Khamis, 29 Mac 2012

Pembaca di KL terjejas vendor boikot MANGGA

2:36PM Mac 28, 2012

Sejumlah pembaca majalah separa lucah 'Mangga' di Kuala Lumpur tidak menerima naskhah majalah tersebut di rumah hari ini, dan di beberapa kedai.

Ini ekoran boikot yang dilancarkan oleh beberapa vendor di Kuala Lumpur berhubung langkah majalah bulanan tersebut mempromosi kempen langganan langsung.

Difahamkan kumpulan pengurusan tertinggi majalah tersebut mahu melaksanakan pelan tersebut dalam usahanya untuk meningkatkan edarannya tahun lepas, tetapi menariknya balik selepas menerima bantahan.

Bagaimanapun, dalam satu langkah yang mengejut, salah seorang eksekutif tertinggi memutuskan untuk melaksanakan dasar itu tanpa berunding dengan pihak vendor, yang melihat langkah itu menjejaskan mata pencarian mereka.

Sumber yang rapat tindakan pemulauan majalah itu hari ini berkata sekumpulan vendor cuba menyerahkan memorandum kepada Ketua Pegawai eksekutif semalam, tetapi beliau tidak mahu menerimanya.

Ini menyebabkan kira-kira 200 vendor berkumpul di Pasar Seni awal pagi ini dan enggan menerima majalah milik UMNO itu untuk diedarkan.

Difahamkan sekitar 30,000 naskhah telah dikembalikan oleh vendor kerana membantah apa yang mereka dakwa satu dasar yang tidak menguntungkan yang dikenakan ke atas mereka.

Sumber itu berkata pemulauan itu mungkin diperluaskan ke tempat lain di Lembah Klang esok dan melumpuhkan lagi pengedaran bulanan berkenaan.




.

Tiada ulasan: