Isnin, 12 September 2011

Gempar.. sambutan hari kemerdekaan di batalkan. Tiada lagi cuti hari merdeka

KL : 12 September. Sambutan hari kemerdekaan yang di tunda pada 16 September ini akan di batalkan menurut satu sumber. Ini kerana sebenarnya kita tak pernah di jajah tambah sumber itu lagi. Menurut risikan team berita Rasakusut pembatalan ini kerana satu pasukan kaji selidik sejarah dan bekas menteri telah mendapati bahawa yang negara ini tidak pernah di jajah. Sebaliknya itu semua hanyalah satu lakonan untuk menghiburkan rakyat jelata.

Salah seorang peserta perbarisan yang di temui melahirkan rasa kesal kerana beliau telah berlatih sejak 2 bulan yang lalu. Tiba tiba sambutan hari kemerdekaan di batalkan. Beliau juga hanya mampu menitiskan air mata apabila ditanya tentang perasaan belaiau.

Seorang pekerja swasta pula berkata beliau amat geram kerana selepas ini beliau tidak dapat lagi buat kerja lebih masa pada cuti kemerdekaan. " iyelah bang, mana tak geram kalau takder ot mana la nak cekau duit buat beli barang dapur, bayar sewa rumah, lagipun saya mana ada elaun macam PM" katanya sambil mennyedut rokok daun.

Manakala seorang pelaja pula berkata beliau amat tertekan kerana terpaksa ke sekolah pada 31 Ogos yang akan datang kerana tiada lagi cuti umum. Rata rata orang ramai pula menyuarakan rasa tidak puas hati kerana tak dapat melihat pertunjukan bunga api pada malamnya.

Tiada ulasan: