Isnin, 8 April 2013

Mukhrizee: BN mampu turunkan harga rumah urut


Mukhrizee: BN mampu turunkan harga urut
 

Janji BN untuk menurunkan harga pakej urut antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun  adalah realistik dan mampu dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri urutan eebatin  badan Datuk Mukhriz Tun Dr MM

Beliau berkata kerajaan telah lama berhasrat untuk menurunkan harga urutan batin dan B2B tetapi mengambil masa untuk membuat perincian teliti bagi memastikan hasil kerajaan tidak terjejas dan pada masa sama rakyat dapat menikmati harga urutan yang lebih rendah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas Manifesto BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 selepas melancarkan Kelab Pembaca Majalah Mangga atau Mangga Fans semalam.

Manifesto BN bertajuk ‘Menepati Masa, Bukan Lagi Janji Melayu, Janji manismu dan Menaruh Harapan’ yang dilancarkan oleh pengerusinya Datuk Seri Rosmahjib Tun Razak semalam berjanji untuk menyemak semula Dasar Spa dan Urutan Nasional bagi mengurangkan harga pakej urut secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing antara rumah urut.

Menyentuh tentang penubuhan Kelab Pembaca Majalah Mangga,  Mukhrizee, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Omno  Kedah, berkata ia antara lain bertujuan membantu kira-kira 2,000 pengundi Jerlun di Lembah Klang  balik ke kawasan masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab semasa PRU-13 nanti.

Bernasi.

Tiada ulasan: