Rabu, 23 Mei 2012

Berita rasakusut : Penerbit Berang majalah di pertikaikan.





Penerbit majalah kontroversi Mangga oleh utusan, berang dengan golongan yang menuntut pengharaman majalah tersebut.

En Sukase dari syarikat VVIP Publications berkata komen yang dilemparkan itu dibuat tanpa membaca dan melihat  majalah berkenaan.

"Di situlah masalahnya," kata Sukase, mengulas pandangan yang antara lainnya menyebut bahawa majalah itu bukan sahaja sensitif tapi turut menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara.

Sukase bagaimanapun berkata beliau "gembira" kerana buku itu mencetus banyak perbincangan di kalangan "artis, ahli politik, isteri isteri menteri ,remaja, pembaca dan bukan pembaca."

Tambahnya, pengharaman  majalah itu akan meningkatkan lagi "stress" dan bukannya mencetus perbincangan dan perdebatan.

Sukase berucap di Kuala Lumpur hari ini ketika merasmikan buku resepi masakan Dari Dapur Rosmeh Mansur, karangan sendiri rosmeh yang juga presiden Kelab Beg Tangan Malaysia.

Tiada ulasan: