombor ekor juga patut di pasang bendera BN. 

"Saya tidak ada arahkan. Tapi kalau nak pasang bendera tak apa, asalkan tak ganggu isyarat. Kalau bendera Umno di naikkan lagi bagus".

"Tapi saya tak ada keluarkan arahan khusus... Saya tak ingat kalau saya ada tanda tangan apa-apa arahan... Mungkin pegawai saya nak bantu kita," katanya.

"Tapi saya tak ada halangan kalau nak pasang bendera," katanya.

Jumaat, 13 April 2012

elakkan bayi mati mengejut (SIDS)


Sumber - Majalah PAMA






Kematian bayi secara mengejut atau dikenali sebagai Sudden Infant Death Syndrome – SIDS banyak berlaku kepada bayi berusia di bawah setahun. Mengikut statistik di negara Barat,lebih 90 peratus kes SIDS berlaku kepada bayi berusia di bawah tujuh bulan.

Lazimnya, setiap kes SIDS berlaku kepada bayi yang sebelumnya sihat dan tanpa disangka, mereka ditemui mati di tempat tidur. Selain masalah kesihatan yang dialami oleh bayi, kelalaian ibu bapa antara penyumbang kemalangan ini.

Sudah tentu kes ini sangat menyedihkan ibu bapa. Jadi, sebelum sesuatu berlaku, lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga. Bagi ibu yang tidur bersama bayi, berhati-hati kerana si kecil ini boleh lemas ketika anda menyusukan mereka, terhimpit atau muka mereka ditutupi bantal atau selimut.

FAHAMI SI KECIL :
• Si kecil tidak berupaya mengawal situasi tidur mereka sendiri
• Si kecil tidak memahami erti bahaya
• Tidak berupaya untuk mengelak situasi bahaya
• Bayi suka ambil sesuatu dan memasukkan ke dalam mulut mereka

17 Langkah Bagi Mewujudkan Suasana Tidur Lebih Selamat :

1. Pastikan tempat tidur anak anda selamat. Si kecil tidak peduli betapa cantiknya kot mereka, tapi apa yang lebih penting, ia selamat.

2. Tidurkan anak secara menelentang, bukan secara meniarap atau mengiring. Jika anda dapati bayi anda dalam keadaan meniarap atau mengiring, alihkan posisinya segera.

3. Pastikan muka bayi anda tidak ditutupi sesuatu misalnya selimut, bantal atau alat mainan lembut.

4. Elakkan bayi terdedah dengan asap rokok sejak dalam kandungan dan selepas lahir.

5. Tidurkan bayi di bilik anda atau tidur bersama anda pada usia enam hingga 12 bulan pertama.

6. Jika bayi tidur dalam kot bayi, pastikan kakinya berada di hujung kot. Anda boleh selimutkannya, tapi pastikan selimut diselitkan pada bawah tilam (kiri dan kanan serta di hujung). Ini lebih selamat kerana bayi tidak boleh menggeliang-geliut ke bawah.

7. Pilih kot yang bidainya agak tinggi bagi mengelakkan si kecil memanjat keluar. Letakkan kot di tempat yang jauh dari tingkap dan sinaran matahari.

8. Jika bayi anda sudah pandai berdiri, alihkan semua mainan yang digantung pada kot.

9. Pastikan tilam bayi tidak terlalu lembut kerana apabila bayi dalam keadaan tertiarap, mereka mudah lemas. Sebaik-baiknya biarlah permukaan tilam tersebut mantap dan datar.

10. Sebaik-baiknya, bayi hanya tidur di atas tilam dan tidak memerlukan bantal.

11. Pastikan anda tidak membiarkan bayi menghisap susu botol dan anda meneruskan tidur. Ini boleh mengundang risiko bayi tersedak dan sukar bernafas.


12. Ketika menyusukan bayi anda dengan susu badan, pastikan anda sentiasa peka dengan keadaan anak.

13. Jika anda menggunakan sleeping bag, pastikan ia tidak mempunyai hood. Cukup sekadar ia menutupi tangan hingga bahagian leher (pastikan tidak ketat).

14. Pastikan hiasan-hiasan pada katil bayi anda tidak berlebihan. Pastikan semua tali diikat kemas dan tidak berjuntaian bagi mengelak risiko terbelit pada bayi.

15. Gunakan selimut yang ringan yang boleh dikemas dengan mudah.

16. Pakaikan bayi anda pakaian malam yang sesuai, jadi dia tidak lagi memerlukan selimut.

17. Pastikan pakaian anak anda itu tidak bereben atau seluar yang terlalu panjang. Ini boleh membahayakan bayi anda.

Khamis, 12 April 2012

benda tahyul dan karut yang perlu di hapuskan 2.



Benda di bawah patut hapuskan. Hapuskan kepercayaan karut dan tahyul.



Benda bodoh untuk di rasmikan oleh orang yang bodoh.




papan tanda bodoh untuk memeperingati orang yang zalim terhadap umat Islam di Palestin.


Rabu, 11 April 2012

Perkara Tahyul lagi Karut

Alam Melayu
Dalam alam umat melayu ini terdapat pelbagai perkara yang kadangkala jika kita fikirkan amatlah karut untuk di percayai. contohnya 'jangan menunjuk pelangi dengan jari telunjuk nanti kudung'Tetapi itulah hakikatnya. Kita telah di sogokkan dari kecil lagi tentang perkara karut ini. Malah jika tidak percaya kita pasti akan di pandang serong atau pun paling tidak akan di katakan kita ini sombong atau bercakap besar.

Alhamdullillah sekarang umat melayu sudah pun sedar tentang perkara ini. Walaupun tidak semua tetapi generasi muda sekarang tidak terlalu percaya tentang perkara perkara tahyul yang melanda sejak pasca merdeka. Adalah amat malang bagi mereka yang masih mempercayai perkara tahyul lagi karut ini.

Generasi Muda dan Zaman IT.
Sejak ledakan teknologi umat melayu di malaysia ini sudah pun mula membuang perkara karut marut dari kehidupan mereka. Perkara karut marut yang di perturunkan sejak zaman baru merdeka hingga kini dari moyang moyang  sudah tidak di percayai lagi. Banyak yang sudah mula mempersoalkan perkara karut ini. Masyarakat sudah pandai berfikir dan mengira ngira akannya.

Perkara karut ini telah di resapkan oleh pemerintah secara total ke alam masyarakat melayu. Melayu kampung dan Melayu Felda paling banyak di pengaruhi oleh kepercayaan karut ini. Tetapi percayalah perkara karut ini boleh di hapuskan dengan satu benda sahaja iaitu Al- quran dan Sunnah.

Islam yang sejati
Andaikata masyarakat melayu ini tidak terikut ikut perangai warisan penjajah inggeris tetapi mengambil Alquran dan sunnah sebagai jalan kehidupan pastinya kepercayaan karut ini sudah lama di hapuskan. Sayangnya kita lebih suka akan hiburan dan janji janji yang palsu yang mana janji itu hanya untuk bangsawan bangsawan dan rakyat fakir seperti kita hanya seciput sahaja yang di beri tetapi itupun bersyarat.

Apakah kepecayaan karut itu?
Jawapannya selalu di katakan oleh pembesar pembesar negara kita.. dan kita patut buangkannya jauh jauh kerana ianya amat karut lagi tahyul..

                                    "Umno sahaja yang boleh memerintah"

Jumaat, 6 April 2012

berita rasakusut : kementerian penerangani keluar arahan baru.

Berkuatkuasa serta merta, stesen radio dan televisyen diminta menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut, pengkid dan termasuk adegan peluk peluk, baring baring atas katil lelaki dengan pompuan, watak hantu dan juga temuramah untuk melaobi menjadi calon.

Beberapa individu juga di larang dari disiarkan temubualnya di kaca tv dan radio. Antaranya Hassan Ali baba, Ibarahim Alina, Ezami Mad no, Zulkapli Nordina dan beberapa orang mamak. Tidak terkecuali arahan untuk tidak menayangkan rancangan yang ada haiwan Lembu.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Penerangani yang disiarkan di halaman Facebooknya.

Arahan itu berbunyi: "Berkuatkuasa serta merta, stesen radio dan televisyen diminta menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut yang bercanggah dengan norma masyarakat beragama kerana dikatakan menyokong dan meningkatkan gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) ketika ini."

"selain itu babak peluk memeluk, baring baring atas katil dan temuramah tv dengan beberapa individu tidak dibenarkan. Ini kerana ianya boleh mendatangkan mudarat kepada masyarakat dengan carut marut serta bodekan mereka" Senarai individu boleh di muat turun di laman kementerian.

Khamis, 5 April 2012

Penduduk Putrajaya bakar majalah Mangga sebagai protes pengedaran majalah Mangga secara percuma.

PUTRAJAYA, 5 April: Kerja-kerja pengedaran majalah Mangga secara percuma kepada penduduk Putrajaya mula memberikan kesan yang negatif.

Ia dapat dilihat apabila ahli  rukun tetangga Putrajaya merancang untuk membakar majalah yang separa lucah itu hari ini di food court Presint 8 tengahari ini.

Wakil rasakusut sedang menunggu peristiwa itu untuk merakamkan protes oleh sebahagian besar penduduk Putrajaya.

"Penduduk Putrajaya akan membakar majalah Mangga sebagai tanda protes terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab  mengedar dan menggangu kententeraman penduduk di Putrajaya.

"Tarikh 5/4/2012 jam 1.00 tghr. Bertempat di Presint 8, berdekatan dgn medan selera. Dato/tuan/puan dijemput buat liputan," kata satu SMS yang diedarkan oleh pemimpin tempatan.

Dipercayai majalah tersebut diedarkan dari rumah ke rumah untuk secara percuma untuk bacaan ringan dan tambahan kepada penduduk di kota pentadbiran negara yang kebanyakannya didiami oleh kakitangan kerajaan itu.

"Orang kuat Putrajaya sudah ada di sini tetapi belum nampak lagi akan adanya majlis pembakaran ini," kata en. XX kepada wartawan rasakusut.