Jumaat, 29 Mac 2013

berita rasakusut : Harian Meteroid tolak iklan rumah urut




Hasrat sebuah kedai urut untuk menyiarkan iklan program diskaun 20% untuk urutan B2B ditolak oleh sebuah akhbar utama berbahasa Melayu.


Difahamkan bahawa akhbar Harian Meteroid tidak mahu menjual ruang iklan kepada pengusaha rumah urut.

"Kami mahu membeli iklan bagi program diskaun 20% urutan B2B tetapi di tolak" kata pengusaha yang terpaksa di rahsiakan namanya.


"Kami pergi ke Harian Meteroid dan mereka berkata sekiranya iklan daripada rumah urut atau perjudian, mereka tidak menerimanya," kata presiden rumah rumah urut en XXX dalam sidang medianya pagi ini.


Bercakap selepas merasmikan sebuah rumah urut kaki dan tangan  berkata Harian Meteroid kekal dengan pendiriannya itu sekalipun dimaklumkan iklan tersebut tidak bersifat politik dan ia adalah sebahagian dari program Transformasi Kerajaan  dan sama seperti skim rakyat 1Malaysia.
"Ini satu yang perkara yang pelik di Malaysia... Kami mahu memberi duit, tapi mereka tak mahu," katanya.

Rasakusut  telah menghubungi bahagian pengiklanan NSTP, tetapi gagal mendapat penjelasan lanjut daripada mereka.

Tiada ulasan: