Isnin, 30 Julai 2012

sebab apa anda tidak mengibarkan bendera malaysia pada bulan kemerdekaan?


kenapa agaknya ye.. sejak dua tiga tahun kebelakangan ni aku terasa ramai orang seperti tidak mahu mengantung bendera baik di kenderaan atau rumah. Adakah kamu semua perasan? Ada beberapa sebab aku tak mau kibar bendera. Adakah kamu pun sama seperti aku?

 Aku terasa seperti penyokong Umno jika aku meletakkan bendera pada kereta aku. Sebab aku rasa hari kemerdekaan ni Umno dah buat macam hak milik diorang jer. Orang lain yang berjuang semuanya di padamkan dari sejarah seolah olah tiada sumbangan. (mungkin jugak nak raya )

Dan sejak tersiarnya lagu kemerdekaan yang langsung tak sebut merdeka menjadikan aku semakin menyampah dengan kerajaan sekarang ni. En Rais Yatim kalau pengundi tak mengundi kamu adakah kamu akan menjadi menteri? Sapa yang patut balas budi? kamu atau pengundi?

Jika bertukar kerajaan aku rasa pasti ramai orang akan mengibarkan bendera pada hari kemerdekaan. Dan aku yang pasti akan membeli sendiri bendera untuk di kibarkan kat moto dan kereta aku. Tak perlu yang percuma.

Tapi yang pasti aku tak kibar bendera kerana aku tak mahu di cop penyokong Barisan Nasional.

1 ulasan:

ijoks2009 berkata...

Salam Mr edz,
Saya juga ada sebab yang sama dengan Mr.edz
Aku terasa seperti penyokong Umno jika aku meletakkan bendera pada kereta aku. Sebab aku rasa hari kemerdekaan ni Umno dah buat macam hak milik diorang jer
-Setuju 100% haha