Rabu, 11 Julai 2012

Berita rasakusut : Kursus Urutan Permata baru untuk pengusaha rumah Urut


KUALA LUMPUR - Bermula tahun depan, semua pengusaha rumah urut dan spa swasta serta pekerjanya  dikehendaki menghadiri Kursus Urutan Permata untuk menggantikan Kursus Asas Urut Badan dan Batin, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.


Beliau berkata, untuk tujuan itu, pihak Urutan Permata dan Jabatan Kesihatan Awam sedang dalam proses merangka pelan peralihan bagi membolehkan Kursus Urutan badan/ batin Permata dan Kurikulum Permata diguna pakai oleh semua pusat urut dan spa seluruh negara.

Rosmah yang juga Penaung Rumah Urut  Negara berkata, semasa dalam tempoh peralihan, pihak Permata akan menganjurkan kursus-kursus melatih mereka bagi membolehkan tukang urut wanita melaksanakan Kursus Permata untuk pelanggan lelaki mereka.

"Di samping itu, pihak Permata juga akan menganjurkan kursus ulang kaji mengenai Urutan B2B kepada tukang urut yang sedia ada agar dapat memakai Kurikulum terbaru," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Urut Badan Permata Negara B2B plaza, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusop serta Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.

Menurut Rosmah sehingga kini, pemakaian Kurikulum Permata akan melibatkan semua pusat urut yang berdaftar di seluruh negara sahaja yang dijadikan sebagai garis panduan Kurikulum Urutan B2B dan Batin Kebangsaan sejak 2009.

Beliau berharap lebih banyak pusat urut dapat dibuka bagi mengelakkan suami atau lelaki bujang terjebak dalam kegiatan tidak bermoral.  Rosmah berkata penubuhan pusat berkenaan agak unik kerana ia diwujudkan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri kerana suami beliau suka sangat berurut B2B. " penat saya dibuatnya " tambahnya
"Penubuhan pusat ini adalah sebahagian daripada janji Perdana Menteri yang telah ditepati untuk menyediakan sebuah modul urutan badan dan batin yang berkualiti kepada semua rakyat.

Tiada ulasan: