Isnin, 5 Mac 2012

berita rasakusut :Sisa Lynas akan dibuang di belakang rumah Najib dan Adnan.

Kerajaan Barisan Nasional meminta Lynas Malaysia Sdn. Bhd. memindahkan sisa atau buangan industri yang dihasilkan daripada perusahaannya ke belakang rumah Dato Seri Najib dan Dato Seri Adnan Yaakob. Keputusan itu untuk menunjukkan kepada rakyat khususnya pembangkang bahawa sisa itu tidak memberi kesan kepada mereka berdua.


Malah mereka akan membuat pemeriksaan kesihatan berkala setiap bulan untuk membuktikan perkara tersebut. Pemeriksaan itu akan di lakukan oleh satu badan bebas yang bernaung di bawah WHO dan EIEA.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga  berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan prihatin dengan kebimbangan rakyat walaupun saintis dan pakar tempatan serta antarabangsa mengesahkan operasi syarikat itu dan buangan industri yang dihasilkan adalah selamat.

Beliau turut menolak andaian kononnya keputusan itu dibuat kerana kerajaan menerima tekanan daripada pihak tertentu.“Kita mahu rakyat berasa selamat. Kita sudah analisis perkara itu dan mendapati keselesaan tersebut terbahagi kepada dua iaitu, satu asas kepada saintifik dan satu lagi soal emosi serta psikologi.

Tiada ulasan: