Isnin, 28 Februari 2011
apa punya ayat ni..
mari kita pakat pakat doa supaya ADUN cepat mati ..

TEMERLOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di sini. bla bla bla...
Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan, kesemua projek berkenaan bukan untuk memancing undi sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat.
sesapa yang berhajat nak jadi YB lepas ni boleh la bersedia untuk di doakan supaya cepat mati... kalau tak nak di doakan macam tu sila buat kerja dengan amanah.. tak kira la YB belah mana.. BN ke PR... oh lupa pulak.. peruntukan ni betul betul ada ke cuma penyedap telinga en PM.. ?
mr edz: pagi tadi tertengok buletin pagi.. sabhery cheek tengah cium pakcik tua yang tak larat.. sakit sejak 2002.. bodo punya lakonan...
Sabtu, 26 Februari 2011
Khamis, 24 Februari 2011
bengong...
Bagi Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau itu, tiada isu besar yang boleh dicanangkan oleh pembangkang.
"Yang ada hanyalah isu setempat berkaitan tanah dan isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air, yang semuanya akan diselesaikan secepat mungkin" katanya.
Adnan berkata BN akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui dan menyelesaikan masalah mereka.
celaka.. ada PRK baru nak buat... patutla ramai yang doa supaya adun cepat mati... hahahahaha..
Selasa, 22 Februari 2011
gempar.. CSI Miami akan datang ke malaysia...

Sabtu, 19 Februari 2011
kalau ponteng sekolah bole tiru ini yb

Khamis, 17 Februari 2011
senarai 10 orang terkaya tu tak betul.. ada 3 orang melayu yang tercicir..

Jumaat, 11 Februari 2011
rokok ganja untuk di jual.. luar negara lah..
Khamis, 10 Februari 2011
Isnin, 7 Februari 2011
Sabtu, 5 Februari 2011
ada POCONG...
Selasa, 1 Februari 2011
ingatan... contoh pelaburan tipu.
Ikan Arowana atau kelisa merupakan antara ikan peliharaan yang paling mahal. Terutamanya Kelisa Emas yang boleh mencecah puluhan ribu malah ada yang sampai ratusan ribu. Gilo ko beli ikan puluhan ribu ringgit. :p
Tapi itulah hakikatnya. Ia mungkin disebabkan ada kepercayaan ikan arowana boleh membawa tuah kepada tuannya. Macam flower horn jugak kalau ada banyak merah kat badan ikan tu. Sekarang ni muncul pulak satu pelaburan baru dengan menjadikan ikan arowana sebagai bahan pelaburan.

Bagaimana ia beroperasi?
Penganjur skim ini akan buka pelaburan untuk membeli induk ikan Arowana dengan harga RM5000 hingga RM20,000 seekor. Penganjur akan “tolong” bela ikan tersebut sehingga ikan tersebut bertelur & menetaskan anak. Biasanya induk Arowana hanya bertelur sekitar 20 biji telur je setiap kali. Bila ia mengawan, telur ikan arowana akan ditelan oleh Arowana Jantan dan membesarkan anak ikan tersebut di dalam perutnya.
Bila dah besar skit, baru lah anak ikan tersebut keluar dari mulut “bapa” arowana dan berdikari sendiri. Jika ada sebarang bahaya, bapa arowana akan memberi amaran & anak ikan akan masuk kembali dalam mulutnya sehingga keadaan selamat. Setiap ekor anak ikan ini akan dibeli semula oleh penganjur pada harga RM900 seekor. Jadi jika kesemua anak ikan tersebut hidup, pelabur akan menerima RM900 x 20 atau bersamaan dengan RM18,000 setiap kali ikan tersebut bertelur/beranak pinak.
Ikan Arowana bertelur setahun sekali. Jadi tahun pertama pelabur dapat la RM18,000. Pada tahun kedua pula pun sama sehinggalah ikan tersebut mati. Nampak lumayan bukan?
Betapa hebatnya industri ikan arowana, menyebabkan ramai orang Melayu jual tanah untuk dijadikan kolam arowana di Bukit Merah & Taiping. Cerita betul ni! Kalau orang sana tahu la kot. Dalam majalah 3, rasanya pernah keluar pasal industri ikan arowana di Bukit Merah ni.

RM 1,000,000.00
Bagaimana penipuan berlaku?
Ikan arowana hanya berteluar sekitar 20 biji je. Disebabkan semua urusan membela diuruskan oleh Penganjur. Mereka boleh kata, 10 biji je bertelur sedangkan 20 biji telur. Pelabur mana tahu bukan? 10 biji tu, Penganjur tibai. Pelabur bukan tahu pun bukan? Semuanya diuruskan oleh panganjur. Pelabur hanya tunggu duit je.Kadar kematian ikan arowana sangat rendah kerana ia membesar di dalam perut arowana jantan. Ia hanya keluar bila dan cukup kuat untuk berdikari sendiri.
Bukan tu je. Ada banyak lagi cara yang boleh penganjur cakap seperti induk yang anda beli mati (walaupun tidak mati) dan sebagainya menyebabkan wang pelaburan hangus.Jika ada orang yang ingin menawarkan pelaburan sebegini, elakkan sahaja. Simpan duit tu dalam ASB atau Tabung Haji sampai ia beranak pinak juga.Ia lebih selamat walaupun lambat kaya. Sekurang kurangnya wang anda selamat daripad melaburkan duit pada pelaburan Arowana yang belum tentu berjaya.
Malah pelaburan sebegini dilarang agama islam.
dipetik dari shamsuriyadi.com
mr edz: bukan ni saja ternakan yang lain pun kalau ada operasi macam ni mintak elakkan. macam ternakan lintah, lembu, kerbau, rusa, cacing.. (ternakan babi je yang takder)