Selasa, 18 Jun 2013

berita rasa kusut (berita tipu) : Wartawan Majalah Mangga di larang mengahdiri sidang media Ahmad Maslan.



kah kah kah kah....


Majalah Mangga hari ini dilarang daripada menghadiri sidang media Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Persekutuan (KWSP) di Kuala Lumpur.

Walaupun dibenarkan menunggu di bilik lounge bersama pengamal media lain yang sedang menunggu Ahmad, pemberita kemudian dimaklumkan bahawa Majalah Mangga tidak dibenarkan menyertai sidang media itu.

Sidang media itu dijadual berlangsung selepas lawatan kerja Ahmad di ibu pejabat KWSP.

Langkah ini bukan kali pertama. Mangga sebelum ini tidak dibenarkan menyertai sebarang acara Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra dan ibu pejabat Umno.

Di ibu pejabat Umno, portal berita hiburan ini dilarang memasuki bilik pemantauan pilihan raya pada 5 Mei. Mangga juga pernah dilarang menyertai perayaan ulang tahun Umno di PWTC tidak berapa lama selepas pilihan raya umum.

Tiada ulasan: