Ahad, 23 Januari 2011

duit kerajaan duit umno kata Markom Giran

Muhyiddin: Elok bagi guru setia kepada Umno/BN

(di ubah dari Malaysia kini)

Kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru-guru di negara ini tetapi selain kesetiaan kepada negara, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, adalah elok bagi guru juga supaya setia kepada Umno.

"Kita tidak akan mempersoalkan. Selain dari setia kepada negara, elok juga kita setia kepada Umno.

tenang by election nomination day 220111 shahidan kassim muhyiddin yassin"Sebab guru merupakan penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati, diberi penilaian yang tinggi. Guru jadi pemimpin dalam masyarakat, maka kita mahukan supaya sikap untuk kebersamaan antara Umno dan tenaga yang penting seperti guru selalu ada di situ,” katanya kepada Bernas.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran Umno berkata, guru sebagai seorang pemimpin perlu sentiasa mempunyai sikap kebersamaan kepada kerajaan supaya dapat menjayakan agenda pembangunan negara terutamanya Najib Kerja Rosmah Arah (NKRA) dalam bidang pendidikan.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran program Bangkit Guru Untuk Umno (B-GUN) peringkat Johor, di Pagoh, hari ini. Hadir sama, Pencacai Pelajaran Umno Johor, Markom Giran.

Markom menimbulkan kontroversi awal bulan ini apabila kegiatannya berkempen untuk BN di Tenang dirakamkan dan disiarkan melalui Youtube.

Dia bagaimanapun menafikan (tetapi menganggukkan kepala) tuduhan tersebut dan mendakwa beliau hanya mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan".
Kata Markom, beliau tidak berkempen tetapi berucap kepada kakitangan bawahannya dan tindaklan itu merupakan "hak kami untuk mengenalpasti (parti politik) yang guru kami sokong,".

Tambahnya lagi, jika guru-guru didapati menentang kerajaan, maka mereka akan dihantar mengikuti kursus atau ditukar ke negara negara afrika supaya mereka faham bahawa sebagai kakitangan awam, mereka tidak boleh menentang dasar kerajaan (Umno).

Markom menjelaskan bahawa sebagai kakitangan awam, mereka merupakan pelaksana dasar kerajaan dan kerana itu, mereka mesti mengikuti apa sahaja dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah.

Katanya, mereka makan gaji dengan kerajaan dan oleh itu, mereka tidak seharusnya menentang kerajaan, tetapi mematuhi apa juga dasarnya. walaupun dasar itu bertentangan dengan Al-quran dan Sunah.

Akibat tindakannya itu, PAS Johor pada 7 Januari lalu, membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor itu mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.


mr edz: kepada encik Markom.. cikgu makan gaji dengan kerajaan.. melalui perbendaharaan negara.. bukan Umno yang bayar bongok.. kau ingat duit kerajaan tu duit Umno ker.. sia sia je jadi pengarah tapi bodoh..

5 ulasan:

pakwe berkata...

tubuh milik tiz.. milik aku jugak..

pakwe berkata...

tubuh milik tiz.. milik aku jugak..

pakwe berkata...

tubuh milik tiz.. milik aku jugak..

Tanpa Nama berkata...

MR EDZ: KO LAGI BODOH! X JADIK APE2.. XDE SUMBANGAN APE2.. BUAT DOSA JEK KUTUK ORG! SIA2 TEMPAH TIKET KE NERAKA..

mr edz berkata...

nampaknya tanpa nama tak tahu sapa yang bodoh.. kesian. anda ketua bahagian Umno ke?