Selasa, 10 Julai 2012

Tips berhenti merokok ketika ramadhan dari rasakusut.



Aku dah berhenti hampir 3 tahun (rasanya) dari merokok sejak dari ramadhan.Ini namaya berkat ramadhan. Rokok kegemaran aku adalah sallem.. fuhh memang asyik melayan sallem... keh keh.. ok kalau kamu mahu berhenti merokok ini caranya... bila nak merokok tu kamu bayangkan kamu mencium rosmah mansur hahahahahaa....  lawak jer... ok ini caranya :

1.  Tekad dan berdoa pada Allah.
2. Cuba kamu fikir sudah hampir 12 jam anda tidak merokok.. dan selepas berbuka anda mahu merokok bukankah sesia saja usaha kamu untuk berhenti.
3. Hari ketiga adalah hari yang paling kritikal di mana badan kamu akan terasa mengeletar kerana kamu terasa tingin ingin merokok. Tahan dan minum air masak sebanyak yang mungkin.
4. Jika kamu berduit aku sarankan supaya kamu membeli ubat berhenti merokok. Percayalah, ia akan membantu peratusan untuk berhenti.
5. Tahan telinga kamu dari kejian rakan rakan perokok kamu. Itu adalah keputusan kamu dan juga duit kamu. Lainlah kalau duit komisen kapal selam.
6. dari pengamatan aku, rasa ingin merokok itu tetap ada walau sudah bertahun tidak merokok. Jangan di layan kan sangat. Seperti aku keinginan tu memang ada tapi tidak lah sekuat bulan yang pertama aku berhenti. Keinginan itu seperti kamu ingin berkahwin lagi tetapi kamu takut.. hahahahaha....

P/S : yang penting kamu dapat kawal diri kamu. Berdoalah kepada Allah semoga berjaya...

Tiada ulasan: