Isnin, 22 April 2013

berita rasakusut : MB sementara Johor : Chua Soi Lik mungkin jadi PM jika undi Umno




Calon Be eNd untuk kerusi parlimen Gelang si paku geylang Datuk Saad bin saat memberi amaran kepada pengundi kawasan tersebut bahawa presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lik mungkin menjadi perdana menteri sekiranya mereka memilih lawannya, Lim Dan dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Menteri besar dalam kerajaan sementara Be eNd Johor itu berkata, beliau bimbang dengan keadaan tersebut.

“Apa yang beliau akan lakukan pada kita... betul , betu betul,” katanya dalam ucapan tersebut.

Ditanya mengenai sumber maklumat tersebut, Ghani sekadar berkata, beliau mengetahui perkara itu daripada majalah Mangga dan URTV.

Be eNd bagaimanapun, terutamanya MCABCD, sering memberi amaran kepada pengundi Cina bahawa PAS, yang mempunyai kekuatan jentera dan keanggotaan paling besar berbanding parti lain dalam Pakatan, akan menuntut kedudukan perdana menteri sekiranya menang.

UM No pula di satu sudut lagi cuba meyakinkan pengundi Melayu bahawa DAP akan menjadi kuasa dominan dalam Pakatan tersebut. Entah yang mana satu betul pun pihak editor Rasakusut tidak tahu. 

Tiada ulasan: