Selasa, 5 Jun 2012

Berita Rasakusut : Tiada peruntukan untuk menteri 'beli' nombor ekor.





Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan tiada peruntukan ditetapkan kepada menteri untuk membida sebarang nombor ekor di kedai kedai judi berlesen.

Akhbar berbahasa Cina Sin Chan Daily hari ini memetik kenyataan seorang pegawai kementerian yang tidak dinamakan, bahawa kementerian itu tidak pernah menetapkan peruntukan untuk tujuan seperti itu.

Pegawai berkenaan ditanya mengenai penjelasan menteri kesihatan Datuk Seri Loo Tong Lai Lai semalam, bahawa bidaan RM24,200 untuk nombor "0000" di 3 buah kedai judi berlesen itu adalah untuk kegiatan sukan dan mencari dana.

Lai Lai juga menjelaskan bahawa bidaan itu dibuat oleh pegawainya, namun mengelak apabila ditanya siapa yang menanggung bayaran RM24,200 itu.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas menteri Tan Sri Fong Sai Yuk mendakwa setiap menteri tidak diperuntukkan walau satu nombor untuk nombor ekor.

Bekas naib presiden MCA itu juga mendedahkan,setiap menteri jika mahu membida perlulah menggunakan wang sendiri dan bukannya menggunakan nama kementerian masing masing.

Tiada ulasan: