Rabu, 16 Mei 2012

berita rasakusut : Mufti Parit gesa UMNO buang nama Melayu pada nama Parti.





KUALA LUMPUR: Mufti Parit, Tan Sri Harus  sana sini  berkata perjuangan UMNO kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan kuasa demi kekayaan sendiri dan isteri.

Berikutan itu beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Pak Tua Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Melayu dalam nama parti.
“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk membantu bangsa melayu  yang direncanakan sejak lebih enam juta dekad lalu,” katanya yang juga ahli Majlis Pak Tua Kebangsaan. Beliau juga hairan mengapa UMNO lebih selesa menggunakan nama inggeris sedangkan parti itu untuk orang melayu dan bukannya untuk orang Inggeris. Setelah di beritahu oleh seorang budak sekolah menengah bahawa parti itu adalah kesinambungan dari penjajah Inggeris untuk memerintah tanah melayu dengan meneruskan undang undang Inggeris barulah beliau faham.
Beliau berkata demikian kepada Berita Hairan  semalam ketika diminta mengulas saranan Presiden PERKASAm, Datuk Kataki yang mencadangkan Majlis Pak Tua Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran UMNO menggunakan perkataan Melayu pada nama parti itu.

Kataki berkata, sudah sampai masanya majlis Pak Tua berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Melayu, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.

Harussani juga menggesa ahli dan penyokong UMNO, khususnya yang fanatik dan taksub segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras. Jangan menggunakan punggong untuk berfikir. Umno kini dilihat menggunakan politik punggong sejak 15 tahun yang lalu.

1 ulasan:

pakwe neelofa berkata...

hahahahaha majlis pak tua....