Jumaat, 15 April 2011

drama tv yang membuatkan aku bosan


sekarang ni banyak drama tv. tentunya drama melayu la. drama indon pon banyak. bukannya tak bagus ceritanya tapi kadang ada beberapa babak yang membosankan aku. baik layan filem mat sentul. lagi ada seronok.

1. penggunaan bahasa Inggeris yang melampau. dari kecik aku tengok drama tv. mesti paling koman pun I dengan U. masa tu aku terpengaruh orang yang duduk kl nak kena cakap I, U. tapi hakikatnya bukan. rupanya penggunaan begitu amatlah kurang. (tak tau la bagi golongan anak anak orang berada).

2. jika ada scene berbincang/ gaduh couple mesti nak sembang tengah panas. tak pun mesti kat meja makan. bila gaduh je yang pompuan tuang air kat laki. bosan la...

3. bila sakit mesti panggil doktor. ikut logik sempat ke doktor tu datang dengan sepantas kilat. bila kena tahan wad pulak mesti wad kelas satu. tak kira la berlakon sebagai apa. contoh berlakon sebagai pak mail tukang kebun sekolah.

4. drama indon pulak mesti ada scene perlahan sambil lagu latar di kuatkan. dah tu mesti ada watak yang teramat baik lagi super sensitif. sikit sikit menangis. seolah olah memang senang di buli.

5. bab orang jahat. jahat taraf biasa. lepak kat rumah sambil main terup.

6. cerita polis. hahahahaha.. sila lihat polis yusof haslam.

2 ulasan:

MOH KEMBARA berkata...

Salam Yob Edz,, betoi2 akak setuju. Lagi satu kalau minum kat restoran mesti ada oren jus!

pakwe not dead berkata...

diorang buat mcm tu kerana menyahut seruan kerajaan...hahaha