Rabu, 6 Jun 2012

Baik Punya : Isa samad pengerusi kelab Kami sayang DAFI..




Menteri boleh memberi pengecualian kepada mana-mana individu daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil bagi menjadi pengerusi atau ahli lembaga pengarah Koperasi Permodalan Felda (KPF).




"Menurut Ismail, KPF mensyaratkan individu yang hendak dilantik sebagai ahli lembaga atau pengerusi mesti dalam kalangan pekerja atau keluarga Felda yang menjadi ahli lebih dua tahun.

Ismail berkata, beliau tidak berkuasa melantik pengerusinya tetapi mempunyai kuasa untuk memberi pengecualian daripada kehendak dan pematuhan undang-undang kecil.

"Jadi maknanya, Tan Sri Isa tak perlu tunggu dua tahun sebagai ahli untuk menjadi pengerusi," kata Ismail."




Betul ke ni? atau ada sesuatu yang berlaku? Berapa saham Felda kamu dapat? Peneroka cuma dapat 800 unit jer, bukan 800 lot. 800 unit tu tak cukup pun 1 lot. Ini IPO hanya untuk buat duit dalam masa singkat. Khas untuk kroni dan segala macam penyamun. Kenapa en ismail tak cakap ini arahan rosmah punya sedara, kalau tak ikut tak tercalon nama... 





Tiada ulasan: