Khamis, 29 Mac 2012

Pembaca di KL terjejas vendor boikot MANGGA

2:36PM Mac 28, 2012

Sejumlah pembaca majalah separa lucah 'Mangga' di Kuala Lumpur tidak menerima naskhah majalah tersebut di rumah hari ini, dan di beberapa kedai.

Ini ekoran boikot yang dilancarkan oleh beberapa vendor di Kuala Lumpur berhubung langkah majalah bulanan tersebut mempromosi kempen langganan langsung.

Difahamkan kumpulan pengurusan tertinggi majalah tersebut mahu melaksanakan pelan tersebut dalam usahanya untuk meningkatkan edarannya tahun lepas, tetapi menariknya balik selepas menerima bantahan.

Bagaimanapun, dalam satu langkah yang mengejut, salah seorang eksekutif tertinggi memutuskan untuk melaksanakan dasar itu tanpa berunding dengan pihak vendor, yang melihat langkah itu menjejaskan mata pencarian mereka.

Sumber yang rapat tindakan pemulauan majalah itu hari ini berkata sekumpulan vendor cuba menyerahkan memorandum kepada Ketua Pegawai eksekutif semalam, tetapi beliau tidak mahu menerimanya.

Ini menyebabkan kira-kira 200 vendor berkumpul di Pasar Seni awal pagi ini dan enggan menerima majalah milik UMNO itu untuk diedarkan.

Difahamkan sekitar 30,000 naskhah telah dikembalikan oleh vendor kerana membantah apa yang mereka dakwa satu dasar yang tidak menguntungkan yang dikenakan ke atas mereka.

Sumber itu berkata pemulauan itu mungkin diperluaskan ke tempat lain di Lembah Klang esok dan melumpuhkan lagi pengedaran bulanan berkenaan.




.

Isnin, 26 Mac 2012

apa yang tak kena dengan gambar ini?




ramai sangat punahsihat.. itu la jadinya..

aku nak bagitau bila PRU..

aku cuma nak bagitau... 90 persen PRU akan di adakan bulan JUN tahun ini..  mana aku tau? itu aku tak boleh bagitau..  sekian terima kasih.

yang lebih tahu hanya ALLAH..

Jumaat, 23 Mac 2012

filem yang baru aku tengok : bujang terlajak


aku sebenarnya malas nak tengok filem arahan razak ni.. tapi aku cuba tengok dan ternyata berbeza sikit.. lawak memang lawak... mengisahkan 3 orang bujang yang bersaing untuk memikat seorang gadis..saiap yang berjaya? tengok sampai habis...

1. lakonan buta yang agak over.
2. lawak yang segar..
3. watak g-bam menghangatkan suasana

rating : 7/10

maaf.. aku baru pindah rumah.. memenatkan...

Isnin, 12 Mac 2012

berita yang aku rasa akan terjadi bila UMno dah kalah...

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Pengerusi Koperasi Felda yang di tak layak (KPF), Isa Samad hari ini dihalang dari memasuki pejabat felda.


Beliau yang dihubungi Utusan  memberitahu, beliau ditahan oleh polis bantuan Felda selepas tiba di pintu masuk ibu pejabat Felda di Jalan Gurney pagi tadi.

"Saya tiba di pintu pagar kira-kira jam 8.45 tadi, tiba-tiba saya ditahan tanpa sebarang alasan.
"Saya diberitahu ianya arahan pihak keselamatan Felda," katanya.
.
"Yang lain semua boleh masuk kecuali saya seorang sahaja yang tidak di benarkan masuk," katanya yang kini sedang berusaha berunding dengan pegawai polis Felda untuk masuk ke pejabatnya.
"Saya akan lutu kepala sesapa yang tak bagi saya masuk" katanya lagi dengan nada marah.

Isnin, 5 Mac 2012

berita rasakusut :Sisa Lynas akan dibuang di belakang rumah Najib dan Adnan.

Kerajaan Barisan Nasional meminta Lynas Malaysia Sdn. Bhd. memindahkan sisa atau buangan industri yang dihasilkan daripada perusahaannya ke belakang rumah Dato Seri Najib dan Dato Seri Adnan Yaakob. Keputusan itu untuk menunjukkan kepada rakyat khususnya pembangkang bahawa sisa itu tidak memberi kesan kepada mereka berdua.


Malah mereka akan membuat pemeriksaan kesihatan berkala setiap bulan untuk membuktikan perkara tersebut. Pemeriksaan itu akan di lakukan oleh satu badan bebas yang bernaung di bawah WHO dan EIEA.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga  berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan prihatin dengan kebimbangan rakyat walaupun saintis dan pakar tempatan serta antarabangsa mengesahkan operasi syarikat itu dan buangan industri yang dihasilkan adalah selamat.

Beliau turut menolak andaian kononnya keputusan itu dibuat kerana kerajaan menerima tekanan daripada pihak tertentu.“Kita mahu rakyat berasa selamat. Kita sudah analisis perkara itu dan mendapati keselesaan tersebut terbahagi kepada dua iaitu, satu asas kepada saintifik dan satu lagi soal emosi serta psikologi.