Jumaat, 11 Mei 2012

berita rasakusut : Jumlah peminat Facebook Isa Samad cecah 2 juta orang



Pengerusi Felda Datuk Seri Isa Samad terharu dan berterima kasih dengan sokongan rakyat terhadap laman sosial Facebooknya dengan peminat berdaftar mencecah lebih dua juta orang hari ini.
    
Jumlah itu menjadikan beliau pemimpin dan ahli politik pertama yang memiliki jumlah peminat paling ramai di laman rangkaian sosial tersebut di rantau asia tenggara.

Dalam entri terbarunya di Facebook, Isa berkata: "Saya terharu dan hampir menangis mengetahui rakan Facebook telah mencecah 2 juta orang. Terima kasih. Saya akan terus berinteraksi bersama2 rakan online setia saya. Terima kasih atas sokongan anda!"
    
Pencapaian Isa yang boleh dianggap membanggakan itu berikutan usaha beliau menyenaraikan saham Felda walaupun mendapat tentangan. Semakan rasakusut mendapati kebanyakkan rakan facebook beliau adalah dari golongan peneroka generasi pertama. Dipercayai peningkatan ini berlaku selepas pengumuman durian runtuh sebanyak 73 ribu sekeluarga bagi setiap peneroka dan bonus sebanyak 10 bulan gaji bagi kakitangan felda.
    
Baru-baru ini, Isa Samad mengumumkan akan meraikan peminatnya yang ke-1,juta ,ke-1,5 juta dan ke 2 juta di laman Twitter dalam sebuah majlis tarian tiang di pulau batam.
    
Sebelum berita ini ditulis, peminat Isa Samad di laman Facebook adalah seramai 19 orang.



Tiada ulasan: