Selasa, 8 Mei 2012

berita rasakusut : Majlis Fatwa Kebangsaan : Haram baca majalah Mangga


KL: Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini telah mengeluarkan arahan bahawa adalah haram untuk umat Islam membeli, memiliki, memuat turun, membaca, memfotokopi dan membaca majalah Mangga. Ini kerana majalah tersebut memaparkan gambar gambar buah mangga di tepi kolam renang sebagai penarik.

Majalah ini jika di teruskan akan mengakibatkan masalah besar terhadap keruntuhan moral kepada masyarakat khusu kepada remaja dan juga pak menteri. Ketua penerangan majlis Fatwa berkata En. Isa Semad berkata keputusan tersebut di buat hasil kajian selama 5 tahun oleh sekumpulan penyelidik di Institut Permata Negara.

" kesan kepada remaja memang membimbangkan dan kesannya juga boleh di lihat kepada menteri menteri kabinet negara" katanya ketika di tanya di lobi parlimen. Perkara ini juga mendapat sokongan oleh Persatuan Isteri Isteri Menteri Barisan Nasional. Salah seorang isteri menteri yang di temui berkata beliau amat amat bersyukur kerana tahap kebimbangan beliau menurun sebanyak 20 peratus dengan arahan ini.

Pihak rasakusut  membuat tinjauan di beberapa kedai menjual majalah berkenaan mendapati majalah tersebut masih lagi dijual. Difahamkan mereka tidak mendapat arahan khusus dari pihak KDN untuk tidak menjual majalah itu. " kalau tak haram pun takpe bang, bukannya laku pun" kata seorang peniaga yang ditemui.

1 ulasan: