Isnin, 13 Ogos 2012

Berita rasakusut : NGO ancam tindakan agresif kepada pusat hiburan pada malam kemerdekaan.




Kumpulan KOTOR, mengancam untuk bertindak agresif ke atas sesiapa yang merancang untuk berurut di pusat pusat urut B2B atau ke kelab malam dan dangdut ketika sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos.

NONELaporan Berita Hari - hari  hari ini memetik kenyataan pengerusi KOTOR, Datuk Jemal Md Yunus yang "bosan dengan permainan politik" yang didakwa " merugikan moral masyarakat"

"Kali ini kita akan bertindak agresif serta tidak membenarkan perkara ini berlaku dan mereka tidak dapat menjangka tindakan yang diambil.


"Kita yang mempunyai 98 ahli akan membincangkannya pada perhimpunan ketika Aidilfitri. Mereka berniat mencemarkan sambutan ambang Hari Kemerdekaan," kata pemilik rangkaian restoran Sin Chan Ikan Rebus itu dalam laporan tersebut.

Beliau juga menambah sepatutnya orang ramai mengenang kembali orang orang terdahulu yang berjuang menuntut kemerdekaan dan bukannya pergi berurut atau ke tempat hiburan seperti disco dan dangdut.

Kita menuntut supaya kerajaan bertindak mengeluarkan arahan supaya semua pusat urut dan hiburan di tutup pada malam itu. Ini kerana negara ini adalah sebuah negara Islam sambil merujuk kepada kenyataan Dr Mahader.

Tiada ulasan: