Rabu, 21 Disember 2011

Panglima Ludah Mengamuk



Panglima lucah ludah bersama pengikutnya


KL : Panglima Ludah hari ini memberi amaran akan meludah dan menampar seorang pekerja rumah urut kerana tidak mahu mengurut B2B salah seorang panglima mereka secara percuma. Menurut beliau mengapa mahu mebayar sedangkan kawasan rumah urut itu di kawasan mereka.

Sambil menunjuk nunjukkan jari beliau berkata dengan nada marah " awas yer, dahlah kawasan ni kami jaga pastu nak kena bayar pulak. kalau aku jumpa budak urut tu aku ludah muka kau ptuih ptuih."
" kau ingat kau sapa! jangan nak kurang ajar tau.. ptuih ptuih"

pihak rasakusut berjaya menemui pekerja rumah urut tersebut dan bertanyakan tentang amaran dari geng panglima ludah. Dan ini reaksi beliau " Bang..  bukan saya tak mau urut free.. hutang saya dia tak bayar.. bukan banyak pun RM 70 jer.. dah betahun dah bang" tambahnya lagi sambil mengurut B2B wartawan rasakusut.


Selasa, 20 Disember 2011

Pesanan kepada yang berkenaan.


PESANAN PENTING!

kepada sesapa yang berhajat ingin meludah, menumbuk atau membelasah Adam Adli sila tunggu sebentar. Sebelum anda membuat apa apa kepada beliau sudahkah anda meludah, menumbuk, membelasah atau memberikan pantun nasihat kepada orang yang di bawah. Kerana orang yang dibawah telah menghina Agama Islam tetapi Adam Adli cuma menurunkan bendera gambar rosmah sahaja.





muka jebon

Isnin, 19 Disember 2011

jenis panglima di malaysia.

jenis panglima di Malaysia.


Panglima Jihad Temberang
(ketua Panglima)



Panglima Ludah Meludah

Panglima Kulum

Panglima Selak Kain


Panglima Gagah Belanja

Panglima Lucah

Yang lain kamu letak sendiri.

Selasa, 13 Disember 2011

berita tipu yang sedap di dengar...

KL: pembuat beg mewah berjenama yang tidak asing lagi iaitu Hermes Bikini hari ini telah melantik Datin rosmah mansur sebagai duta mereka. Seiring dengan itu mereka telah melancarkan sebuah beg edisi terhad yang memaparkan huruf RM.Majlis pelancaran telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Cuma ada 20 unit sahaja untuk masa terhad.

Rosmah ketika di temui berkata beliau amat berbangga dengan perlantikah itu kerana jenama itu pandai menilai seseorang untuk di jadikan duta. Selepas ini pasti tiada pihak akan mempertikaikan dari mana beliau membeli beg berjenama itu kerana sebagai duta beg beliau pasti dapat beg beg jenama ini secara percuma untuk digayakan.

Sementara itu lakinya Dato Najib pula berkata beliau amat berterima kasih kepada Hermes Bikini kerana memilih isterinya menjadi duta. Sebelum ini beliau terpaksa bekerja keras untuk mengumpul duit untuk membeli beg beg jenama ini.

Seorang sahabat karib Datin Rosmah iaitu Datin seri masnah berkata beliau amat berbangga kerana kawannya itu tepilih menjadi duta beg ini. Tambahnya lagi " memang sah Rosmah lebih popular dari Lisa Surihani" sambil berharap Rosmah akan memberinya satu beg jenama itu secara percuma kepada beliau.

Sabtu, 10 Disember 2011

graduan guru.. apa kesudahannya?

" Kami, graduan pendidikan. Empat tahun di universiti mempelajari ilmu pedagogi, falsafah, sosiologi, psikologi pendidikan. Dua minggu menjalani Rancangan Orientasi Sekolah dan 14 minggu menjalani praktikum di sekolah.


Kini, setelah memperbodohkan kami dengan khabar posting selama setengah tahun, mereka menyuruh kami mencari kerja lain. Rata-rata majikan menolak permohonan kerja graduan pendidikan dalam industri atas sebab ijazah kami yang tertera Pendidikan "- MK surat

dah belajar untuk jadi guru mestilah nak kerja jadi cikgu.. takkan nak jadi PM pulak.. lain la anak TPM belajar tinggi jadi penyanyi...

Selasa, 6 Disember 2011

MP ikrar bantu PERUMA kerana sokong BN

Menteri Perdana Datuk Seri Najibul Razaki berikrar untuk membantu Persatuan Rumah Urut Malaysia (PERUMA) untuk memantapkan pertubuhan itu, selepas menerima ikrar taat setia mereka kepadanya di Shang Hai, semalam.


"Terima kasih kerana ikrar itu, saya amat terharu...  saya akan membantu Peruma!" laung Najib di hadapan lebih 2,000 ahli PERUMA yang hadir sambil menitiskan air mata.

Bagaimanapun sebagai balasan, presiden Umno itu menuntut PERUMA supaya bersedia membantu beliau menjamin kemenangan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.


"PERUMA mesti bersedia untuk mempertahankan pentadbiran kami. Kita tidak boleh membiarkan syarikat lain merampas pelanggan urut kita di tanah air sendiri," katanya memberi amaran.

Najib juga mengakui bahawa sumbangan ahli-ahli PERUMA amat besar kepada dirinya sendiri di kawasannya kerana dikatakan mampu menyatukan pengusaha rumah urut dari di kacau samseng dan kongsi gelap.

"Saya sendiri tahu, terdapat banyak ahli-ahli PERUMA di kawasan saya sendiri, saya tahu... saya tahu (apa yang mereka lakukan)," katanya.

Jaminan bantuannya kepada PERUMA itu diberi selepas presiden pertubuhan itu, Jamalul meminta Najib untuk mempertimbangkan cadangan meluluskan sebuah kolej di pulau sipadan untuk NGO itu. Disamping itu pertubuhan tersebut akan memberikan perkhidmatan urutan Body to Body (B2B) dan batin
secara percuma kepada semua wakil rakyat BN.

ini menunjukkan yang kami menyokong penuh kenyataan soi lek semalam tambahnya lagi.

Isnin, 5 Disember 2011

Soi lek kata memang betul.. mari kita tengok bisnes apa yang akan lingkup..

Soi Lek: Hudud akan musnah ekonomi Malaysia, bawa binasa diri

ya betul tu.. banyak perniagaan akan musnah... pelabur pelabur akan lari..

1. perniagaan rumah urut/seks
korang nak mampus .. jika di dapati bersalah berzina ena 100 rotan, yang dah kawen pulak kena rejam.. sapa berani buat kalau ada yang dah kena..

2. perniagaan judi
yang ramai beli kat kedai nombor adalah orang Islam.. tak kira PAS ke Umno.. betul tak?

3.perniagaan arak
4. perniagaan kelab malam.

apa pun dia ni bukannya paham pun.. jahil tambah dia ni kafir.. kesian takder orang umno tolong bagi keterangan kat dia.. hah ada.. tolong perlekehkan hukum Islam lagi ada... lantak la kat ko.. korang bantai  oi lek ni pun bukan boleh buat apa.. cuma kita doakanlah semoga Allah bagi hidayah kat semua orang.. amin

Sabtu, 3 Disember 2011

kenapa kawen jadi susah?

minggu lepas aku ada singgah satu rumah nak buat kenduri kawen... sambil duduk tu aku terdengar satu perbualan makcik makcik tentang kahwen ni..

makcik A : hish.. skang ni kalau takder 20 ribu tak buleh nak kawen kan..
makcik B : betul tu.. pening kepala kalau nak kawenkan anak.. macam macam nak buat.. semua perlu duit...
makcik C : hantaran pun dah mahalkan sekarang ni...
makcik A : sekarang semua harga barang dah naik...

bla.. bla.. bla....

aku pun terpikir kenapa belanja nak kawen ni semakin meningkat.. jika kita buangkan perkara perkara tak perlu aku rasa belanja kawen tak la tinggi... mari kita kaji...

1. Hantaran tinggi / mahal
hantaran tengok pendidikan anak.. tambah lagi kalau keje best macam modeling, artis atau pramugari. muka plak cantik... yang meminang pulak ahli parlimen pergh... RM 20K tak lari.. cuba letak ikut kemampuan si bakal suami kan senang..

2. pelamin + baju bersanding + mak andam ++..
cuba tak payah bersanding, tak payah buat pelamin takpayah mekap mekap... pengantin laki pakai baju melayu/jubah.. pengantin pompuan pakai baju kurung dengan tudung labuh.. jimat dalam 5ribu kat sini.

3. kenduri..
tak perlu buat kat hotel.. buat seringkas boleh.. cari yang kawan buat katering.. tapi ada yang paling ringkas.. buat jamuan lepas orang buat solat jumaat.. sebelum khatib naik mimbar buat pengumuman.. selepas solat jumaat.. ada disediakan bungkusan makanan untuk meraikan pengantin ..... para jemaah di persilakan. mudah kan...

4. amik gambar pra kahwin...
belum kawin ambik gambar peluk peluk macam laki bini.. haram.. lepas kawen boleh la.. suruh kawan kau ambik pastu ko edit sendiri pakai photoshop..

Jumaat, 2 Disember 2011

berita sedih... rakan sekerja meninggal kemalangan.

maaf.. hari ini hari yang sedih.. rakan sekerja meninggal dunia.. kemalangan jalanraya di MRR2 sewaktu mahu ke tempat kerja.. harap harap sesapa yang sudi bolehlah mendoakan arwah semoga ditempatkan di kalangan orang yang soleh...

kalau anda nak tahu cerita .. boleh layari on d scene.. brother ni ada di sana tadi... mungkin petang nanti ada beritanya.. sekian.

Khamis, 1 Disember 2011

sepatutnya Zarina Ann julie bukan Lisa Surihani..

KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO mengiktiraf bakat pelakon wanita popular tanah airdan luar negara, Zarina Ann Julie, menerusi anugerah Artis Wanita Muda Cemerlang sebagai menghargai kejayaannya dalam bidang lakonan dan modeling.


Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin selepas beliau menyampaikan ucapan dasar pada persidangan perwakilan pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah itu, Zarina, berkata, ia secara tidak langsung memberi semangat kepadanya untuk terus mengorak langkah dan bekerja keras dalam bidang yang diceburinya.

"Anugerah ini memberi semangat kepada saya dan mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang seni.

"Bagaimanapun, saya menasihati golongan muda yang ingin menjadi pelakon agar tidak meninggalkan solat mereka," katanya.

sapa sokong berita kat atas.. hehehehehhe...