Selasa, 4 Januari 2011

berita gempar.. minyak nak naik harga,.. (minyak urut)


Harga minyak urut tidak naik, bekalan mencukupi

04/01/2011 4:60pm

PETALING JAYA 3 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Keperurutan memberikan jaminan bahawa harga minyak urut tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Timbalan menteri kementerian berkenaan, Datuk Tan lenseng song berkata, jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak urut mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Urut Malaysia (MMOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua rumah urut.

Beliau berkata, kekurangan minyak urut disebabkan pelangganan panik berikutan khabar angin bahawa harganya akan dinaikkan.

"Minyak urut memang cukup maa.. . Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini.

tinjauan mendapati rumah rumah urut di sekitar lembah klang penuh dengan pelanggan.

"Kabinet belum mencadangkan untuk menaikkan harga (minyak urut), jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas melawat Massage B2B di Mutiara Damansara hari ini.

Minyak urut adalah salah satu barang kawalan yang disenaraikan oleh kementerian itu. selain jenis minyak urut termasuk minyak lintah dan minyak angin cap kapak.

lenseng song berkata, kementerian itu memantau keadaan ini dan memberikan amaran bahawa peniaga yang menaikkan harga barang berkenaan akan menghadapi risiko untuk didakwa mengikut Akta Anti-Pancutan Awal. — Bersama.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

minyak masak ke minyak urut?


MASUK AKAL KAH

mr edz berkata...

minyak lain yang naik daa