Sabtu, 1 Disember 2012

Berita rasakusut : Perwakilan Omno Menangis bila di nyanyikan lagu Selimut Putih.




Para perwakilan dan pimpinan di Perhimpunan Agung Omno ke-66 hari ini bangun berdiri dalam keadaan terharu dan ada di antara mereka yang menangis dek tersentuh dengan seorang perwakilan kelab Omno luar negara yang menyanyikan lagu "Selimut Putih".


Ia merupakan sebuah lagu mengenai kematian yang akan menjemput tak kira sama ada tua atau muda, Pm atau TPM. Lirik lagu yang dinyanyikan oleh wakil Kelab Omno Mongolia Afir Zulkifleee  antara lainnya menyebut: "Janganlah mahu dikenang-kenang, Engkau digelar manusia agung, Sedarlah diri tahu diuntung, Sebelum masa keranda diusung,"

Turut menyanyikan lagu itu ialah Pengerusi Tetap Tan Sri Amiruldina Bahruldin, Nazri Aziz dan anaknya, juga tak ketinggalan Rusmah, Najwa anak TPM, Anuar Zain. dan juga para perwakilan.

Beliau kemudiannya melaungkan slogan "Amal Maaruf Nahi Mungkar!" beberapa kali yang turut diikuti para perwakilan.

Lagu berkenaan diajar kepada individu yang mengikuti kursus di agensi kerajaan dan juga kepada siswa yang melanjutkan pelajaran ke luar negara supaya sentiasa ingat kematian tak kira masa.



Tiada ulasan: