Jumaat, 31 Disember 2010
tiger show? apa nak heran siap ada LIVE lagi hari tu..
Selasa, 28 Disember 2010
bukti FELDA tak bangkrap.
Isnin, 20 Disember 2010
apa yang tak kena dengan gambar ini 2
Jumaat, 17 Disember 2010
anwar pluralisme? marina mahathir pulak nak gelar apa?
aku terbaca kat bawah ni:
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang ahli politik beragama Islam di negara ini yang didapati sering membawa mesej fahaman pluralisme agama sama ada dalam bentuk tindakan mahu pun dalam bentuk ucapan.
Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Yusri Mohamad (gambar) berkata, ia berdasarkan kepada satu siri ucapannya di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided Worldapabila Anwar dengan jelas menyokong fahaman tersebut. bla .. bla.. bla.. lanjut kat sini
sekarang mari kita lihat apa maksudnya.. menurut wikipedia..(bukan wikileaks):
Pluralisme agama merupakan konsep yang luas tentang penerimaan agama-agama yang pelbagai. Antara fahaman ini adalah:
- Tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain.
- Penerimaan kebenaran wujud dalam dua atau lebih agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh agama-agama tersebut.
- Menggalakkan kerjasama dan dialog antara agama-agama yang berbeza bagi meningkatkan persefahaman.
- Digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada keadaan hidup bersama secara harmoni di antara penganut agama yang berbeza.
dan sekarang mari kita imbas ke tahun 2007 (taksilap) kembali siapa yang paling pluralisme ...
Surat Jemputan dari Datuk Marina Mahathir,
Dear friends,
You are cordially invited to a multifaith doa selamat
on Sunday Sept 9 2007
at 7pm
at Blog House, 66, Lorong Setiabistari 2, Bukit Damansara, KL
Programme:
7pm Arrival of guests
7.15pm Maghrib prayers led by Imam Feisal Abdul Rauf
7.30pm Prayers by each faith to be led by:
Archbishop Murphy Packiam, Christian Federation of Malaysia
Swami Samyam Ananda, Divine Life Society (Hindu prayers)
Mr BS Tan, Federation of Taoist Associations of Malaysia
Buddhist community (TBC)
Sikh community (TBC)
Baha'i community (TBC)
Imam Feisal will end with a doa.
8.00pm Dinner
(Times are approximate)
Please do join us if you can. The gathering is to do a thanksgiving to
God Almighty for my father's successful operation and continued
recovery. It is also an opportunity for us to thank all well-wishers for
the kind prayers and support that they have extended to me and my
family.
Thank you.
Marina and family
okay.. aku bukannya penyokong fanatik anwar cuma nak ingatkan ahli panel tingkap tu jer... kalau nak tegur biar tegur semua...
Selasa, 14 Disember 2010
adakah anda pernah terfikir...
Jumaat, 3 Disember 2010
talkin untuk diri sendiri.... sila baca...
Bismillahhirrahmannirrahim.
Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mat
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati
kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr
Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”
Khamis, 2 Disember 2010
pasal apa UMNO kecoh TPM cina.. ini dia berita lama.. mahathir kata bukan aku kata...
aku petik berita lama punyaDR MAHATHIR YAKIN PM BUKAN MELAYU PADA MASA DEPAN |
KUALA LUMPUR, 17 Jun - Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau yakin suatu hari nanti apabila warganegara keturunan Cina atau India dapat diterima oleh semua kaum, jawatan perdana menteri tidak lagi disandang oleh keturunan Melayu sahaja. Demikian juga Bumiputera bukan Melayu mungkin menjadi perdana menteri negara ini, katanya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MCA ke-47 di sini, hari ini. "Proses ke arah ini sudah berjalan. Percayalah, jika kita semua sensitif terhadap citarasa rakyat Malaysia, soal kaum dan keturunan tidak lagi akan menghalang sesiapa rakyat Malaysia daripada memegang apa-apa jawatan," katanya. Perdana Menteri berkata parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA perlu berusaha ke arah ini dengan pendekatan yang unik bagi Malaysia. "Bekerjasamalah dalam bidang politik, ekonomi dan sosial dan kita semua akan dapat menghapuskan perkauman dan menerima siapa sahaja daripada rakyat Malaysia untuk menjadi perdana menteri dan mengisi apa-apa jawatan," katanya. Dr Mahathir yang juga pengerusi BN berkata sesiapa sahaja daripada apa jua bangsa berhak menjadi perdana menteri kerana perlembangaan Malaysia tidak menyebut keturunan perdana menteri. Semasa bercakap kepada pemberita kemudian, beliau berkata pelantikan bukan Melayu sebagai perdana menteri bergantung kepada penerimaan rakyat. "Inilah sebabnya kita (BN) tidak mahu terlalu menekankan terhadap perbezaan. Kita mahu menekankan kepada persamaan," katanya. Beliau berkata demikian semasa ditanya dalam jangka masa bila seorang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri negara ini. Ditanya lagi sama ada ia boleh berlaku semasa hayatnya, Dr Mahathir " berseloroh: "ia bergantung kepada berapa lama saya hidup." Ditanya sama ada kata-katanya ini akan diterima baik oleh anggota Umno, Dr Mahathir berkata: "Saya rasa secara umum Umno akan menerimanya... mereka akan menerima pemimpin yang berdedikasi terhadap negara. "Saya bukannya cuba untuk melakukan sesuatu yang akan menambahkan rasa tidak suka mereka (anggota Umno) kepada saya, saya hanya berkata yang sebenarnya." Ditanya sama ada ini bermakna bukan Melayu akan diberikan lebih tempat dalam kabinet, Dr Mahathir berkata ia tidak mustahil sekiranya perasaan perkauman sudah terhakis dan seseorang itu tidak lagi dikenali melalui bangsanya. Dalam ucapannya, Dr Mahathir turut berkata Malaysia adalah milik rakyat bersama dan sejak Merdeka semua kaum berjaya merapatkan hubungan antara mereka. "Sebenarnya kadang-kadang kita begitu "Malaysian" sehingga kita tidak dapat mengenali seseorang itu daripada kaum yang sama. Daripada segi pakaian dan budi bahasa, Melayu dan Bumiputera sukar dikenali sebagai berlainan daripada keturunan Cina atau India," katanya. Menyentuh Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dr Mahathir berkata dasar itu menunjukkan bahawa peningkatan ekonomi Bumiputera tidak menjejaskan kemajuan ekonomi bangsa lain. Menyedari bahawa ada orang Cina yang tidak berpuas hati dengan DEB, Dr Mahathir berkata terdapat juga kaum Bumiputera yang tidak berpuashati dengan DEB. "Jika kita berkongsi dan bekerjasama, bilangan mereka yang tidak puashati ini akan berkurangan," katanya. Bila ditanya pemberita bahawa terdapat dakwaan DEB telah mencetuskan perpecahan antara kaum, Perdana Menteri berkata sebaliknya dasar itu telah membantu proses integrasi kaum. "Di sesetengah negara yang tidak mempunyai dasar sedemikian, mereka lebih berpecah dan tidak mengiktiraf bangsa. Mereka mendakwa mereka adalah satu negara tetapi jauh di dalam mereka berlainan," katanya. Dalam ucapannya, Dr Mahathir turut menyentuh mengenai baiknya jika orang Cina dan Bumiputera mengadakan lebih banyak perkongsian perniagaan yang tulen dengan rakan Bumiputera memainkan peranan yang bermakna yang memberi kepada mereka pengalaman dan kecekapan. "Perkongsian Ali Baba di mana Bumiputera hanya menjadi "front" (topeng) tidak menolong proses pemindahan kecekapan dalam bidang perniagaan,"katanya. Beliau percaya jika rakan kongsi Bumiputera diberi peranan yang bermakna, sumbangannya kepada perniagaan tetap bernilai. Katanya, jika Bumiputera maju dan sama kaya dengan kaum-kaum lain, kemajuan negara ini tetap akan meningkat tinggi dan pendapatan purata Malaysia akan menjadi jauh lebih baik. |