Isnin, 1 Ogos 2011

sakit lutut... takder kena mengena dengan Mat sabu ataupun Najib

APA PENYEBAB MASALAH LUTUT?


Pergerakan tiba-tiba atau pukulan yang meregangkan lutut
Osteoarthritis pada lutut, akibat daripada penggunaan kerap bahagian tersebut.
Masalah keradangan lutut boleh juga disebabkan oleh penyakit reumatik tertentu seperti rheumatoid arthritis dan systemic lupus arythematosus. Penyakit ini menyebabkan pembengkakan yang boleh merosakkan lutut secara kekal.

Doktor akan mendiagnosis masalah lutut melalui cara:
sejarah perubatan
pemeriksaan fizikal
ujian diagnostic (seperti x-ray, imbasan tulang, imbasan CAT,MRI, arthroscopy dan biopsy)


BAGAIMANA MENCEGAH MASALAH LUTUT

sesetengah masalah lutut tidak boleh dicegah terutamanya jika diakibatkan daripada kemalangan. Tetapi kebanyakan masalah lutut boleh dicegah dengan cara :

Melakukan pemanasan badan sebelum bersukan. Berjalan dan regangan adalah senaman yang sesuai.
Meregangkan otot di bahagian depan dan belakang paha adalah cara sesuai untuk memanaskan bahagian lutut.
Jadikan otot kaki kuat dengan melakukan senaman tertentu.
Elakkan perubahan secara tiba-tiba dalam senaman yang selalu dilakukan.
Pakai kasut yang sesuai dan dalam keadaan baik.
Kekalkan berat yang sihat kerana berat yang berlebihan memberi tekanan pada lutut.

Senaman yang sesuai bagi mereka mengalami masalah lutut. Terdapat tiga jenis senaman yang sesuai bagi mereka yang mengalami arthritis ;
Senaman pergerakan berjarak kerana ia dapat membantu atau meningkatkan kelenturan.
Senaman menguatkan otot kerana otot yang kuat melindungi sendi.
Aerobik atau senaman ketahanan badan kerana senaman ini dapat meningkatkan fungsi jantung dan peredaran darah. Ia juga dapat membantu mengawal berat badan.

Tiada ulasan: