Jumaat, 25 Januari 2013

prihatin: bantulah anak ini...




Doktor pakar telah mengesahkan adik Hasif Ammar 

mengalami 'lerenggomalasia' dimana bahagian tekaknya 

lembut dan tidak boleh menelan secara normal.

Description

ZAIDAH IBRAHIM - Ibu

154035351774 Maybank
Tel: 012-3529153




Pada tanggal 18 Februari 2010 lahirlah seorang anak yang cukup istimewa yang diberi nama Hasif Ammar bin Hamizan dengan berat 3.4 kg. Lahirnya anak ini terus dimasukkan ke wad NICU untuk perhatian sepenuhnya oleh pihak hospital.  Anak saya mengalami masalah pernafasan pada peringkat permulaanya.  Hasif tidak boleh bernafas sendiri dan dperlu dibantu dengan oksigen.  Selama lebih kurang 3 bulan Hasif tinggal di hospital. Doktor pakar telah mengesahkan anak saya mengalami 'lerenggomalasia' dimana bahagian tekaknya lembut dan tidak boleh menelan secara normal.  Setelah M.R.I dibuat didapati antara bahagian otak kiri dan kanan anak saya tidak normal seperti kanak-kanak lain. Dari mula lahir anak saya menggunakan tiub dibahagian mulut untuk saluran minuman dan makanan.

Mengikut penerangan doktor segala perkembangan anak saya besar kemungkinan akan agak terlewat. Demi manjaga anak istimewa saya ini saya telah mengambil cuti tanpa gaji kerana menurut doktor pada peringkat permulaan anak saya memerlukan perhatian yang lebih memandangkan dia menggunakan tiub untuk menyusu sepanjang masa. Sehingga ke hari ini dia masih belum lagi pandai melakukan apa-apa aktiviti seperti kanak-kanak normal yang lain.

Disepanjang tempoh tersebut saya menghadapi masalah kewangan yang amat kritikal dan dalam waktu yang sama anak saya memerlukan pemakanan dan susu yang baik untuk tumbesarannya. Saya juga terpaksa membuat pinjaman dengan ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan ramai lagi bagi menampung keluarga.  Kehidupan saya dari sehari ke sehari bertambah sulit dan hutang terlalu banyak sehingga saya tidak tahu sumber mana lagi yang perlu dicari bagi membantu dalam membesarkan anak saya ini.  Ibarat jatuh ditimpa tangga.  

Pada tahun 2012 yang lalu doktor telah mengesyorkan untuk anak saya mengguna tiub di perut supaya memudahkan minuman dan makanan terus sampai ke perut.  Setelah menggunakan tiub (button) selama 2 bulan didapati telah rosak dan perlu diganti.  Pada bulan Jun yang lalu button tersebut telah saya ganti.  Baru-baru ini button tersebut telah rosak semula dan perlu diganti lagi.  Dugaan demi dugaan mendatang tanpa diduga.  Walaubagimanapun saya tetap bersyukur serta redha di atas ujian dan dugaan yang diberi terutama sekali dengan kehadiran cahayamata istimewa dalam kehidupan saya. Namun semuanya harus diharungi walau seberatmana sekalipun ujian yang datang.  Senyuman dari Hasif sudah cukup memberikan kekuatan sepenuhnya untuk mengharungi segala cabaran.   


ps: kepada blogger-blogger silalah sebarkan juga post yang ini

Tiada ulasan: