Jumaat, 23 September 2011

apa yang tak kena dengan gambar ini. 4

gambar dari MK


semua orang buat satu malaysia tapi Mahathir sorang jer yang buat jari 'peace' kenapa yer?

Khamis, 22 September 2011

PANAS : maksud sebenar bendera UMNO

menurut wikipedia:

Sang Saka Bangsa merupakan nama baru yang diberi kepada bendera UMNO. Namanya secara rasminya telah diiktiraf pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Nama Sang Saka Bangsa telah dicadangkan oleh Pemuda UMNO.

Okey mari kita kaji maksud sebenar Sang Saka Bangsa:
 
Sang : merujuk kepada sesuatu seperti sang kancil atau sang bedal.
Saka : saka merujuk kepada jin atau belaan makhluk halus.. contoh mak limah mempunyai saka yang diwarisi dari datuknya.
Bangsa : merujuk kepada sesuatu kaum. Oleh kerana ini parti melayu cuma bangsa melayu sahaja yang boleh menyertainya.. Kalau macam mahathir macam mana? atau macam Zamri Kader MB perak? entah la itu kena tanya Ketua Pemuda Umno Penang.
 
Jadi kesimpulannya bendera ini merujuk kepada pertubuhan belaan atau saka saka yang di warisi oleh orang melayu. Asal saka ini mungkin berasal dari British. Sebab itu namanya UMNO. Jadi sesapa yang nak bersahabat dengan Jin atau saka bolehlah masuk UMNO.
 
hahahahahhahahaha...

Rabu, 21 September 2011

Berita Kusut: Jeanna Henry tak sabar sertai Miss Bikini di Pangkor..


Sydney  21 Sept: Jeanna Henry.. Memang kurang di kenali tetapi bila di sebut JH Cutie pasti ramai yang kenal.. beliau adalah salah seorang peserta yang akan mendaftar untuk acara bikini di Pangkor.

"Ya memang tak sabar rasanya untuk beraksi, pastinya saya akan membuatkan para juri terpegun lagipun apa gunanya pengalaman saya ketika di sek tinggi dulu." beliau di temui secara kebetulan ketika wartawan Rasakusut sedang berjalan jalan di sekitar sydney baru baru ini.

"Malaysia saya sayang  kamu"  itulah tagline bagi beliau katanya lagi.


Satu Malaysia :  JHH cutie


Adun alam shah.. lu boleh blah... harap lu kalah masa PRU nanti..

boleh blah


khas buat adun alam shah.. hari tu lu kata doa masuk tandas lawak .. kepala hotak lu.. ingat doa tu lu yang cipta ke.. lu punya doa takder orang kacau pun.. lepas tu ada hati pulak nak tukar bendera.. gua rasa baik lu yang patut tukar.. gua doakan semoga lu kalah dalam PRU nanti... itupun kalau lu yang bertanding la...

Khamis, 15 September 2011

satu nak cabut bulu satu lagi nak tempeleng mat sabu...

Cabut bulu

dari malaysiakini:
"Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut.
"Tetapi macam saya cakap tadi, kerajaan kena bertindak bijak. Kita bersabar. Tetapi sabar ada batasnya," katanya yang terkenal dengan kelantangannya itu.
Dengan nada amaran, Ibrahim berkata, apabila rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan ia menunjukkan "tanda yang tidak baik dalam negara".
"Jangan rakyat ambil undang-undang dalam tangannya sendiri. (Presiden Majlis Perunding Melayu) Prof (Kamarudin) Kachar kata tadi, kalau jumpa, dia akan tempeleng Mat Sabu.
"Jadi, perdana menteri please (tolong), menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein please bertindaklah dengan tegas daripada sekarang," katanya..

oh cuma disini aku nak bagitau kat encik brahem dan presiden apanamantah...

1) PM cuma boleh cabut bulu ketiak dia dengan ketiak rosmah.. dan Hishammuddin  cuma boleh cabut bulu betis dia dengan betis Anuar zain.
2.) en brahem cakap berapi ni boleh ke jadi calon lagi masa PRU akan datang?

Isnin, 12 September 2011

Gempar.. sambutan hari kemerdekaan di batalkan. Tiada lagi cuti hari merdeka

KL : 12 September. Sambutan hari kemerdekaan yang di tunda pada 16 September ini akan di batalkan menurut satu sumber. Ini kerana sebenarnya kita tak pernah di jajah tambah sumber itu lagi. Menurut risikan team berita Rasakusut pembatalan ini kerana satu pasukan kaji selidik sejarah dan bekas menteri telah mendapati bahawa yang negara ini tidak pernah di jajah. Sebaliknya itu semua hanyalah satu lakonan untuk menghiburkan rakyat jelata.

Salah seorang peserta perbarisan yang di temui melahirkan rasa kesal kerana beliau telah berlatih sejak 2 bulan yang lalu. Tiba tiba sambutan hari kemerdekaan di batalkan. Beliau juga hanya mampu menitiskan air mata apabila ditanya tentang perasaan belaiau.

Seorang pekerja swasta pula berkata beliau amat geram kerana selepas ini beliau tidak dapat lagi buat kerja lebih masa pada cuti kemerdekaan. " iyelah bang, mana tak geram kalau takder ot mana la nak cekau duit buat beli barang dapur, bayar sewa rumah, lagipun saya mana ada elaun macam PM" katanya sambil mennyedut rokok daun.

Manakala seorang pelaja pula berkata beliau amat tertekan kerana terpaksa ke sekolah pada 31 Ogos yang akan datang kerana tiada lagi cuti umum. Rata rata orang ramai pula menyuarakan rasa tidak puas hati kerana tak dapat melihat pertunjukan bunga api pada malamnya.

adakah syarikat komunikasi akan dengar kata menteri?

adakah kamu terfikir bahawa adakah syarikat komunikasi akan dengar cakap menteri... aku fikir mungkin yer atau mungkin tidak.. jika kamu lihat senario sebelum ini adakah syarikat syarikat kapitalis akan mendengar cakap menteri atau menteri yang akan dengar cakap mereka? jawabannya menteri akan berkokok kokok dahulu dan kemudian akan hilang bak embun di rumput.

menagapa? sebab kita kan lihat perkara yang terjadi sebelum puasa yang lalu.. Astro akan menaikkan yuran langganannya.. maka bertempiklah menteri menteri yang kononnya menjaga kebajikan rakyat. ini tidak wajar.. ini membebankan rakyat.. rakyat memang terbeban sebab menteri tak bayar bil apa apa pun sebab dapat elaun.. rakyat yang bayar.. ASTRO kena berbincang.. kabinet tak luluskan.. dan sekarang apa sudah jadi.. sila semak bil astro kamu.. (aku tak langgan astro) betul bukan?

jadi bagi aku semuanya adalah F##K OFF.. temberang saja.. jika menteri betul betul mahu membela nasib rakyat lakukan sesuatu.. bukan hanya bercakap..  6% adalah sesuatu yang besar.. apa sebab nak naikkan cukai sebab kerajaan menaikkan cukai.. jika kerajaan kurangkan cukai maka syarikat syarikat ini mungkin tidak menaikkan cukai.. Mungkin ini jawapannya..

Jumaat, 9 September 2011

mulai 15 september caj 10% untuk setiap pelanggan rumah urut.

sekadar gambar hiasan

Pelanggan rumah urut akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan 10%, demikian menurut industri rumah urut Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis.


Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web persatuan rumah rumah urut satu malaysia untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Pengerusi Persatuan rumah urut satu malaysia  mr. ah ku tak tau berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 2001 memerlukan syarikatrumah urut mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan urut kaki,  urut tradisional, urut batin dan urut B2B .Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan urut mengurut kekal kompetitif berbanding urut pakai kerusi urut,  memandangkan kadar maembawa pekerja dari negara luar sangat tinggi. kebanyakkan tukang urut dari china , thailand dan indonesia. kadang kadang orang tempatan pun ada juga tetapi mereka lebih suka membuat secara freelancer.

Rabu, 7 September 2011

ulasan filem yang aku baru tengok..

1. final destination 5

cerita macam biasa. pelakon macam biasa, cara mati pun macam agak biasa.. dan jika kamu sudah lihat filem yang sebelumnya kamu akan dapat mengagak jalan ceritanya.. semuanya tentang kematian..

1. macam biasa la visual effect yang mengagumkan.. jambatan runtuh yang real.. kematian tragik yang real...
2. kematian buleh terjadi di mana mana jadi sentiasalah beristigfar selalu ok
3. bosan.

rating: 5/10



2. aku tak bodoh. (I'M NOT STUPID) mesti tonton..

filem yang di lakonkan semula oleh pelakon malaysia.. asal filem ini dari singapura(rakan baik najib) maaf takder kena mengena.. ok cerita yang ringan tetapi penuh dengan mesej.. kamu pasti bersetuju dengan aku jika kamu menontonnya.. kisah anak anak yang pelrukan kasih sayang tetapi pastinya tak sama dengan cara dan zaman dulu..

1. pelakon yang bersahaja.. bagus..
2. banyak yang boleh di pelajari dari filem ini.. aku sangat menyokong jika kamu mahu menontonnya..
3. aku rasa tak perlu ulas banyak kamu mesti tonton.

rating: 8/10

Khamis, 1 September 2011

berita yang ingin kita dengar: Muhyiddin seru Najwa berpegang kepada taqwa

 najwa mahiaddin


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kepada anaknya Najwa perlu balik ke landasan yang betul dan berpegang kepada prinsip taqwa.

Sebagai seorang anak pemimpin Islam, beliau berkata anaknya patut selalu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menjadi seorang penyanyi.

Apanama memetik Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan anaknya mendedahkan aurat dan memerdukan suara (menyanyi) di depan lelaki bukan muhrim adalah satu dosa mengikut hukum.



"Kalau dah tersasul dia kena mohon ampun pada Tuhan dan bertaubat supaya tak melakukan sesuatu seperti itu lagi," katanya kepada pemberita semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh hari ini.

Muhyiddin berkata demikian semasa diminta mengulas tindakan anaknya yang membuat persembahan nyanyian di hadapan ramai lelaki ketika melancarkan album nyanyian dan album gambar yang bertajuk jiwa yang tak bersalah.



ketiak di tanya mengapa najwa menggunakan nama mahiaddin beliau menjawab itu akan di jawab melalui satu sidang media yang lain. "lagipun saya kena tanya anak saya dulu la."