Khamis, 14 Jun 2012

Hentikan lah iklan BR1M yang boring tu..


hari hari ada iklan yang boring tu. Iklan BR1M yang menunjukkan seolah olah bantuan itu adalah bantuan dari langit. Seolah olah rakyat yang miskin ini amat amat berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana membantu meringankan beban hanya dengan memberi RM 500.

Ada rakyat yang tak dapat bayar bil, ada rakyat yang tak cukup duit nak beli baju sekolah, ada rakyat yang nak menyimpan pun tak cukup.. Iklan yang pada aku rakyat negara ini seolah olah peminta sedekah dari Umno dan Barisan Nasional. Nampaknya Kerajaan Barisan Nasional amat amat baik hati kerana memberi RM 500 sebagai bantuan.

Cukuplah, hentikanlah iklan murahan ni, walaupun  kos untuk menerbitkannya amat tinggi.. jadi siapa yang bayar kos pengiklanan ini? Adakah dari duit poket barisan nasional atau dari duit kerajaan (rakyat). Janganlah lupa untuk membantu rakyat bukan dengan cara ini sebenarnya. banyak cara lagi. Janganlah utnuk rakyat RM 500 di ungkit ungkit hingga berpuluh tahun tapi bantuan untuk kroni berjuta juta di diamkan.

tak perlu di ceritakan apa yang boleh di buat hanya dengan RM 500 tu tapi ceritakanlah apa yang boleh dibuat dengan RM 250 juta pada rakyat. Itu yang rakyat mahukan dan bukannya bantuan RM 500 yang nampaknya akan di beri sekali lagi.



1 ulasan:

New Hope berkata...

salam,

Kiki betul tu macam ler besar sangat RM500 one off tu, pakai setengah bulan dah habis, mcm nk memperbodohkan org pula

KLIK:HAKIKAT SEBUAH KUOTAversi kerja gomen