Ahad, 5 Februari 2012

berita Rasakusut : Umno akan minta pandangan Kak Ros untuk rampas Selangor.

Umno Selangor akan meminta pandangan Yang Berhormat Datin Seri Rosmah Mansur dalam usaha memastikan BN kembali memerintah Selangor dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata Datin Seri rosmah mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam politik negara, Selangor dan seluruh dunia sebab itu pandangan isteri presiden Umno itu diperlukan dalam usaha menawan kembali negeri itu daripada Pakatan.
"Kita akan meminta nasihat Kak ros bagaimana untuk berbelanja sambil menjalankan gerak kerja Umno dengan lebih mantap dan berkesan dalam usaha merampas Selangor daripada tangan Pakatan," katanya kepada pemberita selepas menutup Ekspo Usahawan Mara di Tanjong Karang hari ini.

Mengulas kehadiran Kak Ros dalam mesyuarat badan perhubungan itu dua hari lalu, Noh  yang juga menteri pertanian dan asa tani berkata ia memberi impak dan semangat kepada ahli Umno untuk bekerja keras siang dan malam dalam menghadapi pilihan raya umum itu nanti.

"sapa yang tak kenal Kak Ros.. sana sini orang bercakap pasal Kak ros.. itu adalah tanda pengaruh Kak ros sangat besar"  kata seorang pegawai a.k.a pengampu kepada noh.

turut hadir dalam majlis itu en. Hassan Ali iaitu seorang penangkap buaya atau pawang buaya yang terkenal di tanjong karang. beliau memmbuat demonstrasi bagaimana menangkap buaya di sungai tanjong karang.

4 ulasan:

KiD berkata...

takkan aman dunia hari ini kalau takda kak ros.
Hidup kak ros!

mr edz berkata...

ye.. hidup kak ros

pakwe berkata...

la.. kome dah bealih aroh ke weh...?

mr edz berkata...

mana ada..