Jumaat, 28 Jun 2013

berita rasakusut :Jualan Tiket habis.. Seorang Jemaah Pengsan.




JOHOR BAHRU - Penjualan tiket untuk saf pertama, kedua dan ketiga untuk solat isyak dan subuh ahad ini  di masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru  kecoh apabila jemaah berasak asak sehingga menyebabkan seorang lelaki cedera akibat dirempuh.


Bagaimanapun, terdapat juga jemaah  yang pulang dengan tangan kosong apabila tiket habis dijual apabila kaunter mula dibuka pukul 7.30 pagi.

Atas beberapa sebab, kaunter jualan terpaksa ditutup beberapa kali ekoran kesesakan di hadapan empat kaunter yang dibuka selain jumlah tiket yang amat terhad.

Seorang jemaah, Nazarudin Samsudin, 44, berkata, dia yang berasal dari Pontian tiba di masjid pukul 12.30 tengah malam semata-mata untuk memastikan dapat membeli tiket bagi mendapat saf pertama solat subuh dan isyak  ahad ini.
"Saya sangka sayalah orang terawal yang tiba, tetapi sebaliknya apabila kira-kira 100 orang sudah berada di hadapan kaunter dan ada juga yang tidur di sini.
"Nasib baik saya dapat membeli tiket kerana ramai juga yang datang pada waktu pagi tidak dapat beli tiket kerana ia sudah habis," katanya.

Nasib berbeza dialami Mohd. Razli Mohamed, 19, dari Pasir Gudang yang terpaksa pulang dengan kosong apabila tiket yang dijual dua keping setiap seorang,kehabisan.
"Saya masih fikir cara untuk mendapatkan tiket dan mungkin akan pergi ke masjid esok (hari ini) untuk beli dari ulat 
tiket ," katanya.

Kira-kira 3,000 jemaah mula membanjiri pekarangan masjid tersebut, termasuk ada yang sanggup tidur di hadapan kaunter jualan seawal pukul 12 tengah malam bagi mendapatkan tiket berkenaan.

Keadaan sama juga di laporkan berlaku di sebuah masjid di Kota Bharu kelantan.

Tiada ulasan: