Isnin, 9 Mei 2011

kisah di suatu kampung..

suatu pagi yang hening..

"maknyer.. kenapa la awak buat kopi ni kurang manis? apa gula dah habis ker?" kata Pak Ismail Sabri sambil menghirup kopi panas. matanya tak lekang membaca Utusan Meloya.
" hoi paknyer.. awak tak ingat doktor kata apa? kan kencing manis awak tu masih  tinggi lagi.. nak kena potong kaki ker paknyer" kata Mak Muhaini kepada lakinya itu. "apa la awak ni.. awak takkan tak tahu saya punya kegemaran, mana buleh kurang manis. tak sedap" kata  Pak Ismail Sabri lagi.

" saya bukannya apa bang, gula sekarang ni dah naik harga.. mana buleh taruk banyak banyak.. lagi pun saya ni menyahut seruan kerajaan supaya makan makanan yang kurang gula" kata Mak Muhaini. " isk tak tahu la apa nak jadi sekarang ni.. semua barang naik harga. hari tu minyak pastu gula lepas ni apa lagi yang nak naik tak tahu la saya" bebel Pak Ismail Sabri.

isterinya hanya tersenyum hambar mendengar bebelan suaminya. tetiba dia teringat " eh bang! anak kita si Dafi tu ada tepon tadi. dia cakap album gambar dia dah siap cuma tak pegi amik lagi. dia suruh abang pakai dulu duit abang pegi ambik kat kedai ah chai"

"iyelah nanti lepas mesyuarat nanti saya ambik. hah bawak sini songkok tu sebab saya pun dah lambat dah ni nak pegi mesyuarat UMNE. kang melepas pulak jawatan ketua bahagian"

mr edz: nama nama di atas adalah rekaan penulis tiada kena mengena dengan orang yang hidup atau yang telah mati dan tiada kena mengena dengan berita gula naik harga.. Tahniah kepada raja gula di Malaysia kerana anda bertambah kaya.

1 ulasan:

pakwe neelofa berkata...

raja gula skang bukan si cina lg dah bro...si melayu skang...

nasib la jadi rakyat malaysia