Isnin, 30 Januari 2012

berita rasakusut AJL 28 : Awan Noni di batalkan kemenangan.. Juara sebenar adalah 3 Vokal



KL : juara awan Noni oleh hafid telah di batalkan kemenangannya sebentar tadi. berucap pada wartawan pada sidang media tergempar sebentar tadi  ketua juri AJL iaitu en Ahmad Maslani berkata " bantahan oleh salah seorang peserta AJL telah di terima" di fahamkan untuk membuat bantahan bayaran sebanyak rm 43 dikenakan.

Oleh itu Juara sebenarnya telah jatuh kepada kumpulan 3 suara M. " juri telah membuat penilaian yang salah dari segi pengiraan markah.Terdapat percanggahan dari segi markah, tetapi setelah di kira kembali kumpulan 3 vokal. salah seorang anggota 3 vokal yang ditemui sebentar tadi berkata " saya sering menjadi mangsa, tuan tuan lihat muka saya ni, ada muka penipu ke tidak?" 

dengan ini kumpulan 3 vokal memenangi trofi, cincin dan beg tangan jenama herskey.  Bagi hafid pula beliau berkata beliau akan menemui mentornya iaitu en herman jate untuk meminta pandangan. 



kumpulan 3 vokal ketika sedang menyampaikan lagu ketika sesi raptai.

Sabtu, 28 Januari 2012

update: gambar orang nak terjun pukul 4 pagi semalam


maaf.. gambar memang teruk.. maklumlah kamera hp 2mp jer.. pagi buta lak tu.. 


bomba sampai


nampak tak? di percayai pesakit ni di bawah pengaruh alkhohol. bini aku la cakap. ini kan hospital bini aku keje.

kejadian di hospital Ampang.. pesakit nak terjun dari atap lobi

macam mana nak mula yer.. ok macam ni.. malam tadi aku temankan bini aku pegi hospital sebab member dia masuk ICU.. sakit berkaitan dengan paru paru.. doakan beliau sihat hendaknya.. peluang 50-50 kata doktor..

semasa tunggu tu aku rasa mengantuk.. jam dah pukul 2.30 pagi.. aku ambik keputusan tidur dalam kereta.. jam 4.00 pagi bini aku telepon katanya ada orang nak terjun bangunan.aku pun pegi tengok. orang tu duduk atas atap anjung betul betul kat lobi depan hospital.. rasa aku tinggi dalam 3 tingkat..

aku nengok pakaian dia macam pakaian pesakit.. orang makin ramai.. bomba pun dah datang.. aku tepon bro sham on.d scene.. tak sempat dia datang bomba dah bawak turun.. cis.. ingatkan ada sedikit drama.. aku tak tau la bro sham datang ke tak...

gambar nanti aku cuba upload...

Jumaat, 27 Januari 2012

Datuk L dakwa ada satu lagi video 'lebih dahsyat' dari filem DR rozmey

Trio 'Datuk L'(LUCAH) yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKT, Datuk Anu hari ini mencabar Anu membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat"

Dalam laporan muka depan majalah lucah berbahasa Melayu - Mangga- salah seorang anggota Trio 'Datuk L, yang juga bekas bendahari PERKASAM, Datuk Shuh Eib Laziman, berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini malam tadi,  selepas diberikan oleh Datuk Es Kepal. Itupun lepas bini saya tidur. Lagipun bini saya marah tengok benda benda macam ni. bini saya kata saya ni kalau dah tengok benda macam tu mulalah nak mintak sama macam aksi dalam video tu..Saya percaya Datuk Es Kepal sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anu bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk L, Datuk Shah Ek Khan.


"Kali ini video yang akan kami tayangkan lebih jelas, malah ia dalam HD dan juga dalam format 3D.Anda boleh menilainya." katanya.Apabila pihak berita rasakusut meminta salinan video berkenaan beliau berkata beliau sudah lupa salinan tu ada kat mana...

Khamis, 26 Januari 2012

Sudirman - Ding Ding Gale dgn LiRiK

santai santai petang khamis....


Khamis, 19 Januari 2012

saleem bangladesh- suci dalam debu(suara mimik saleem)



wow... iklim bole buat album baru...

berita yang tak akan kita dengar :nazri kata bahaya kalau dedah aurat.

"Mendedahkan aurat milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada bukan muhrim adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana ianya perbuatan berdosa,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.


Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, Nazri  berkata pendedahan aurat seseorang mungkin mengundang bala dari Allah. Didalam Al quran telah di jelaskan tentang aurat sama ada lelaki ataupun perempuan.

Malah ulamak ulamak terdahulu telah menghuraikan panjang lebar bab aurat. Tetapi jika suami isteri tak der aurat tambahnya lagi sambil tersenyum sendiri. "Janganlah kita cuma menutup waktu nak pegi haji tapi bila balik semula ke malaysia jambul masih ternampak "

Jumaat, 13 Januari 2012

fielm yang baru aku tengok : The Thing


sebuah filem sains seram yang di buat semula dari filem asal pada tahun 1982( arahan john carpenter). mengunakan tajuk yang saama. aku baru tengok separuh filem yang terdahulu. berlainan sedikit. Filem ini mengisahkan satu pasukan saintis telah menjumpai satu kapal angkasa dan satu fosil makhluk asing yang tertanam dalam bongkah ais.

mereka telah mengambil nya dan cuba membuat kajian tentang makhluk ini. Dan akhirnya makhluk ini hidup semula lalu... anda tengoklah sendiri.

1. Agak menyeramkan
2. CGI yang bagus. Makhluk asing yang kejam. berupaya meniru sel manusia dan mengklonkan diri sendiri  menjadi rosmah manusia.
3.  aku sarankan anda menonton filem ini.
4.  tiada aksi seks. maaf.. kalau nak tengok beli la cerita maria ozawa atau sora aoi.
rating : 7/10

pesanan : jangan beli atau tengok cerita scorpion king 2.. cerita macam haram.

Selasa, 10 Januari 2012

Isnin, 9 Januari 2012

selepas 24 tahun akhirnya aku baru habis tengok cerita rambo 1 : first blood



 rambo : first blood
kisah seorang bekas askar yang terer, yang pernah berperang di vietnam walaupun amerika kalah tapi dia hidup. datang sebagai sorang kelana mencari tujuan hidup. akhirnya terjebak berperang dengan polis akibat dari sikap polis yang cuba tunjuk terer. Biasala hero takkan kalah kot.

kali pertama aku tengok cerita ni waktu aku di darjah 2. tahun 1998. waktu tu cikgu ganti masuk kelas. oleh kerana dia malas atau tak tahu apa nak ajar atau dia ada paperwork nak disiapkan maka dia bawak kami satu kelas pergi pusat sumber. maka dia pon pasang la kaset video cerita porno rambo. (masa tu mana ada dvd der)

bila sampai babak rambo jatuh moto masa nak daki bukit masa tu jugak masa pun habis. lepasa tu apa lagi semua budak laki dalam kelas aku tu berangan nak jadi rambo... hahahahah... tak seorang pun berangan nak jadi imam....cis.. sampai sekarang baru aku tengok balik sampai habis. Lamanya baru nak habis aku tengok cerita rambo ni.




ps: jika anda perasan ada muka macam horatio cane (CSI miami)  jadi polis..

Khamis, 5 Januari 2012

sapa tahu? di mana najib sekarang?

sudah beberapa hari aku tak dengar cerita pasal PM kita.. kat Tv pon takder cerita dia.. dalam berita pun takder.. atau aku yang kurang tengok berita kat tv.. dala paper pun takder apatah lagi dalam toilet paper.. ada sesapa tahu? asyik yang keluar bapak yang nak berjihad tapi anaknya jadi penyanyi... pastu buat buat terkejut ramai budak sekolah pegi sekolah tak sarapan.

aku rasa la Pm kita ni mungkin :

1. pegi cuti tapi tak mau bagi tau.
2. masuk sekolah pondok.
3. kawen lain pastu bergaduh dengan rosmah.
4. tengah berubat.
5. tengah bertapa sebelum PRU

apa nasib Isa Samad?

Selasa, 3 Januari 2012

filem melayu yang patut di beri sentuhan CGI

 Ada beberapa filem melayu lama yang patut di buat semula. filem filem ini patut di beri skrip baru, olahan cerita yang baru dan di masukkan kesan khas yang baik. aku percaya pasti akan mendapat pecah kotak punya.. kalau kena dengan cara la.. bukan macam cerita 2 alam..

1. Badang.
Filem ini yang aku rasa patut di buat semula. Tapi jangan pulak ada scene makan muntah hantu. muntah tu kan najis. mana boleh makan najis. Hero pulak mesti badan sasa la dan yang penting kacak. Tapi nak selamat buat filem komedi. Pastu pulak kena la ada kesan khas macam berlawan dengan makhluk asing ke, menyelamatkan tebusan ke sambil di hujani dengan leupan c4 ataupun tarian poco poco dengan kak ros.

2.jula juli bintang tujuh.
jangan ikut skrip lama. bosan. buat 7 orang yang di terpilih untuk menyelamatkan Malaysia dari UMNO.. eh salah.. menyelamatkan Malaysia dari pengganas tak pun buat cerita 7 kesatria zaman dahulu menentang Lanun, raksaksa.. ataupun ada satu pertubuhan yang di namakan jula juli bintang tujuh.. macam tak best pulak nama pertubuhan ni..

3. Jefri zain.
cerita perisik zaman dulu. Bintang asal Jins Shamsuddin. Ok buat cerita satu perisik Melayu yang kacak, gagah di ranjang, mampu berlawan dan pandai mengambil hati isteri. Mempunyai alat alat canggih macam J bond. Macam biasa la takkan korang tak tahu kotplot cerita macam ni.

4. Pramugari terlampau.
Cerita ni rasanya tak payahlah kot..  keh.. keh..keh...