Rabu, 15 Ogos 2012

berita rasakusut : Harga Minimum Urut RM 50 Sejam.


Harga minimum Urut ditetapkan RM50 sejam


PUTRAJAYA 14 Ogos - Kerajaan menetapkan harga minimum bagi khidmat urut di semua pusat urut adalah RM 50 sejam tidak termasuk pakej pakej lain.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Soii  Leeke berkata serentak itu, kerajaan turut memansuhkan semua jenis diskaun yang ditawarkan oleh pusat urut. 


"no more happy hour" katanya lagi

“Mulai 1 Sept 2012, semua diskaun pakej urut akan dimansuhkan...semua pusat urut dan spa tidak boleh mengadakan diskaun. Pelarasan diskaun harga khidmat urut dimansuhkan. Hanya satu harga minimum iaitu RM50 untuk sejam".


Ini adalah untuk membendung kegiatan rumah urut tanpa lesen dan mengalakkan masyarakat menjaga kesihatan.

Ditanya pakej urutan yang lain beliau menambah harga itu hanya untuk pakej urutan asas tidak termasuk urutan batin, B2B, urutan ais dan lain lain. Itu terpulang kepada pengusaha.

" jika ada pusat urut yang menawarkan harga lebih murah dari ini orang ramai boleh membuat aduan ke KDN atau pejabat wakil rakyat BN".