Jumaat, 15 Jun 2012

Demo : Peniaga Lemang Bantah Sewa Panda



KL : Pengerusi Persatuan Penjual Lemang atau LEMAU En.Marzuki Senin  memberi amaran keras kepada kerajaan supaya menghentikan menyewa Panda dari China. Ini kerana panda ini akan memakan buluh buluh di malaysia hingga menjejaskan perniagaan lemang mereka.

"Jika buluh habis kami nak berniaga apa? " soalnya.

Jika tidak mereka akan mengadakan demo dan menghantar memorandum kepada Agong supaya kerajaan menghentikan perjanjian sewa yang amat amat merugikan." dahla sewa mahal, lepas tu makan pun kuat, banyak lagi binatang yang kelaparan kat malaysia ni" katanya dalam satu sidang akhbar yang dia adakan di depan pintu masuk ZOO negara pagi tadi.

" Kami akan mengumpul sehingga 3 juta penyokong siap dengan cabutan bertuah, hadiahnya bekalan buluh lemang selama dua tahun percuma" tambahnya lagi. Beliau juga hairan bagaimana kos cukai begitu mahal sedangkan membela 20 ekor lembu pun tidak mahal seperti itu. Cuma lembu sekarang ni dah tak duduk kandang diorang duduk kondo katanya seloroh.

En Marzuki berkata lagi beliau dan persatuannya memberi masa selama 3 hari supaya kerajaan khasnya PM menjawab dan menghentikan penjagaan panda ini. Beliau juga khuatir jika buluh buluh di malaysia ini akan habis kerana panda panda ini memang mempunyai selera yang tinggi.

Pihak rasakusut di fahamkan sewa bagi dua ekor panda adalah sebanyak 1 juta US.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau tak silap saya buluh yang menjadi makanan panda tu bukanlah buluh yang ditanam di malaysia cikgu, buluh ni diterbangkan khas dari china dan hanya tumbuh di tempat tertentu di china. rasanya org yang piket atau demo tu kena buat research dulu tentang fakta yang berkaitan bukan main tibai je

mr edz berkata...

kalau buluh dari china pun mesti la kena bayar jugak.. dan satu lagi berita ini hanyalah khayalan saja..