kepada tuan pengarah Jabatan Bekalan Air Pahang..
saya dengan rendah diri ingin mengadu kepada tuan bahawa kawasan di kampung di Felda Keratong 3 kerap mengalami gangguan bekalan air. pada hari ini untuk yang kesekelian kalinya lebih kurang jam 10 pagi air di pili sudah tiada. yang ada hanyalah desiran angin sahaja. (ketika saya menulis inipun air masih tidak keluar dari paip)
tuan, mengikut maklumat dari adik saya memang kerap air tiada. entah mengapa saya pun tak tahu. menurutnya lagi baru dua hari gangguan tidak berlaku. ini bermakna memang dalam seminggu gangguan pasti akan berlaku.
tuan, saya telah pun menelefon pihak tuan, dan telah memberikan butir butir diri saya dalam pukul 2.30 ptg tadi. terima kasih di ucapkan kepada anggota tuan kerana melayan aduan saya.
tuan, adakah perlu PilihanRaya baru nak di selesaikan masalah ini? perlukah saya melapor perkara ini ke Najib Tun Razak baru nak diselesaikan masalah ini..? mungkin Najib sedang bingung sekarang sebab sebagai PM macam macam nak di selesaikan. lagipun minyak ron 97 sudah naik harganya malam tadi.
tuan, jika masalah air seperti ini tidak dapat diselesaikan macam mana jika nanti air di pahang di salurkan ke selangor. adakah masalah ini semakin rumit? di negeri pahang ini tiada 20m padu percuma seperti di selangor. beruntung jugak saya menetap di selangor. walaupun ada air percuma tetapi gangguan kurang terjadi.
saya amat berharap jika masalah yang membelenggu penduduk di sini dapatlah di selesaikan secepat yang mungkin. sekian terima kasih
pesanan buat tuan pengarah:nak harap YB (dun bkt. ibam)kat sini jarang nampak muka (saya pun tak kenal, lagipun mak saya cakap orang kat sini bukan suka sangat kat YB ni, nasib dia wakil BN jer orang kampung sini undi kalau tak tak jadi YB la jawabnya)nak ngadu kat Jamaluddin Jarjis dia dah pegi US.
mr edz: sesapa yang baik sila post kat blog anda.
5 ulasan:
Tunggu pilihan raya.
http://keazamanmalaysia.blogspot.com/2011/04/tiz-zaqyah-tak-bayar-bil-airohbulecom.html
bro tengok bro...
harharhar
air sudah pulih seperti sediakala pukul 8.30 malam. tak tahu sampai bila ok.. ptg ini sudah mahu balik ampang
Salam Yob Edz, ha ha...buat surat ni banyak2, lebih2 lagi dekat PRU! Heran, kat Msia yg banyak ujan setahun buleh ada masalah air!
nasib baik takder salji kalau tak lagi teruk hehehe
Catat Ulasan